30 April 2012

Melaka Sentral & Roti Boy

Hari ni aku bawak anak2 pergi melaka sental pulak utk belikan tiket bus. Sebenarnya aku suker sgt g melaka sentral ni. Bukan aper dah lama tak pergi sana..dulu time aku keje part time kat tesco selalu la dtg sini. Sb kat sini ader lg 1 branch kedai yg aku keje tu kedai roti mexico, atau dkenali papa roti atau roti boy. Hehehe...sbenarnya aku mgular, ckp jer aku nak cover branch sana..poyo jer...

Tp sebenar aku g lepak2 dgn bebudak yg keje kedai tudung, budak kedai make up...hehehe..dpt main make up2 kejap..tu la kenangan zaman remaja dulu banyak memain2 dari keje..

Inilah dia roti tu...pic ehsan goggle yer. Pic album aku dah rosak. Sampai skg klu aku terbau roti ni kat memana mmg dah rasa muak. Sb dulu aku selalu mkn sampai kembung..hehehe mkn free.

Inilah part yg aku paling suker pe lagi meletakkan toping coffe kat bun tu..sikit2 aku suker ar. Tp bila hari minggu mau nak tercabut lengan. Manusia bukan main ramai lagi dok Q..aduhh sampai tak sempat mkn.

Inilah sbahagian staf kat mlk branch punya roti boy. 2 org tu anak tokeh..mak cina bapak melayu org pd. Sejarah knp ader 2 branch kat malaysia ni? Satu papa roti satu roti boy..sb tokeh pecah share. Padahal bersaudara tu..takpe ar lantak korg ar. Resepi tetap okeh..cuma adunan dan kuantiti brg jer lelain. Tempat pertama aku belajar buat kat roti boy subang parade.
posted from Bloggeroid

29 April 2012

Sabtu di Pantai Puteri

Assalamuakaikum dan selamat berhujung minggu semua...happykan bila dpt bkumpul 1 family? Huhuhu...aku dgn anak2 lak tak rasa lengkap sb ketua keluarga ni ada nun jauh di pantai timur. Jd petang smlm aku yg kena plan utk hilangkan kebosanan dorg. Jd pe lg klu mama yg plan..mesti la bwk dorg g main pasir pantai..hehehe tu jer modalnyer..sb klu nak g jejauh leceh skit dgn 3 budak nakal ni.


Tp aku taklah terus kepantai..aku bwk dorg g kat barkat roti john dulu. Kasi dorg minum dulu sb aku tahu lepas main pasir mst terus ttidur 2 org tu. T takut lak tgh mlm dorg tbangun sb kelaparan..dah masak dah mama korg ni.


Sedap roti john tu tp ais pulak takde time tu, sb lori ais telat pulak..nak djadikan cerita anak2 aku yg tak tahan pedas ni terus tak abis mkn. Kesian adam sb dia minat roti ni. Mama jugak yg tpaksa habiskan..


Tp lepas bwk g pantai ceria bukan main lg 3 bradik ni. Sampai taknak blik tu..bila dah balik adik dgn babe trus pengsan ko. Lepas jer mandi dah slmat dahh. Tinggal adam jer yg aku tahan dr tidur sb dia kena g mgaji. Tp tak sampai 10minit pergi dah balik..rupanya ustaz tak dtg pulak..hehehe...adam ckp " tula mama ni degil, adam dah ckp tak ngaji sb ustaz malas.." hehehe iyolah adam. Ko jer yg betoiii..

posted from Bloggeroid

27 April 2012

Faris dan lo lo loryy..

Salam ceria dan slm penuh keberkatan aku ucapkan. Semalam syukur sgt sb hujan turun dgn lebat sekali..dan pagi jumaat ni jd dingin serta tenangg sgt. Mesti best utk yg tak keje hari ni dpt terus tarik selimut. Tetiba teringat kat suami disana..mesti masih tidur ar tu. Takpa2 tidur la..hehehe..sbnarnya jelos ni. Sejak beranak mana ader peluang nak mcm tu lagi..


