30 Disember 2012

Aduh! blog terabai

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ah! lama nyer tak datang sini..kesian tgok laman nie tak terusik usik. Bukan sengaja tau.. Tuan umah di landa kesibukkan yang melampau. Dari story sebelum menjaga org bersunat, sampai la kisah balik kampung di sebabkan hal emergency.
  Dan yang terakhir sampai la kisah moyang Adam meninggal. Rasa2 nyer dah sebulan kot tak dapat update blog nie.
 Bukan tu ajer alasan yang munasabah utk tak update nie.. ada pulak tu dalam sibuk2 uruskan hal lain, internet pun ada jugak buat hal. Tak habis kat situ lagi tetiba time nak update story tu tengok2 album picasa dah full pulak. 
Tapi semua masalah nie dah berlalu..bye bye kepada semua masalah2 nie. Harap2 lepas jer cuti sekolah nie habis semua dah jadi macam biasa balik. Rindu jugak pada kawan2 blog nie..ada yg saya pergi jengah2 kejap, tapi tak dapat tinggalkan jejak. Sorry yer..



12 November 2012

Penantian satu penyiksaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Pagi isnin yg jiwang gitu, tapi nie bukan jiwang2 poyo tu tau..sebenarnya ini berkaitan hati tuan punya blog nie yg dah rasa sayu habis nie..sob sob..Huwaaa!! jangan di tanya lagi pasai pa?..huhuhu..ini kes sebab dah hari isnin la. Hari isnin yg sunyi, hari isnin yg kosong..huhuhu..

(Sebelum tu N3 agak panjang sikit sebab luahan hati. )

Ok ok stop merepek bagai nie, strait to the point..sebenarnya Adam akan sunat esok, sebelom nie papa dia dah janji dengan dia yg papa dia kan ada sekali time Adam sunat. Aku buat appointment dgn doktor esok sebab aku tengok hari esok jer yg lega sikit. Kalau hari lain bukan main ramai lagi. 

Ah..ada banyak sebab lagi la knp aku pilih esok. Sebelum papa dia pergi dia mmg cakap..kompom dia 14hari laut 14 hari darat. Aku mcm tak percaya sebab dulu mcm2 masalah nak balik..ribut la, helicopter (chooper) dealy la..ada emergency la. Tapi bila dia berkali2 yakinkan aku yg dia akan balik, aku on jer la. Sepatutnya semlm dah sampai darat..tapi sampai hari ni masih tak de berita pape pun. Kami terputus hubungan sejak hari khamis tu ari. Last status fb dia Cuma bg tahu dealy jer..

Benggang jugak aku sebab dia tak ckp sampai bila dia kena stay kat sana?..Tapi aku redha jer apa yg jadi, sebab aku selalu pikir, tak boleh terima pakai janji en. Suami sekarang nie. Bukan tak percaya tp keadaan kerja dia dgn masa bersama kami yg pendek. Banyak yg dirancang tapi byk jugak yg tak jadi..Tapi kalau dia ada sini..macam2 yg di buat tau.

Sekarang masalah utama aku kat sini..bila Adam terlampau lampau mengharapkan dia balik. Adam dah tahu yg dia akan kena sunat, jadi setiap mlm dia akan Tanya..”mama, bila papa nak balik??..t ada sunat papa ada tak?..” Aku tak pernah bg jawapan yg tetap sebab tak nak dia mengharap..
 Adam tersangat2 la manja dengan papa dia, kalau papa ada dia berkepit jer dengan papa. Aku pulak sentiasa tegas dengan dia, sebab tu bila aku suruh apa pun dgn sekali suruh jer dia akan buat. hehehe..

Nak tahu?? sebenarnya tahun lepas Adam dah hampir kena sunat, doktor dah bagi mkn ubat dah inject kiri kanan ari2 tu. pastu dia punya meraung, meronta2 sampai doktor cakap tak boleh buat. Aku time tu masih minta doktor teruskan lagi, sebab kalu stop.. t dia dah ada experiance, mesti trauma punya. Boleh pulak doktor dgn papa dia ambik keputusan tak jadi. Adam Adam..
 
