28 Februari 2012

Siri Kenakalan Iris

Hai..tgok tajuk pun dah boleh agakkan?? 
Yer story mory pasal anak dara ku Iris Tasnim binti Khairul Azwan. Nama panggilan atuk Humairah. Rupanya sekejap jer dia dah setahun 4bulan. Alhamdullilah dia membesar dgn sihat dan baik, dia nie istimewa sikit sb menyusu badan penuh. Berbanding abang2 dia yg kena pakai botol sebab aku keje dulu..agaknye inilah penangan susu mama kot. Nakal tersangat sangat..itulah yg dikatakan oleh atuk dan neneknya. Dalam 23org cucu inilah cucu perempuan yg paling2 nakal pernah dijumpai dorg...
Sepanjang sthun lbh kehadiran dia mmg aku akui rumah nie jd bertambah kecoh dgn siri kenakalan dia dan abg2 dia. Dia gegirl so..suara mmg all out ar..sekali dia pekik mmg semua org akan pusing punya ar..kalau nak list out semua kenakalan dia mmg cukup banyak. Jadi nie antara picture2 budak nakal nie..jom layan..

......................................................


Tasnim punya rutin harian ialah follow atuk naik moto. Ni kes kena tinggal, so dia menangis nak ikut atuk sampai panjat tembok umah meniti sampai kat tiang. Dahsyatkan? Ilmu panjat memanjat nie dia dapat belum umur setahun lagi.
Ni pulak, kes ingkar tak nak duduk kat bb seater dia. Jd bila dia duduk kat tengah tu, kaki dia mula ar tendang2 gear. Kekadang tengah drive kete jd sangkut sb dia dah masuk gear reverse.
Pastu suker godeh2 beg kakak dan abg2 sepupu dia, kali nie dia dapat pen dgn note book. So dia akan tanya kita ala2 waiter nak mkn ape? Nak minum ape?..hahaha kalau tak jawab kena marah tau.
Saper yg lepas mandi atau nak sembahyang, mesti kena intip dgn dia..hehehehe..dia akan mengintip ikut lubang pintu bilik.
Tu ari abg tertinggal psp, dia pun dapat ar merasa pegang2 menda tu yg selama nie mmg tidak di izinkan oleh si abg. Pe lagi mcm budak besar gaya main psp tu, ntah pe yg ditekan2 pun tak tahu. Pastu tu game abg trus biul..hahahaha..sian abg adam dia..
Tapi walau mcm mana dia nakal pun, bila papa balik dia jd manja sangat..mengada ngada pun ader jugak. Pandai berlakon nee..macam nak cubit2 jer peha dia time dia merenggek mengada dlm pelukkan papa…huhuhuhu







25 Februari 2012

Adam Adam...

Story lama aku bawak adam cabut dua batang gigi bawah kat klinik klebang. Kali nie aku bawak adam g pulak klinik baru yg dikatakan berpindah tu. Tujuannya utk cabut 2 lagi gigi ats yg dah bergoyang tu. Memang susah betul nak pujuk kali nie, sb dia dah serik dgn yg pertama dulu..
Tapi ni klinik baru, so masak mula masuk tu..dia excited ar dgn new enviromentnya. Pulak tu ada pulak kawan2..jd dgn selamba jer dia serah diri. Baring atas kerusi tu, nurse pun soft jer..tekap2 kapas utk kebaskan gusi dia. Then trus cabut. Hahahaha!! Sekali dia tgok darah. Pe lagi trus dia meraung ar..taknak cabut lg satu!! Cukup! Cukup! (dia pulak bg arahan)
Dah nurse pun suruh dia balik dulu utk rest, t dah goyang teruk baru dtg balik. Aku pulak terpikir nanti ape pulak yg aku nak akalkan dia nie???