Ok la..taknak melalut panjang. Sb keje aku sbg manager of house keeping sdg menanti dgn byknya. Hari aku nak story mory yg akan jd memory buat aku ialah pasal tokeh lori kecik ni. Dak faris ni mmg minat dgn lori. Dulu masa baru belajar ckp dia asyik sebut lo lo jer..nasib takde saper gelar dia lolo. Mcm papa dia kecik2 dulu dia asyik sebut bo bo jer time bb. Sb tu sampai sekarang nama timangan dia kat umah dan kg ni Bobo.


Tu separuh jer tu dari koleksi lori dan 'bangkai' lory yg ader..ada byk lg dlm bakul mainan. Stp kali shopping jer mst mintak lori..sampai adik pompuan dia pun nak main lori jugak. Biasa klu papa dia ader mmg dia akan dlayan. Maklumla..tak selalu papa dia ader, papa dia pun dah jarang jumpa jd tak sampai hati dia nak tolak permintaan anak kecil ni. Stp kali dpt jer lori baru mst dok leka mgadap jer. Panggil mkn pun tak layan. Geram pulak! Dan yg paling geram sekali bila ader part2 yg dia cabut.. Bila kita tanyer.."adik knp cabut??!"..sajer jer dia jawab tau.." adik nak wat expekmen.." masuknya dia nak buat eksperimen la..hehehe.. Versi pelat..adoii geram betoi budak pandai bcakap ni. Lg geram bila tgok lori tu dah terbarai tak sampai setengah beli...

posted from Bloggeroid

24 April 2012

Nasi Kukus Dan ayam goreng berempah.

Slm selasa semua..
Hari ni aku tbangun lewat sgt. Tp nasib baik adam tak lewat kesekolah..ntah knp ntah smlm tak dpt tidur. Asyik mimpi jer. Salah 1 mimpi tu mimpi pasal makan nasi kukus kat kuantan ni.

Ptg smlm makmertua aku ckp nak ikut aku g chukai lg bulan 6 ni. Dia nak mkn nasi ni. Sb sedap dan murah sgt lg pun org ramai sampai beratur panjang..maksud dia nasi dan ayam tu mmg sentiasa fresh la.


Mgkin sb dia asyik bckp pasal nasi no kot, tu yg sampai tbawak dlm mimpi tu. Sebenarnya aku ada buat n3 pasal menu ni..tp tak masuk2 pun tak tahu knp. Byk jugak la n3 lain pasal jejalan tempoh hari tp semua gagal dpublishkan. Rasanya beruk bank ni nak kena tukar, sb asyik mkn duit tp X mberikan kepuasan penggunaan kpd tuannya. Kalau ko beruk betoii dah lama kena bantai dgn rotannn!!

posted from Bloggeroid

22 April 2012

Melaka, KL, Kuantan, Paka, Chukai, Muazam Shah dan Melaka.

Assalamualaikum..
Hari ni saya nak story mory pasai kisah smlm. Kisah perjalanan aku sekeluarga dari melaka ke semua tmpt di atas kemudian blik blik ke mlk. Fuhhh!! Giler tu..blik hari ko..knp jd mcm ni??! Mesti itu yg tpikir dlm pikiran semuakan?

Meh sini aku nak cer citer..sebenarnya lbh kpd nak meluahkan rasa. Saper nak dgar silakan yer saper tak nak dgar sudah!! G bukak pintu keluar..hehehe..tak la..acah jer. Mana mgkin aku sggup.

Asalnya kami nak pinjam kete hilux seseorg utk angkat Semua barang suami di kl dan jugak motosikal dia. Tp tak dpt..dan di sebabkan moto tu jugak kami tak stay kat memana. Lepas hantar brg terus jer blik mlk. Sb hari ni suami akan terus blik paka dgn moto tu..adus kesian sgt..sabar jer la.


Dari mlk kami mulakan pjalanan dari kul 7.30am utk sampai awal kat umah kota damansara. Sampai sana dlm kul 10.00am trus ambik beg2 pakaian dia masuk dlm kete. Kemudian terus jer gerak mghala gombak keluar hway karak kearah pantai timur.

Nak cepat punya pasai tak banyak gambar yg aku ambil. Sb dok pikir tmpat yg nak dituju, esok suami nak naik moto sendiri, tuan punya hiluk yg bakhil..huhuhu...ish mcm2 la yg dtg terjah kat dlm pikiran ni. Tapi sejak aku mula menulis n3 ni semua tu dah mcm pergi satu persatu. Lega dan tenang jer. Suami pun td dah call bg tahu dia dah sampai paka. Mesti nak patah pinggang tu, mlm ni terus pengsan la..

