15 Julai 2012

Pasar Sti Khadijah.





 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar semua?..Terima kasih kerana singgah sini yer..pagi2 ahad nie tetiba rindu pulak dgn En.Hubby yg jauh nun di sana. Kalau dia ada biasa hari ahad mcm nie semua dah bangun awal sb dah ade plan mana nak g sarapan. Tapi bila dia takde selepas siapkan bekpes dgn wat housekeping trus jer aku mengadap lappy nie. Layan dulu gambar2 dia..
Okeh di sebabkan masih pagi lagi jd bila ternampak gambar kami makan kat pasar siti khadijah nie, terpikir nak sharekan kat semua sedikit picture makan2 kami dgn cuci mata kat sana. Ini gambar kat bahagian bawah yg banyak org jual makanan. Mata aku asyik tertarik pd kuih muih jer sb cantik2 dan menarik. Pulak tu banyak yg aku tak kenal.
 Kelantan mmg terkenal dgn makanan yg menarik dan kat sini semua sedap. Paling2 simple buah melaka tu pun bukan main sedap lagi. Korang boleh bayangkan tak rasa cendol tau?. Menyesal beli sikit, kononya utk bebudak..lg pun ala..buah melaka kat umah pun aku tau buat. Sekali padan muka aku..HUHAHAHA!!
 Boleh di katakan setiap meja ada benda yg berlainan. Dan peniaga kat sini tak kira tua muda semua peramah. Aku mmg kuat bertanya tp aku tak boleh paham percakapan dorg..jd kat sini aku banyak diam jer dan tak becok mcm selalu. Klu tak semua aku tanya..
 Yang sayangnya kami g hari jumaat dan banyak tempat2 kosong sb jumaat adalah hari cuti kat sana.
 Ini adalah tingkat dua ada kedai2 makan..mmg time ni lapar sangat sb time tunggu abg sembahyang jumaat tadi ingat de org jual makanan. Tapi sepanjang jalan kedai2 makan tutup sb semua bercuti pada hari tu.
Nasib kat pasar nie kami jumpa jugak dgn org2 yg jual makan panas. Memang sempoi tau, kita mkn mengadap dgn lauk2 dan peniaga tu wat keje depan mata kita samada tengah masak atau sediakan barang2 nak makan. Kira kita duduk jer sebelah menyebelah dgn org kita tak kenal. Tapi ok. Semua gerai sama jer stail nya tp time nak cuci tangan, kita kena ar g kat singki dia...hehehe dpt masuk sampai dapur ko.

Okeh stop sini dulu lagi pun hari minggu masing2 banyak program dgn familykan. Harap semua hepi2 bersama org tersayang..cyg korang semua..muahhh!! hahaha Geli tak?!!

Lom mandi tau!

8 ulasan:

  1. wahhh besttnya makan mcm tu.. kalau rasa nak tambah ambik je depan mata kan hehe

    BalasPadam
  2. Yup..mmg pun. Terus bik je depan mata tu..sayer sesuke jer tambah kuah..

    BalasPadam
  3. Mmg meriah kan kak... Tu pasal sonok gi sane...dlm list lieya jugak tu nak gi klantan ngan ganu tuk cuti2 malaysia....

    Kuih kat sane mmg menarik kak cume x tahan manis2 jek....

    BalasPadam
    Balasan
    1. lieya..mesti ko dapat pergi punya. Mmmg best sangat..Kuih pulak bg akk semua ok2 jer. Boleh tahan ar anak tekak nie nak terima..hehehe

      Padam
  4. meriah dengan kuih-muih..dah lama saya tak ke sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Liza kalau pergi mesti ambik banyak gambar yg luar biasa..sb awak mahir dlm bab tu. Insyallah suatu hari t mesti sampai jugak tu..

      Padam
  5. walaupun kg suami di Kelantan dan banyak kali juga singgah situ,tapi tak pernah duduk makan kat situ..nak merasa jugalah makan kat situ nanti..

    BalasPadam
  6. Lok?! Yeke...sayer rasa mcm unik stail mkn dia..sb try utk wat kenangan...

    BalasPadam