23 Februari 2012

Kisah pujuk memujuk

Minggu nie adam kena pergi klinik balik utk cabut dua lagi gigi atas dia. Tapi disebabkan dia dah pernah kena dulu, mula ar dia tak nak bila aku ajak g klinik. Macam2 alasan dia bg, aku pulak mcm2 ayat ar kuar dari mulut nie.. Puas dah mcm2 aku ayat semua tak jalan. Beli jajan kasi mkn pun, dia janji ok ar nak cabut ar. Pas dah bis makan..erm semua tinggal janji..


Dak Farsi pun mmg kaki tumpang, jajan pun dia yg tukang habiskan. Dgn dak adam nie aku kena keraskan hati jugak. Bg sedikit ugutan kecil..harap2 dapat ar cabut gigi yg hampir longlai tu tanpa dia memekik atau meronta depan doktor…

21 Februari 2012

Main Wau lagi



      Semalam punya story dak adam gagal terbangkan lelayang dia. Hari nie kami bawak lg anak2 ke pantai klebang. Semata2 nak puaskan hati dia..kesian pulak bila tgok dia teringin sgt nak tgok lelayang dia terbang mcm org lain. Tapi Kali nie kami siap g beli air coconut shake lagi..

Adam dah mula berbunyi bila dia tengok kete tak trus masuk pantai klebang, sb disangkakan kami akan mungkir janji. Tapi tidak wahai anakku..mama teringin nak minum coconut shake. Tengok Iris pun layan jugak air nie..sedap tu..
Tengah kami sibuk2 melayan anak, boleh pulak terjumpa kawan satu kolej dulu. hehehehe mmg tak lepaskan peluang ar utk bergambar dulu dgn makyong linda nie. Borak punya borak tetiba..

Tengok lelayang adam dah biul..adus!! tak boleh naik..tak balance, mungkin sb terpijak semalam kot. Tp hari nie cuaca panas cantik dan angin pun kuat. Semua nie membantu utk naikkan layang2 faris. TaRaaaaaaaaaa!!!!

Akhirnya..Adam dapat jugak experience menaikkan lelayang dia, bukan main suka lagi.. Tengok kat lelangit tu meriah dgn bermacam2 lelayang.  Adam nie pulak baru nak belajar main kadang2 tu tak kena angin jatuh juga ke bawah, mulalah dia terjerit2 mintak tolong naikkan balik..
Iris pun tak lepaskan peluang jugak..tapi kejap ajer dia pegang pastu dia lepaskan..dah jenuh papa pulak nak mengejar. Nasib tak terbang jauh. Ok lah main punya main dah tak sedar jam pun dah hampir pukul 7. T malam papa nak balik kl..so berpisah lagi kami..
Time on the way balik sempat lg snap pantai klebang yg lama..

20 Februari 2012

Cerita Pantai Lagi

Hari nie aku nak mory mory pasal pantai lagi..ha!! tak abis2 pasal pantaikan???
yer ar..org duduk sekitar pantai...mcm2 story ar pasal pantai. Tapi kali nie pantai klebang pulak..Dulu pantai nie dekat jer..tp skg dah kena tambak. Luas dan jauh dari tempat asalnya, Kat tempat baru nie ia digelar Dataran Klebang Satu Malaysia. Sebab Ader simbol 1 Malaysia kat sini..OpSS!! lupakan aper yg dibuat oleh faris tu, Moh kita layan gambar2 nie..



Tujuan asal ke sini sb nak melayankan adam nie, dah lama dia request nak main kite/ layang2. Tp sayang cuaca tak berapa elok (mendung & takde angin), dia bukan paham..nak jugak..nak jugak
ok lah, ikutlah..kat sepanjang jalan sini mmg terdapat byk gerai yg jual layang2 nie selain dari jual makanan dan minuman. Ini salah satu gerai yg jual, banyak jugak layang2 kat sini mcm2 watak animasi kartun pun ader. Harga pun bergantung pada saiz dan kualitinya.