Takpe la stp kali suami dpt keje baru mst kami akan jd huru hara camgini. Sb tak byk masa yg diberikan customer nak pakai safety cepat. Tp disebalik semua ni mmg ader hikmah pun..klu dpikirkan blik ader beberapa hal yg bg byk kebaikkan kat kami sekeluarga. Salah satunya utk esok hari pertama suami nak lapor diri kat sana, ada pulak interview utk company baru. Jd pagi sblm masuk keje dia g interview dulu hehehe..kebetulan area yg sama. Jd jgn lepaskan peluang Sayang..

♥ahad pertama yg suram..:(

posted from Bloggeroid

19 April 2012

Masjid Selat

Tahu di mana si rambut toncet nie berada???
Yup kami berada di masjid selat atau di kenali dgn nama masjid pulau melaka. Inilah aktiviti di petang cuti umum melaka bandaraya bsejarah. Sebelum tu kami dah plan nak masuk town. Tp mak datuk bila cuti jer mst jalan mlk sesak sangat. Tak jadi nak g memana lagi aku pun plan nak g jejalan kat area mlk raya jer. Sajer nak tgok tempat lama aku bkerja dulu..rasa rindu jer mcm nak keja balik la..hehehehe
 Lepas dah pusing area mlk raya kami pun masuk jap ke pulau tgok2 kawasan dia, dah byk perubahan ramai jugak pelancong datang kalau dulu sunyi jer. Tempat cantik tenang dgn angin dari laut yg bertiup sepoi2 bahasa gitu..Tp yg buat aku dgn suami huru hara dari menikmati suasana nie adalah bebudak nie. Ader yg sampai nak jatuh longkang, ader yg ambik air sembahyang sampai basah baju dan yg si kecik tu asyik naik turun tangga. Mama tahu la umah nenek ko takde tangga dik!!

18 April 2012

Melaka River Cruise

Salam rabu semua..rini takde worldless yer sb banyak story yg nak disharekan..semalam dah kuar n3 pasai dapat ambik MC kat doktor palaing sempoi di Malaysia. Kami anak beranak pun suker la..pe lagi malam tu jugak mak mertua ajak naik bot melawat sepanjang sungai melaka. Ok jom tgok pic2 yg ader..
Memula beli tiket dulu, utk org melaka ader special price tau..
Inilah 6kpg tiket, utk iris tak masuk kira yer..
Pintu depan nak masuk  tunggu bot, tak sabau betoii bebudak ni
 Org melaka nie kaya dgn pantun dan dondang sayang..jd semasa kita org dok menunggu turn utk naik bot tu, kita akan didengarkan dgn lagu2 dondang syg la..
Tp 3 budak nakal nie mana nak duduk diam..dlm aku meleka dok bkepit dgn suami, nenek lak dgn atuk. Tetiba si kecik iris nyaris nak jatuh dlm sungai gara2 ada pagar yg jarak dia besar dari badan budak kecik. Alhamdullilah la.sempat org yg jaga pintu masuk nie cecepat tarik dia, padahal depan mata kami. Kalau tak pandang betul2 mmg tak perasan jarak antara besi tu mmg muat badan budak.
 Dah dpt naik bot, mak mertua aku ckp duduk depan best sb nampak luas tak kacau kepala org. aku pun cecepat la bik kerusi yg paling depan lagi..hahahaha giler kuasa kau!!
 Pastu padan muka aku..nak tahu knp?? duduk depan nie mmg tak bagus.. Dah la air mercik kat muka..habis cermin mata aku dah la aku malas pakai clens malam tu, pastu kamera pun kena percik air. Banyak pic yg aku ambik semua ader dot dot air tu..reject betul. pastu lak video pun tak cantik sb nampak gelap..pastu bot lak tergoyang2 bayangkan la btapa tak cantek la video aku..jd mmg tak boleh show barang yg tak berkualiti yer..

