15 Ogos 2012

WW : Ketupat Periuk Kera

Assalamualaikum dan selamat menyambut syawal

 Ha..kenal tak ape nama makanan nie?..ini adalah ketupat periuk kera. Ketupat pulut yer..dan dmasak didalam daun pokok periuk kera. Hari nie takde worldless2 yer sb aku teruja nak cakap pasal makanan yg unik nie.  Ini adalah kali kedua aku makanan ketupat nie.
 Ketupat nie takde kat sebarangan tempat tapi kat masjid tanah boleh dikatakan setiap bazar ramadhan dia mmg ader ketupat nie. Nampak tak dua jenis rendang tu?, satu rendang itik dan satu rendang daging. Itik mmg famous kat masjid tanah nie, time nak raya harga itik memang melambong naik. Pastu kedai proses itik mmg full ar petang sebelum raya nie kat sana. Proses itik tak sama dgn mesin proses ayam sebab bulu itik lagi kasar dari bulu ayam.
Malam tu aku bg anak2 makan dulu ketupat nie, memasing makan bersuap2 ar. Bila dah habis aku cakap dengan adam yg nama makanan nie ketupat periuk kera. Pastu boleh dia cakap knp ambik periuk kera nak masak ketupat mama?..kera tu tak marah ke kita ambik periuk dia mama?..soklan dia nie buatkan aku nak pecah perut gelak. Adam sorg budak yg kuat berimaginasi klu dilayan sampai pagi pun tak boleh habis.


Teruja berbenor ar..sory saya org kedah..mmg tak tahu..ntah2 org lain dah lama tahu makanan nie..

19 ulasan:

  1. Betul juga kan adam macam manalah kera tu nak masak mama dah ambil periuk dia ye hihi...

    Terima kasih kunjung blog kakak dan kakak pun dah follow sini teman ke 39.

    BalasPadam
  2. tak pernah mkn lg rendang itik ..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh ar try..sama jer kot dgn daging ayam.. :)

      Padam
  3. xpernah mkn...ros jgn bg ana teringin kang jenuh nk p cri kt melaka tu..kuikuki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe utk makyong yg special kita sanggup hantar..fuahhh...

      Padam
  4. waaa xpernah mkn hihi unik2
    salam perkenalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. unikkan nadia sb masak dalam daun periuk kera..
      salam perkenalan kembali.. :)

      Padam
  5. Salam kenal :)

    unik nama makanan ni , fiza pun tak pernah dengar n makan :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. unik nama dia unik jugak cara bungkusan dia tu.. klu datang melaka kat masjid tanah cuba la.. :)

      Padam
  6. wah, kita tak penah makan lagi ketupatni. rasa dia bes tak?
    saya suka makan daging itik :)

    BalasPadam
  7. xpernah tengok ketupat periuk kera.

    Erm.. periuk kera bukan pokok yang gantung tu ka? kalau serangga masuk dalam pokok tu serangga tu mati.huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tepat sekali..bahagian yg tergantung utk perangkap serangga tu ar yg dimasukkan pulut nie..kat masjid tanah banyak org jual atau..kosong2 tu di buat tempat meletakkan pulut.

      Padam
  8. errah xpenah makan lg camni...nampak sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sis pun tak pernah mkn sebelum nie, baru jer 2 kali mkn tu pun sb kawen dgn org melaka.

      Padam
  9. Wah makanan baru yang tak pernah nampak! Rasa sama kot mcam ketupak biasa? Daun tu makan ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha..rasa sama jer dgn ketupant biasa..daun tu tak makan sayang..mcm kita mkn lemang buluhkan kita buat atau kita makanan ketupat lain balutan dia kita buang..erm..tak tahu pulak klu de org yg makan sekali..huhahahaha

      Padam
  10. salam kenal Roshidah, 1st time tengok ketupat ni...tqvm for sharing.

    BalasPadam
  11. oooo first time dengar nama ketupat ni.dan baru tahu kewujudannya.hee

    BalasPadam