Dan dia pun dapat apa yg dia suka, tp dak faris pun myebukk!! so faris pun dapat satu..pastu kami pun try jugak g nak terbangkan lelayang tu. Kan dah cakap cuaca tak elok, tp degil bukan main. Dah hampir 30 minit try, mmg tak naik..Adam pun macam sedih mengalah jugak..:(

Aku pun taknak kasi dia pikir2 sgt pasal kite dia yg tak jd terbang tu..ajak ar dia minum. Air cendol pilihanku, suami lak beli cucur cempedak dan keropok lekor. Last minit ingat nak merajuk panjang, Dia pulak mintak karipap. Habis tu!! makann, penat agaknya berusaha naikkan lelayang td..hehehehe 

17 Februari 2012

Cerita Pantai


     Hai, story mory aku kali nie lak pasal pantai, pantai puteri nie dekat jer dgn tempat aku tinggal..kat pantai nie la mcm2 hal yg aku buat..biasa bawak anak2 utk bermain, ini aktiviti bila suami takde la..Pagi2 pun ader jugak dtg sarapan kat sini, pastu trus mak mertua ku ajak beli lauk. Sb pasar mmg betul2 depan pantai. Ikan2 segar dari nelayan yg balik laut pun ader jugak, beli trus jer dari bot dorg..Itu kisah pagi hari, tp kalu petang lak, mcm2 org jual sepanjang pantai ni..kalau hari minggu atau cuti mcm2 karnival pun ader..ok lah tak nak story panjang2 ar..melalut yg bebukan t..pe kata layan jer picture2 yg ader nie. Lg 1 kalau dtg sini, jgn lupa contact2 lah yer..de rezeki boleh kita jumpa.. :)














Next n3 story pasal chomel chalet.



16 Februari 2012

Bila Papa Balik


        Story mory aku kali nie lak pasal keberadaan en. suami, biasa ar kami selalu tak bsama..bila bsama mcm2 hal yg nak dibuat..kalau org lain dah biasa g shoping sama2, g makan2, duduk lepak kat umah..bg kami semua nie akan jd luar biasa bila  ada dia (suami). Anak2 lah org yg paling happy, tambah2 adam..time papa ada mula ar dia mintak macam2. Kali nie dia mintak papa repair rim basikal dia dan aku pulak mintak seminkan blik lantai tempat parking kete..(besau permintaan)


Kadang2 bila pikir balik, sian dia..bukan balik dpt rehat..malah dpt keje lagi...hehehehe
tp dia ckp ok tak kesah..sb dia suka bila ada dgn kami.. :)
takpe la..janji kita ok..cuma tak dpt bsama selalu..
pada koorg yg selalu bsama org2 tersayang tu..hargailah masa2 berharga nie..sebab ia BEST!!


11 Februari 2012

Terung Telunjuk

          Salam dan selamat sejahtera, story hari ni berkisar pasal sejenis terung iaitu terung telunjuk..Serious tau aku tak pernah tgok terung jenis nie sebelum nie. story nyer mcm nie, maklong sebelah umah datang kasi tu ari. Aku dgn terjakunnya bertanya banyak ar kat mak mertua aku pasal spesis terung yg agak asing bg aku nie. Tapi di sebabkan dah banyak sangat soalan dia pun mgkin malas nak layan, dia ubah tpoik lain la..
          Aku lak jenis yg tak puas hati.. pe lagi, mula ar aku cari tau sendiri. inilah beberapa info yg aku dapat dari dua sumber. Pokok terung Telunjuk ini mudah hidup dan tidak diserang penyakit akar dan berbuah sepanjang masa. Kandungan khasiat terung agak sederhana. Dalam tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 91.2 g, protein 1.7 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 5.6 g, serat 1.0 g, kalsium 25 miligram (mg), fosforus 20 mg, ferum 0.6 mg, karotena 90 ug, vitamin A 15 ug, vitamin B1 0.07 mg, vitamin B2 0.05 mg, niasin 0.7 mg dan vitamin C 18.4 mg. sumber dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Terung_Telunjuk
            Dan dari sumber ini http://blogherba.mesrabioherb.com/2011/10/banyak-kelebihan-terung-telunjuk.html pulak mengatakan Kajian mendapati TERUNG TELUNJUK atau nama saintifiknya Solanum melongena dari keluarga tumbuhan solanaceae, salah satu daripada beberapa jenis terung mempunyai banyak zat dan khasiat. Setiap 100 gram yang dimakan, ia mengandungi 1.75g protein yang penting untuk membina tisu-tisu badan, 5.65g karbohidrat untuk menambah dan mengekalkan tenaga.