Pape pun permandangan waktu malam di sepanjang perairan sungai melaka sangat cantik, terutama di sekitar kampung morten


17 April 2012

Ambil MC

Story ambik MC nie belaku hari ahad jugak, sblm pergi mahkota..hehehehe.. byk betoii story hari tu. Kenapa lak nak bik Mc plak??..haa!! nak djdkan citer utk hari isnin adam tak sekolah sb mlk ada sambut public holiday utk malacca historical city. Jd pagi tu aku dah pujuk2 suami utk dia stay bsama kami hari isnin nanti. Dia pun was2 jugak dia sb dia dah hampir last kat kencana ni. Tp disebabkan anak isteri dia pun kalah jugak, lg pun dia pikir lepas dah dpt keje baru nie mgkin akan blik sbulan skali kot.

Itupun klu dpt cuti. tgok offer letter lak kat tempat baru nie dia cuma cuti sehari jer seminggu. Oklah pikir punya pikir dlm pukul 11 ari ahad tu, sblm nak bik gambar pasport yg dijanjikan tu. Kami pun g ambik (boleh ckp belilah) dulu MC kat  1 klinik yg mmg dari zmn bapak mertua aku dulu dah mmg terkenal bab2 beli MC nie.
 Doktor mmg sempoi giler, dlm klinik (bilik dia) dia merokok. lebih kurang dialog dia mcm nielah:
Doktor  tanya pd suami : "ok apa mau tulis??"
                           Suami:  "erm...tulis sakit gigi
                         Doktor:   "Apala, mana boleh mau cakap sakit gigi"
                          suami:     "owh..
                        Doktor:    " cakap deman la.."
                        suami :      " owh ok.."
Disebabkan nie kali ke2 kami dtg sini sb td doktor takde dia kuar mkn. Doktor tu ckp lagi
                      Doktor : "Kalau u mau MC aku kena ada, itu 2 ekor mana boleh sign punya.."
                     (sambil mulut dia menunjuk pada 2 org pembantu sorg cina dan sorg india)
Mmg sempoi betul la doktor nie, bayar pun terus dgn dia bukan dibuat dikaunter depan. Utk balance duit pun dari wallet dia jugak. Suami aku lak ingat 15 hinngit mcm dulu, rupanya dah RM30 sehari. Bolehla..janji kami dpt bersama lg utk sehari. Lagipun apalah sgt RM30 tu klu nak dibandingkan dgn nilai waktu yg kami dpt berkumpul bersama..

Dapat Jugak..

 Hai..Assalamualaikum dan slm sejahtera..
story mory ku kali nie pulak pasal hari ahad lepas huhuhuhu..sedih nie, mcm sayu jer hati nak cakap..rupanya ahad nie adalah ahad terakhir papa ada dgn kami. Biasanya bila papa balik kami akan kuar jejalan..biasa g pantai atau kebun. Tp dlm perjalanan nak ke pantai tu papa ckp kita g mahkota nak?? aku tanye nak buat pe?? dia jawab sajer..nak beli barang mahal. Aku pun iakan jelah..hehehehe..sekali tgok pakaian kami mmg "biasa" sgt, sb tak plan nak kuar g mahkota..tp oklah..jom lah..
Sampai jer kat sana, aku tgok sipapa nie, jalan trus jer aku pun tak sempat nak tanye banyak sb kecoh dgn anak2. Tp aku dah nampak de signbord pameran perumahan..owh..patutla dia ckp nak beli brg mahal. Mmg rumah mahal kata hati aku..lg pun mmg kami dlm proses nak beli rumah nie. Dah puas pusing2 rupanya lokasi rumah yg kami nak tu takde kat sini.

 Pastu dah la..jom pusing2 jer..sambil jejalan tu aku tgok dia lama sgt kat kedai samsung tu..tgh pegang samsung note tu. Bila aku dekat dia tanya nak tak?? usihh!! mana leh tak nak kan..mestila nak..Tp aku ckp umah tak de tenet..dia ckp tak pe t kita g TM. hahahaha..Hati aku dah bertaman taman..papa mmg best..
Lama giler ar..budak samsung tu dok download mcm2 yg aku mintak, pastu dok belajar guna lagi..sampai anak2 pun dah lembik semua. masuk jer kete trus tertidur tiga2 bradik. Dlam suasana sunyi nak sampai rumah tu dia ckp..papa tahu mama mintak gajet baru..aku tahu hehehe..mst dia tgok fb ar tu..Dia ckp mmg dia nak beli pun..

sampai skg aku masih belajar pakai..byk yg masih tak paham..budak tu cakap klu nak tahu pape tel dia atau dtg jumpa dia. klu nak dlm you tube pun ader..nampaknya tak byk masa nak belajar dlm you tube. Hujung minggu nie lappy dan bband nie akan pergi bersama papa..huhuhuhu..