Alasan sebab Adam masih kecik lagi..padahal dah umur 5tahun tau, cuma dia manja jer bila dgn papa dia. Cuba tengok ketinggian adam dengan aku. Sekarang dah 6 tahun, kawan2 sekelas dia semua rendah2 jer (amboii sedap mgata anak org ea), anak2 kawan aku yg umur 9 tahun sama tinggi dengan adam. Lagi satu dalam family kami semua anak2 lelaki akan di sunatkan sebelum sekolah. Ada yg lahir terus sunat, tu buat kat Pusrawi sebab bersalin sana.
PALING PALING TERUK masalah aku ialah dah 3 hari adam terkencing malam, dah bertahun tahun tak pernah kencing malam. Boleh pulak terkencing malam, bila dia tersedar dia terkencing, menangis2..mugkin takut aku marah atau pukul la tu. Tapi aku layan ok jer, cuma bebel manja jer.

Pagi tadi pun dia terkencing, bila dah salin seluar baju..sebelom nak tidur balik. Ada satu soklan yg bg aku jawapan kenapa dia kencing malam. Dia tanya "mama bila papa nak balik??..t sunat papa ada tak?..aku terdiam kejap sebab terkejut dan ngah pikir jawapan nak jawab..

Aku cuma jawab "adam, mama tak tahu la..mama dah tak dpt contact dgn papa lagi..t kalau sunat papa takde mama mintak atuk temankan adam yer.."  dia  cakap " yer boleh, tapi klu boleh adam nak papa.." pastu aku peluk dia..terus dia menangis teresak. Adam jarang menangis depan aku sejak dah parsekolah nie..lama jugak kami berpelukkan dan aku pun nangis jugak.

Rupanya adam terkencing malam sebab takut bersunat tu, pastu dia pun rindu papa dan harapkan papa ada sesama time dia bersunat tu. Sekarang nie penguat semangat Adam hanya atuk jer, dan sepupu dia yg akan bersunat sesama..Najeeh Alexander..

Kesian Adam..tapi inilah cabaran yg terpaksa di tempuh oleh seorg anak lelaki..Sebab Adam akan jadi pemimpin suatu hari nanti..setiap pemimpin akan di uji dgn cabran dan ini adalah cabaran pertama Adam..

09 November 2012

Hari Pisang

Assalammualikum dan selamat sejahtera.

Hari nie adalah hari jumaat yang terakhir bagi tahun 2012..tapi dalam kalender islam jumaat tetap penghulu segala hari. Bila jumaat datang mood pun lain jer dari mula bangun tidur sampai la ke malam terakhir jumaat. Aku hari nie lagi lain macam punya semangat..mugkin adam last sekolah hari nie. Pastu pikir pas nie boleh la cuti dari hantar adam ke sekolah selama sebulan setengah.
Yer la suri rumah pun nak jugak cuti kan..hehehe..cuti dari menjadi drive. Okla berbalik pada tittle tu. Ada ke hari pisang ea??..hehehe..aku try mintak tolong pakcik google tengok ada tak hari pisang?. Sebab hari epal kan ada..jadi aku terpikir la ada tak hari pisang. Cari punya cari aku jumpa la jugak..jeng jeng jenggg!!!
 
Eh, apa nak translate nie.."hari pencinta pisang" ..hahaha..ape2 jer la janji ada jugak hari pisang nie. Aik?! bukan tahun nie rupanya tahun depan yer. Ooo..belom pernah lagi org buat celebrate hari pisang la nie. Hahaha!!..knp la aku dok pening pikir pasal nie?..erm, takde la pening tapi sajer nak memain jer. Bukan apa minggu lepas seminggu aku sekeluarga asyik mkn pisang 40hari tu. Maklum la pisang nie kalau masak mesti serentak setandan tu.
Menu memula sekali aku bagi anak2 dgn anak2 sedara makan ialah cekodot pisang. Buat sikit jer la ingat takde orang minat. Sebab biasa aku buat bebudak jer yg tolong habiskan. Tetiba ari tu pulak ujan sangat lebat. Eh! tak cukup pulak, siap yg besar pun tumpang dua kaki lagi. Hehehe..bangga la kejap.
Menu ke 2 pulak aku try buat lempeng pisang. Pun sama jugak turut mendapat perhatian. Ada anak buah sorg tu dia sorg jer 4 keping di bantai nyer. Pisang tu mmg dah manis pulak tu aku kasi makan dengan madu. Lagi la dorg suka, klu org tua mesti gula dah naik tu. Letak esen pisang lagi kasi bau semerbak dalam ujan2 yg lebat tu. Saper tak terangkat kan, walaupun cuma lempeng pisang. Ngeh Ngeh..sekarang memang musin ujan jerkan? sekarang nie pun ngah ujan nie.
Pstu menu yg ketiga, aku cabar diri ku untuk buat kek pisang pulak. Sebelum nie aku pernah buatApam pisang. Tapi dah bosan pulak sebab tu, gigih betul aku dok mencari resepi yang sesuai dengan bahan yg ada dlm gobok tu. Akhirnya aku dapat jugak resepi yg dicari SINI. Tengok bahan2 simple jer nie. Cuma minyak masak tu aku tukar pakai butter, sebab butter ada lebih dalam esbok tu. lagi pun tak nak membazirkan.
Alhamdullilah percubaan pertama jadi dgn jaya nyer. ngam2 pulak tu masa membakar 60 minit. Lembut sangat kek aku nie..hehehehe..Nampakkan bahan2 untuk buat kek ni simple sangat. Tak sampai 2 hari kek nie lesap terus dari atas meja makan tu. Pastu dalam hati datang semangat nak try lagi la di masa akan datang. Dengan harapan semoga terbuka hati insan tu memberi aku keizinan..eh, dah merepek pulak nie. Ok la..selamat membaca dan menjamu mata. babai..

