02 Ogos 2012

Lepat Liat

Assalamualaikum dan selamat berpuasa 

Sebelum tu sory yer..sb pepagi tuan umah nak cakap pasal makanan. Bukan pe sebenarnya dah tak sempat nak lelama depan lappy nie. Banyak pulak keja dekat2 nak raya nie. Jadi jom layan pic yg ader dlm draf nie. 
 Korg kenal tak kuih apa nie?..kalau org kedah dorg kenal kuih nie..nama dia kuih lepat liat. Mak mertua ku kat melaka nie dia tak pernah tgok dan tak pernah dengar pun. Ini kuih tradisional org sana dan mmg kuih feberet aku dari kecik2 lagi.
 1st time aku buat kat umah nie, dulu duk kat daman sara da jugak aku buat nak bg en.somi rasa. Dia suka masa memula makan. Sb kuih nie liat mcm kuih koci tu, dia pulak mmg suka makan kuih yg mcm gini. sb rasa liat sambil mengunyah2 tu bautkan kita rasa leka.
 Cara nak buat dia mmg senang, tapi bila dah jadi doh pastu nak tepek2 atas dau pisang tu yg jadi macam susah sikit kalau ada anak kecik. Pengacau tak bergaji tu mmg suka merasa kelapa. Sebijik mcm aku kecik2 dulu. Nampaknya perangai ttu dah menurun kat anak2 pulak.
 Ok stop! bulan posa tak nak cakap panjang2 t salah info kurang pahala. Jom laya resepi pulak.

Kuih Lepat Liat

Bahan Bahan Doh :
Tepung Pulut
Gula Merah
Daun pandan
Air 
Santan

Bahan2 Inti :
Kelapa Parut
Garam

Bahan2 Untuk balut :
Daun Pisang
Minyak Masak

Cara membuat doh :
  1. Memula masakkan Gula merah bersama air dan daun pandan. Bila dah mendidih dan gula pun larut. masukkan pula santan. 
  2. Ketepi dan biarkan sejuk seketika
  3. Bila dan sejuk masukkan dalam tepung pulut dan teruskan menguli sehingga menjadi doh yg licin
  4. Tekstur dia kita boleh agak ar jgn bg terlalu keras atau lembut..alah mcm buat buah melaka tu.
 Cara membuat Inti
Kelapa parut tu gaul dgn garam. seuaikan rasa supaya ada rasa lemak2 masin gitu.

Cara Untuk membalut
  1. Memula kita kena lalukan daun pisang atas api utk nak layukan daun tu dulu. Teknik nie panggil apa aku pun tak ingat dah
  2. Pastu potong2 bg kita dapatkan saiz yg kita nak utk balut lepat tu, umpama mcm buat lepat pisang ar..
  3. Jangan lupa lap dulu daun tu dgn kain yg bersih tau..hehehehe
  4. Daun yg dah di potong tu, ambik sekeping pastu sapu minyak masak atas dia
  5. Bahagian yg kita sapu minyak masak tu lah yg kita tempekkan doh tadi. Tempek doh nipis2
  6. Atas doh yg kita tempek tu, letakkan inti kelapa parut tadi.
  7. Ambik dua2 bahagian daun pisang dan kepitkan utk nak kasi doh tu meletak dan membalut kelapa tersebut
  8. Kemasakan balutan daun pisang tu dan susun diatas loyang
  9. Masakkan lepat yg dah siap dibalut tadi dengan teknik kukus. 
  10. Tak lama dgn kuantiti macam gambar kat atas tu dalam 20 mint jer.

12 ulasan:

  1. ouuh..ni ke kuih yg d ckp dlm fb tu...hihihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup Ana..ini ar kuih nyer dan siap resepi lagi..hehehehehe

      Padam
  2. sedapnya..

    dear email sha : anatano_bernabeu@yahoo.com

    sama macam yg sha taruk dlm blog sha...

    in case tak boleh jugak u boleh message kat dlm FB ye

    BalasPadam
  3. Saya juga orang Melaka pernah merasai kuih ini juga.

    BalasPadam
  4. WAHHHH penah tgk org post kat fb..rasenye mkn pun penah kot kak....mmg sedap kan kak....lagi sedap dari lepat biase tu...pada lieya laaa....tapi tak penah buat sbb kat umah ni tak laku kuih kukus2 ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh..ada pulak trend yg tak jalan kuih kukus2 nie..hehehehe

      Padam
  5. sdp lepat..mak kami panggil lepat liat haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...mak kami pun panggil lepat liat jugak...

      Padam
  6. ingatkan lepat yang di buat jadi liat, rupanya nama dia lepat liat hehehehehhe first time tau nih.....kalau mcm aku org johor lain plak pesen lepat dia hehehehehehe anyway byk jenis lepat kan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. YUp..mmg byk jenis lepat..tp lepa nie mmg liat2 tau..susah utk org yg pakai gg palsu kalau mkan..huhahahahaha

      Padam