15 April 2012

Kisah gunting rambut

Hari sabtu yg lepas ke3 si papa plan nak gunting rambut utk tangkap gambar keje baru. Biasanya kat kg nie, kami akan g kat kawan bapak mertua aku..dia mmg pandai gunting rambut, de sijil dari mara lg..hehehe..tp biasala dgn bebudak nie adam sorg yg suka gunting rambut mula tawarkan diri dulu..Ntah pe fesyen yg dia mintak pun aku boo layan. Bukan pe nie kedai kg jer, bukan salon yg nak demand lelebih..
 Nilah dia dak beliak nie..
Nie pulak budak yg paling penakut nak gunting rambut, ingat lg kali pertama gunting..berpegang, berpeluk2 sampai org yg tolong pegang tu sakit tangan2. tp sekarang dak ok, nie kali ke3 la..tgok baik jer dia naik ats kerusi utk serah diri..
 Pantang dipuji, adik pandai, bagus..berani la dia..senyum melebar..
 Beberapa minit kemudian..reaksi muka mula berubah..dia nie tak boleh lama sikit mulala cepat bosan..
 Tangan atuk jalil nie pun laju jer la..bukan tak kenal perangai cucu hj.yusof yg sorg nie..dan nie adalah muka selepas gunting. Bulat!
 Dan yg terakhir baru la org yg sepatutnya gunting rambut..saper lg klu bukan si papa..papa nak rambut kemas2..
Tgok signbord nie..jimat duit..hehehe..handmade tau..
lepas jer gunting..trus kami bergerak ke kedai gambar pulak..utk tangkap gambar papa..

13 April 2012

Adik dera mama

Inilah yg jadi bila dak faris mengamuk mintak di dukung, bila tak dukung mamanya yg kena bantai..tak ckup dgn tumbuk, ditolak2 lagi..yg aku tak tahan tu dia gigit peha..pe lagi disebabkan nak elak terlanggar la tombol pintu..esoknya jadilah macam ni..
Adam pulak cakap ni lah pengorbanan sorg mama..hehehehe..pandai anakku..pengorbanan ea??

Petang cuti umum

Ni kisah semalam petang cara aku dan anak2 habiskan waktu cuti umum. Biasa kami akan ke pantai..tp disbkan gempa bumi di acheh..tak elok lak berapa di persisir pantai..walaupun mlk tak masuk senarai, tp persaan khuatir tu ader jugak bila tgok garisan air dari pantai menjadi jauh..macam disebut gitu..
Last sekali aku bawak dorg g econsave kat sungai udang, satu pasaraya yg sunyi sangat dan tak ramai org kesana. Tujuannya nak beli krim rambut adam, lg pun ader playland kat situ. boleh lah kan sb food court pun takde saper2 yg menjual takde la dorg nak mintak bebukan. dan aku rasa kat sini selamat sikit pun tak panas dlm aircond.
Dulu kat damansara ader jugak pasaraya yg tak ramai org mcm gini...hehehehe kat carefour ingat lagi. Tp boleh layan kadang2 jer sb tak meriah mcm tak best pulak. Kat sini amanla korg main anak2 sb tak berebut dgn org. Macam tu la anak2 kita habiskan waktu petang kita..

agaknya nanti macam mana lah keadaan kita bila papa dah masuk keja baru, mesti jumpa sebulan sekali kot??

  

11 April 2012

Worldless Wednesday

Masih memikirkan cara utk dapatkan 1 gadget baru :
  • Jangan mintak duit utk nak beli sendiri, sb mmg takan beli punya
  • Tunggu dia balik dari cuti yg panjang dan bawak dia utk sama2 memillih

10 April 2012

Rela dalam paksa

Wah tengok tajuk tu..agak2 ape pulak story kali nie?..erm..kisah aku nie mmg tak lepas dari masalah anak2 lepas sorg sorg..kisah nie belaku pada sabtu lepas. Bila adam bangun jer tidur terus dia nangis dan bagi tahu ada sesuatu dlm mata dia..sekali aku tgok mmg ader 4 dot putih kat bebola mata hitam. Apa lagi yg boleh aku buat pergi jumpa pakar mata la..