Selain itu, terdapat 18.4g vitamin C di samping 1.0g fiber atau serat yang diperlukan untuk penghadaman dan 15 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
            Terung telunjuk mengandungi 90ug karatenea beta untuk penjagaan mata atau penglihatan di samping zat fosforus (10mg), garam galian yang diperlukan oleh badan untuk metabolisma iaitu pengekalan fungsi badan. Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, kandungan terung telunjuk juga mempunyai pelbagai khasiat 
Ok..itu jer info yg aku dapat pasal terung nie, dan sekarang resepi yg aku dan mak mertua try terhadap terung nie. Sory yer, gambar aku dah terdelete la.. tapi resepi tetap di ingatan.. :)

Ikan Tengiri Masak Lemak Terung Telunjuk 

Bahan- bahan:

4 ketul isi ikan tengiri
sepinggan terung telunjuk yg dibelah tengah (kuantiti mcm dalam gambar tu)
semangkuk santan
3 batang serai
1 keping asam keping
1 kiub ikan bilis
Bahan yg ditumbuk sekali:
sebiji bawang besar
1 sudu  ikan bilis (pakai sikit jer jika dah ader kiub ikan bilis)
1 inci kunyit hidup

Cara Membuatnya :
  1. Masukkan bahan yg ditumbuk tadi bersama-sama ikan, serai, asam keping, kiub ikan bilis dan santan.
  2. Kacau perlahan dan terus-terusan sehingga mendidih
  3. Kemudian baru masukkan terung telunjuk dalam beberapa saat dan tutup api
  4. Sedia untuk dihidangkan.

08 Februari 2012

Merawat Kerinduan

             Tengok tajuk pun dah tahu dah..yer mmg kami kerinduan dan kebosanan..Bila suami kena pergi offshore lelama, mula la kami anak beranak terasa kehilangan. Aku sebagi ibu paham hati anak2, adam dah besar dia pun pandai cakap. Tapi adik2 yg kecil tu tak tahu nak tanye atau bercerita pasal ketiadaan papa dorg.
          Papa dorg selalu di tugaskan ke offshore, kalau tak kesana dia akan ader di office kat solaris dutamas. Jadi kami di melaka bekesempatan utk berkumpul pada hari cuti ajer. Tapi kalau hari cuti papa tak balik aku akan bwk dorg ke pantai puteri yg teramat dekat dgn umah nenek dorg nie. Kat sini bila ada cuti panjang jer banyak la karnival. Macam2 org datang berniaga.

            Adam dan adik2 bukan teruja sangat dengan semua nie, dorg hanya tetarik kejap kat barang2 mainan pastu dah excited kat benda lain pulak. Ape lagi kalau bukan pantai dan ombak... memang minat dorg, berjam jam kat sini pun takpa. Kat sini jugak ader la play land kecik tu, tapi bila reramai mmg drog akan kalah la..biasa buaian akan jd rebutan.
            Bila dah takde modal lg mula lah dorg nampak pasir, Adam dan adik2 mmg berhantu sikit dgn pasir nie..Makanan yg ader kat tangan sanggup dilepaskan sebab nak pegang pasir tu. Tengok tu aksi dorg ber tiga dgn pasir pantai..