07 November 2012

WW : Geramkan Nyamuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Ada satu tabiat suami yang sangat kelakar, bila dia dapat bunuh sekor nyamuk, dia akan gosot2 nyamuk sekecil itu sampai lesap. Alasan supaya mak bapak nyamuk tu tak dapat cari bangkai anak nyamuk tu...hehehe..Dahsyat!

06 November 2012

Apa ada atas Bukit St.Paul?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari nie aku nak sambung story mory semalam, pas habis jer sesi pujuk memujuk dak faris kami sambung balik untuk panjat bukit tu. Adam la yang paling tak sabar nak tengok apa ader atas bukit tu. Hehehehe...Sajer jer aku tak cakap awal2 pe yg ada kat atas tu.

Ni gambar ehsan pakcik google, sebab aku terlupa lak ambik gambar dari arah sini. Atas bukit nie hanya tinggal sebahagian runtuhan gereja portugis jer. Tak besar pun kawasan atas tu, Tapi hari minggu boleh tahan meriah la kat atas tu dgn org yg jual pelbagai barangan, pastu ada kumpulan pelancong dari macam2 negara.
Kami sampai hampir nak lewat senja, sementara bebudak nie dgn papa dorg naik atas, sempat aku snap pic nie. Ish..kalau ada camera mesti cantik gambar yang terhasil dari arah sini...versi berangan pulak..
 Antara barangan yang dijual di sini. Ini baru bahagian depan tapi kalau bahagian atas sana pulak lagi banyak barang2 yg di jual. Tapi yang pasti semua barang2 tu mmg tak menarik minat aku pun. Kecuali lukisan2 tu jer.
 Ha...bila dah sampai atas...hehehehe..tengok la gaya adam dgn Faris tu, mintak bergambar pun tak nak. Sebab mmg takde pape pun. Yang ada hanya batu2 yg di ukir dgn tulisan. Papa dia cakap mcm batu memori kawasan perkuburan org portugis nie. Hilang punca la Adam sekejap...




 Ini antara yang di tulis di atas batu tu dan akan ada penerangan kat atas dia.
 Sebenarnya ada lagi benda lain macam tempat balingan syiling tu. tapi semua dah penat time nie. Iris mintak dukung, jadi tak dpt bik gambar lagi. Adam dan adik pulak dah mengamuk2 nakkan seruling yg di tiup oleh penjual tu. Tengok suasana yang semakin mendesak. Cecepat ajak dorg turun balik..Mood hepi datang balik la..sebab tahu nak turun balik dari tempat yg di anggap boring..(hai..tak tahu la subjek sejarah nanti mungkin ko cakap bosan pulak)
Dah balik tu perut masing2 dah kebulur sangat. Bila bawa g Md semua tak cakap banyak la..tunggu makanan sampai pastu terus jer melantak sampai kenyang..hehehehe..balik tu ada yg sampai tertidur dalam kereta. 

Ok sekian saja story mory yg tak seberapa nie..