Utk rekod..ceh wah!! sejak lahir adam mmg ader masalah mata. doktor ckp kemungkinan masa dimandikan nurse mgkin belaku kecuaian. Mata dia tak terbuka sebelah time tu. Puaslah aku bwk klinik sini sana, last sekali g jumpa pakar mata kat ong kim wee tu. Barulah hilang, sedih bercampur gembira sgt bila tgok saat pertama kali mata sebelah tu terbuka..masa tu dia kecik lagi tak sampai sebulan.
 Ada lagi jugak beberapa kejadian pasal mata dia, biasala budak nakal..jd keje aku ulang alik klinik mata jer dari dia kecik lagi. Alergik pun satu hal jugak, kat doktor wan tu..dia bg ubat titis 2 utk diletak hari2 dlm mata dia. Berbulan diamalkan, sampai beli utk stock sb doktor takde lama, ntah g bercuti ke mana tak tahu la..
Sebab tu bila adam dah mgadu pasal mata aku terpikir pakar mana lagi yg aku nak pergi? doktor wan takde, last sekali aku bawak g kat doktor Robert kat melaka raya. Sini pun ok jugak tp yg tak tahan tu ramai org, kebanyakkan dtg dari indonesia. Semua pasport oren jer yg aku nampak, ingat cina malaysia..tp nama yg dipanggil Marinda, gelang..ntah pape lg la..tp yg bangun tu mmg bangsa cina. Bila dia bersembang baru tahu rupanya bukan org sini.
Adam pulak time nie mmg buat aku geram sangat, boleh dia menangis tak kasi doktor bukak kelopak mata dia utk dimasukkan cotton bud. Doktor nak tgok ape benda yg putih kat atas kelopak mata tu. Geram aku dibuatnya, dah lama tunggu bila masuk dia tak bg kerjasama. Doktor pulak suruh aku tenangkan dia dulu kat luar dan bila dah ok bawak masuk balik.

Aku pun seret dia masuk bilik air, cakap bebaik. Dia pun janjila..bila masuk balik..time doktor nak tgok lagi sekali dia meronta2 sambil menangis. Time nie aku punya tahap kesabaran dah tinggal sikit. Dak baby lak dok nangis2 nak myusu..akupun tanya takde cara lain ke nak ambik benda tu??.(maksud aku benda putih atas kelopak mata). Doktor cakap ader bg bius, tp tak buat kat sini buat kat hospital pantai.

Lagi satu aku trus tanya pasal cost biasala..suami takde kat sini, jd aku kena standy by..ni bukan klinik biasa ni pakar mata. Sejak dari kecik bil tak pernah kurang dari RM100 keatas. Doktor cakap "the cost around RM2000+++" pastu aku mintak izin bwk dia keluar utk kali ke2. Sampai dlm bilik air aku terus gunakan ketegasan aku, cubit tampar semua kenala kat dia. Dia mintak maaf dia janji takkan buat mcm tu lg cuma dia takut sb doktor nak masukkan cotton bud tu jer. (dalam hati ingat mana nak percaya ko??)
Aku kenal adam, dia mmg takkan kasi, tp siap ko..dah 2 3kali kuar masuk bilik doktor tp ape pun tak dapat kali nie ko mesti kena jugak. Bila masuk tu aku terus cakap "sory doc, we need the trick..cos i know my son..he will not cooperate"..pastu dia boleh myampuk.."mama jgn nak trick2 tau..adam tahu td mama cakap trick(akalkan dia).. nak gelak pun ader, pastu doktor ckp dia akan tegas, tp tak bg aku kecik hatila..stp kali doktor cakap jer. Dia cakap..mama doktor ckp pe tu??..mama tolong ckp bahasa melayu jgn campur2 boleh??..aku tahu dia dah takut.

Pastu taknak buang masa lagi, bila dagu dia diletakkan atas alat tu, staf kat belakang pegang kepala dia..biar melekat dgn alat tu, aku tekan bahu dgn pijak kaki sb tak kasi dia bangun, staf lg sorg lak pegang tangan tak kasi dia menolak. Time tu satu klinik bergema dgn suara dia. walaupun mata tpejam, doktor bukak jugak..pastu trus g kat selaput putih atas kelopak mata tu. tp 3 kali doktor try alihkan benda tu. Sah mmg dia tak bergerak dari tempat tu.. 