       Takpe la wahai anak2 nikmati lah pasir tu, dulu mama tak berpeluang macam nie sb mama dibesarkan di kampung yg ada kebun getah dan air sungai. Jadi zaman kanak2 kita memang berlainan..walau apapun ia tetap indah dimata kita.. bila dah jadi suatu memory nanti ia akan amat bermakna sekali..Cuma yg buatkan aku terasa sangat bila pandang dorg main2 pasir nie ialah aku teringatkan en.suami. Dia banyak terlepas momen2 penting nie dalam hidup dia..Sabar yer papa (pujuk diri sekali jugak tu..)




Gigi Pertama Adam

    Hai..senyum sikit, ha..baru ar cantik kalau kita senyum..jadi senyum2lah selalu..hari nie, kita nak story pasal gigi pertama adam. Tapi bukan gigi susu tu tau, sebaliknya gigi kekal dia. Adam tak pernah mengadu pasal gigi susu dia goyang atau ape. Tetiba satu hari dia cakap kat mulut dia macam ader sesuatu, aku pun suruh dia nganga..lagak mcm doktor gigi gitu..ALAMAK!!! ader gigi baru yg tumbuh ar..bukan 1 sebaliknya 2 lg tu..
    Aku mula ar tak senang hati, dok memikirkan pasal gigi dia yg dah nak jd berlapis lapis gitu. aku mintak pandangan byk org..dlm facebook pun ader jugak aku story kan. Ader kakak ipar lak dia cakap tak boleh cabut sb doktor tak kasi. Abis takkan nak biarkan??  (terpikir lak) ahh!! ikut jer pendapat kawan dlm fb tu..g bawak jumpa doktor, kalau tak t tak cantik gigi dia. 
   Inilah klinik gigi yg bdekatan dgn tempat tinggal aku, ini ader lah pilihan terakhir selepas aku bersusah payah g klinik kerajaan. Mula aku g klinik klebang dorg cakap isnin sampai khamis utk budak lepas kul 2. Pastu bila tanyer aku dari mana? aku bg tahu ar aku datang dr bukit darat..owh!! kalau bukit darat baik pergi kat tanjung. aku tak tahu lak yg service utk patient gigi ikut kawasan kita tinggal? aku dengar story sini bagus. Ok ar aku pun pergi ar kat tempat yg dikatakan td, sekali pintu semua tutup siap mangga lagi. Ah!! ni semua membuang masa, aku dgn anak kecil lagi.. sorg dah la ditinggalkan dekat nenek, t nenek lak nak g jemput budak sekolah..mmg tak de masa.
                                                       
    Kat klinik nie pulak mmg sunyi sepi takde org, doktor sendiri yg ader kat kaunter depan..aku ingat pembantu..muka mmg takde senyum langsung, tanya pun mcm garang jer. Aku lak yg takut, tp situasi doktor garang mcm ini bagus utk adam. sb kalau kena dgn doktor yg lembut tak muka serius dia cepat touching. t mula ar dia tak nak cek. Lepas doktor tgok, trus dia letak ubat dan cabut..hehehehe ader ar dia menangis sikit. tengok muka tu..hehehehehe 
 
     Ini pulak gigi dia yg dua batang tu..akan ku simpan buat kenangan..pastu lg 2 minggu kena g cabut lagi 2 yg atas tu. Dia dah mula cakap tak nak, aku cakap mesti kena cabut jugak..Pastu dia mula ar tanyer papa balik tak?? macam aku tak tahu dia nak perlindungan ar tu..Balik umah trus dia tunjuk dgn atuk nenek gigi dia tu. Pastu nenek cakap klinik kat tanjung tu baru tutup, sebab berpindah tempat kat kampung gelam pulak.. Adoiii ade jer story nye..tak pernah abis story mory kami...