05 November 2012

Melancong di Tempat sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Apa agaknya yang korg terpikir bila tengok tajuk n3 nie yer?..hehehe..Ni kes nak kasi anak2 kenal tempat sendiri. Mak bapak dah pernah jejak kaki jadi bg peluang utk anak2 pulak tengok2 dan kenal tempat lahir dia. Kat melaka nie banyak tempat2 bersejarah, cuma nak bawak anak2 pergi tu jer ada sikit leceh. Sebab masalah parking pastu bersesak dengan orang ramai. Ha..ni nak cuti sekolah dah, jangan berani la buat perancangan ke tempat2 mcm gini. Bukan main ramai lagi org yg datang, seluruh Malaysia tu..
 Kereta kami tu hari sebab lengang dapat la parking betul2 depan bangunan Stadhuys, jadi takde la nak kena jalan jauh2. Parking jer situ tapi tak plan pun nak masuk dlm muzium tu lagi. Faktor usia anak2 buat masa sekarang, jadi hanya bawak dorg bersiar2 di kawasan luar muzium tu jer.
 Bangunan muzium Stadthuys atas bukit jadi ini adalah permandangan dari atas tu.
Hehehe..nampak bebayang photografer tu.
 Kat sebelah bangunan ni ada tangga utk turun ke bawah, sebab plan mmg nak pergi bawah kat air pancut tu. Tapi sempat lagi papa dan anak2 berposing kejap.
Ini la tempat air pancut tu, menda ni antara mercu tanda kota melaka.
Pastu bangunan church ni, mana2 gambar atau lukisan negeri melaka mesti ada ikon bangunan ni.
Pastu pulak menara jam ni..Ok lah tak nak lelama di sini..jom kita g tengok sekitar kawasan sini pulak.
Depan air pancut nie ada gerai2 jualan barangan kraftangan..pastu ada pakcik beca offer nak snap gambar kami satu family, apasal pic nie jadi mcm nie pun tak tahu?..lepas dia snap siap pelawa kami utk naik beca lagi. Tapi sorry pakcik kami ada agenda lain..
Sekali tengok pic nie, rasa adam nie seorg yg tinggi baru 6thun dah tinggi macam nie. Aku agak umur dia 9 tahun t mesti dia nak tinggi sama aku kot.
Kami dah mula memanjat bukit tepi muzium pemerintahan demokrasi, untuk menuju ke bukit St.Paul. Cantik sangat pemandangan dari atas nie. Boleh nampak selat melaka lagi.
 Time ni faris dah start bengang dah sebab abang papa dan babe dah pergi jauh dari dia. Tanda dia bengang tu bila dia mula garu2 kepala berulang kali. Memang dah paham dah tu..hehehe

Dulu time zaman cintan cintun dgn papa ada la berapa kali papa bawak sini. Katanya dia org melaka sendiri pun tak pernah sampai atas nie. Ni dah ada makwe dia bawak jalan sekali la tengok2 apa yg ada atas bukit nie..heheheehe.
 
Tapi jalan dengan bebudak nie bukan dorg tahu apa..asyik nak jalan laju2 jer supaya cepat sampai atas. Dorg ingat aper la yg ada kat atas sana tu?
 
 Papa dengan abang lagi laju jalan..sajer nak usik dak faris bg dia lagi emo..Yang dak faris pulak terjerit2 dari belakang, kuat tau suara dia bila dah bengang..hahaha..
Nie mula dah bengang tahap gaban bila papa dan adik2 tak nak tunggu dia. pastu terjadilah kejadian pujuk memujuk. Ok la kita stop untuk iklan komersil dulu..takut agak panjang N3 bergambar ni. Kita akan buat 2 versi pulak..hehehe..ok babai..

02 November 2012

Kisah Korban 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sekejap jer rasanyer dah masuk jumaat balik, baju sembahyang raya suami yg jumaat lepas pun belum simpan dalam almari lagi. Cepat masa, kadang2 macam tak sempat nak kejar dengan semua hal dan banyak yg terlepas dan tertangguh. ok la hari nie nak selitkan story mory pasal kisah bawak adam pergi tengok korban lembu.
 Banyak sangat halangan nak tengok korban nie, dari dulu lagi aku nak sangat tengok tapi tak pernah dapat. Dulu time kat kampung mak aku ok jer bila aku nak pergi tengok mcm mana org korban lembu. Memula aku cakap nak bawak adam pergi tengok korban org tu punya muka berubah sangat. Esok aku cakap lagi pastu dia cakap nanti semua orang marah ko..Aku tanya balik kenapa pulak semua orang akan marah. Tapi dia tak dapat jawab. Akhirnya aku satu family dapat jugak keluar tengok orang sembelih lembu.
 Time memula sampai tu risau jugak la kot2 takde org perempuan kat masjid tu. Mungkin tu sebab orang tu tak bagi kami pergi, sekali tengok mak aii..ada jugak orang2 perempuan kat situ. Makin lama makin bertambah pulak bilangan yang datang. Pastu kat belakang masjid pun ada jugak kumpulan orang2 perempuan yg sedang memotong daging. Hati aku dah mula lega,Pastu nampak yg pakai kain tuala kat kepala tu abang ipar suami aku. Kira perasaan risau tu dah hilang terus dah, ang ipar suami aku tu nama nya Ismail. Dan Adam panggil dia ayah..hehehe..tu pun nak kenalkan pulak.
 