Kemungkinan ia adalah satu ketumbuhan, luka kat bebola tu disebabkan benda putih tu dah bg tekanan situ. Rawatan utk luka tu boleh sembuh, tp takkan hilang selagi ader ketumbuhan tu. Persoalannya..cepat tak dia membesar? bulan depan aku kena dtg lagi utk tgok lagi..


04 April 2012

Berwordless Wednesday

Petang rabu yg  sangat mendung..tapi rumah aku riuh rendah dgn suara anak2 memekik dan menjerit2, suara mak dia pun sama naik la dan jugak suara nenek tua di depan rumah..Dah hampir 7 tahun aku di sini, dan itulah aktiviti setiap petang..mendengar 3 jenis suara dari 3 golongan manusia. Dan pemenang utk suara paling nyaring di menangi oleh..
Iris Tasnim..Nampak tak anak tekak saya nie???..hehehehe

03 April 2012

Penakut jugak dia..

Assalamualaikum..
Seperti yg dijanjikan..sampai la masa utk faris bertemu semula dgn doktor kulit dia. Nak tahu?? utk aczemia tu hari mmg dah hilang terus dah. kulit pun dah jadi licin sangat. nak dijadikan cerita saiz wart dia pun jadi kecil sikit selepas mandi air panas kat jasin semalam (ahad). Time doktor cek tu aku tanya la knp dia boleh kena wart nie?? doktor cakap mungkin dia ada bersetuh dgn individu yg mempunyai ketuat nie. lagipun dia budak mmg sistem imun dia mmg tak kuat utk lawan virus nie. faris pulak ader aczemia mungkin time dia garu2 tu dah luka sikit, biasa kuman suka menempel dekat situ. owh..baru la aku paham dgn jelas.
Sepanjang rawatan tu aku tgok faris nie tenang jer. Bila doktor cakap naik atas katil cepat sb nak jadikan dia superman. Dia pun suker ajer..mulala dia tunjukkan aksi2 yg bukan2 tu..tulah aku dah cakap jangan dilayan budak nie. Sebab dia suka tunjuk kelaku dia tu..
 Ni pulak muka dah mula menunjukkan tanda2 bosan. sebab doktor ader sapu aper ntah sebelum nak kasi gas tu..pastu kena tunggu dlm bp minit sebab doktor ngah test gas tu sebelum nak spray kat wat tu..dalam hati jangan ko mintak turunkan dari katil nie sudah..hehehehe..sb aku tahu sangat perangai dia nie bila dah bosan..
Pastu doktor pun mulalah spary kat situ..tp mulut dia pun boleh tahan becok mcm abg dia jugak. Dah doktor cakap ubat nie akan buat dia rasa sejuk. Time dah kena tu boleh dia tegur "oii watpe tu?? letak ais ker??..hehehe.. sweet jer soalan. aku iakan yg doktor letak ais kat kaki dia. Pastu tunggu bp minit lagi utk kali ke2. terus dia bangun melompat kat aku. Dia ckp "adik chakitt cangatt, tak nakkk!!.

Dah tak dapat utk kali ke2, tp doktor ckp biasa dia buat 2 kali. tapi kali pertama pun tetap berkesan jugak. Dan faris pun dibenarkan kuar dari bilik nie..2 minggu lagi aku kena datang balik utk cek..faris faris..harap2 ia akan sembuh sepenuhnya..amin...

02 April 2012

Kucar kacir punya planning!