Time nie dah berapa ekor lembu yg dah tumbaang, ayah mertua aku cakap semua ada 8 ekor. Ayah la setiap tahun yang akan sembelih lembu2 korban kat masjid nie (ayah yg cakap). Sebab tu adam excited sangat nak tengok macam mana atuk dia sembelih lembu.
 Ha, itu la ayah mertua ku..dia peramah sangat, mulut dia yg banyak bising. Tu tengah bagi arahan untuk tumbangkan seekor lembu. Arah sana arah sini..aku suka tengok dia kat memana jer, sebab dia pandai dalam banyak hal.
 Akhirnya lembu nie dapat jugak di rebahkan, tapi ustaz adam pulak yg nak try sembelih lembu nie. Maksudnya takde harapan la adam nak tengok atuk dia yang sembelih. Tu uztaz adam yang sedang tunjuk tangan tu. Dak Faris nie pulak makin lama makin dekat dia pergi kat lembu tu, langsung tak takut.
 Time ni aku rasa terseksa sangat lembu ni, sebab kepala dia tertarik macam tu, dah la tadi kaki dia luka masa meronta2 untuk di rebahkan. (perasaan kesian dah mula datang tapi cecepat aku pikirkan menda lain)
 Ustaz adam ni akan sembelih lembu tu sambil diperhatikan ayah, Tapi ayah sempat pesan dengan dia yang parang dia tu tumpul tak tajam. Tengok dia wat do no jer..ayah senyap jer la. Lembu tu yg akan terseksa. time nie semua dah start takbir..huhuhu..
 Dengan susah payah dia nak melepasi parang ke kulit lembu, akhirnya dapat jugak lepas. Tengok lembu tu punya lidah sambil terjelir kuar..ish..
 Time ni darah kuar bunyi macam kita simbah air, kuat bunyi..aku tengok badan lembu tu kempit sikit selepas darah nie kuar dari badan dia.
 Atas pemantauan ayah akhirnya ayah cakap ok sudah, baru la ustaz adam berhenti mengelar leher lembu tu.
 Time ni suami cakap "terus ke syurga semua roh binatang.." aku iakan ajer sambil teringat kisah korban nabi Ibrahim..
 Ha nak tahu semua gambar2 nie adam yang tangkap. Sebab aku ambik video papa dia pulak dukung dak faris tu takut dia pergi dekat dengan lembu tu. Tetiba rasa pandainya adam ambik gambar walaupun ada gegar tapi yang penting2 tu semua dapat dia ambik.
Akhirnya terkorban ko lembu..tepi jalan depan masjid pulak tu lokasinya..
 Time nie dah takde gerakkan lagi dah, dah senyap terus..
 Sempat dia tangkap gambar mama dan papa dia..hehehe
 Pastu dia mintak aku tangkap gambar dia pulak berlatar belakangkan lembu yang dah kena sembelih tu.
 Eh, papa dia pun nak masuk sekali jugak tu..Nampak tak Iris tepi tu kena dukung dengan sepupunya yang nak lepaskan diri dari melapah lembu. Ada jer alasan nak mengular...
Gambar aku dengan adam pulak gegar..geram tau bila papa ambik gambar mesti ada jer tak kena dimata nie..hehehe..banyak komplain pulak..

Ok la dah habis, nie ada video yang sempat aku ambik. Bila masukkan dalam u tube ada jugak org yg komen pasal parang tumpul tu. Yer la bila kita nak sembelih binatang nie kena pastikan parang tu betul2 tajam, kalau boleh sampai lembu tu tak sedar yang dia kena sembelih tu..hehehe betul tak?..tu yang aku ingat time belajar2 dulu la..