Ini adalah story pasal ujung minggu yg lepas, bila mak bg tahu yg kak comel iaitu akk ipar aku ajak aku 1 family dgn suami kembar aku punya family utk ikut dia g mandi air panas bemban. Ok ar jd kami pun setuju, pagi ahad tu kami bangun awal2. Siapkan nasi lemak utk dijadikan bekal. Dah siap semua kami masuk kete utk ke rumah dia. Tp dia pulak yg takde kat umah..sb dia ke rumah kami. Kecohkan?..pastu kami tunggu dia kat tepi jalan. Tak lama tu dia pun sampai dan ajak berbincang. Pelik betul..
Rupanya dia tak nak g sana (air panas bemban). Alasan sebab mahal.. RM8 sorg. (dalam hati aku, pergi ajer ar..walaupun bp hinggit)..kesal nie.Tp diamkan jer. Last sekali dia bincang dgn semua ajak g gunung ledang. Suami aku tak perasan yg air terjun ledang tu adalah sagil. Dia iakan ajer..Dalam kete aku mula mgomel yg air terjun ledang tu adalah sagil. Dan kami dah pergi pun minggu lepas. Nak sedapkan hati aku, suami aku ckp tak pe kita ikut jer mana kak comel nak bawak. Kebetulan dia ikut lebuh AMJ aku tgok menuju kearah Muar. Aku ingat nie lain punya ledang ar.
Punya ar jauh perjalanan. lebih kurang 2jam mcm tu..sebab sepanjang jalan byk jerat cina ader buat sembahyang. Jd mmg perjalanan jd slow ar. Tetiba bila sampai jer..ALAMAK!! ini ke yg dikatakan kak comel ledang??. Betul ar kami dah dtg mgu lepas..huhuhu..baru minggu lepas aku tulis N3 pasal ledang nie..Family sebelah kembar suami pun, ader jugak dtg beberapa minggu lepas. Mengomel ar kami semua..Kena APRIL FOOL sekali. Kalau ar tahu..tak payah ikut Lebuh AMJ tu, Pencong jer ke bemban..Dah ar jauh.

Tapi dah sampai kesitu, anak2 yg tak tahu pe nie hepi jer semacam tak sabar nak terjun dlm air..Tak tahu mak dan bapak dia dah sebal..hahahaha..layankan ar dorg mandi dan makan semua. Ada la dlm 1 jam lebih macam tu. Last sekali time dah siap2 nak balik nie. Kak comel boleh bg lagi cadangan yg dia nak g tgok jer kawasan air panas tu. Kami semua ckp dah penat nak balik, tp diajak jugak2. Dalam perjalanan tu, tetiba tak bg tahu pape pun siap dia singgah pulak kat cendol tepi jalan. Kat sini boleh tambah berkali2 cendol tu..Tp aku dah surender sb dah kenyang giler mkn nasi lemak..Tgok dlm pic atas tu..tu ar semua org yg terlibat dlm rancangan ribut nie..hehehehe..
Lebih meributkan lagi, time nak balik tu kita org ikut jugak dia, sb ader anak dia dlm kete kita org nie. sian pulak budak nie terpisah dr mak bapak dia. Jd sampai ar jugak kat tempat air panas tu. Sekali dia tgok RM6 masuk. pastu jengah2 dari luar nampak cantik jer kawasan tu. Mula ar dia merenggek2 nak masuk..berkali2 diajak adik2 kembar dia nie utk masuk. Abg aku dah penat sgt..taknak masuk..paksa punya paksa. Last sekali ikut jugak ar..dah kakak. T susah lak klu dia main merajuk2 nie.
Layankan ajer ar..
Lagipun semalam (sabtu) abg sampai petang, pagi nie dah bangun awal2. Nanti malam dia dah nak balik kl. Sian abg..lagipun Anak2 yg tak tahu pape nie..lg ar melompat2 tak sabar2 nak masuk. Dlm hati aku terpikir, alangkah baiknya kalau dtg terus jer td..tak payah nak g ledang tu..
Tempat pun ok, ader 5 teknik nak mandi Onsen nie..utk kanak2 pun ader..
Kawasan dia pun ok semua. ader 3 cara disediakan utk menikmati air panas nie..bilik dia ader jugak di buat ala2 mcm sauna gitu.
Kawasan utk perempuan jugak diasingkan disini. Tak mcm air panas Gadek tu..terbuka..

Ini adalah 3 cara untuk menikmati air panas nie.
Time nie keje2 pembersihan sedang dilakukan .

Tapi semua ok ar disini..mungkin dah cukup penat..aku pun tak banyak teroka kawasan nie. Cuma bawak iris dan faris utk rendam kaki dlm air panas nie jer. Dalam pukul 5.30 mcm tu kami bertolak balik..Sampai dlm pukul 6.30 mcm tu. Pukul 8 pun abg dah balik kl..rosak program petang aku nak ajak dia g mahkota parade..hehehehe..itu yg sebenarnya..