31 Oktober 2012

WW : Color Contact Lenses Vs Contact Lenses

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tengok banyakkan contact lenses nie.. untuk org yg suri umah mcm aku nie mmg sesuai la pakai yg jenis mcm nie (one day). Sebab kalau kuar g memana yg agak jauh dari umah baru la akan pakai. Kalau tak pakai spek jer mcm g sekolah ambik adam tu.
Entry aku kali nie cuma nak cakap yg aku masih minat giler kat colour contact lenses tu, dah la murah pastu cantik2 sangat. Boleh buat mata jadi besar tu yang aku suka suka sangat. Hehehehe...Nak tahu tak? kalau ada apa2 majlis aku pakai jugak tau, cuma aku pakai kejap2 jer la..Hehehe..Dasar tak serikkan..

Semoga suatu hari nanti contact lenses dari korea nie akan di perbaharui kualiti nyer..hahahaha..siap doa lagi..

29 Oktober 2012

Cerita Petang Raya & Resepi Rendang Hitam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Rasa macam dah lama tak update story mory kat sini..Maklum la dah sibuk dok sipakan persiapan hari raya tu hari. Lagi pun papa bebudak nie cuti pulak, tu yg asyik meleka jer. Ok la balik kepada tajuk n3 nie, raya hai tahun nie aku anak beranak kat melaka jer. Kat umah mertua nie setiap tahun aku tengok rendang ketupat wajib ada pada pagi raya. Walaupun tak meriah mcm raya puasa, tapi sikit2 aku tengok meriah la jugak sebab ramai adik beradik suami yg balik umah nie.
 Ni gambar time petang raya tu..bahan2 nak buat rendang pepagi mmg dah beli kat pasar pantai tu. Jadi pepagi aku la pembantu utama mak mertua yg dok sibuk menyediakan bahan2 sambil bersilat dgn 3 anak kecik. Kuih pulak tu kak ipar aku kak comel yg kasi, umah nie setiap tahun mmg semua anak2 diminta setiap family bawak balik kuih raya. Tapi utk raya korban takde la ni cuma ihsan dari kak comel jer.
Lewat petang raya tu jugak semua menu raya siap. Tahun nie mak mertua aku pilih nak masak rendang itam sebab dia cakap rendang nie payah sikit nak basi. Tapi aku suka rendang dia yg sebelum2 nie..hehehe.. banyak songehkan. Aku sebenarnya tengah belajar semua resepi2 dia...setakat nie ada dua tiga jer yg berjaya di tiru. Insyaallah akan ada lagi masa untuk belajar..
Ha! ini pulak rempah masak hitam yg aku terjumpa kat Mydin tu ari, sekali tengok belakang dia sama macam rendang itam mak mertua pulak tu. Sajer jer beli sebungkus nak try buat nanti nak tengok jadi atau tak macam rendang hitam dia. Okla setakat nie dulu story mory petang raya tu hari. Sebelum mengundur diri aku nak tinggalkan resepi Rendang hitam mak mertua di sini buat rujukkan suatu hari nanti.

Resepi : Ayam Masak Rendang Hitam

Bahan - Bahan :
Ayam
Asam Gelugur
Kerisik
Rempah Daging
Kulit Kayu Manis
Buah Pelaga
Bunga Lawang 
Bunga Cengkih
Santan
Gula Melaka
Minyak Masak
Kicap Manis

Bahan untuk Di kisar
Bawang Merah 
Bawang Putih
Cili Kering
Buah Kismis
Serai
Lengkuas
Halia
Kunyit

Cara Membuat
  1. Tumis minyak dan masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga goreng sekejap sebelum di masukkan bahan2 yg dah di kisar tadi.
  2. Masak sampai agak2 wangi dan sedikit garing, kemudian baru masukkan rempah daging, santan, kicap, kerisik  dan ayam
  3. Kemudian masukkan gula melaka dan garam, masak sehingga ayam tadi betul2 masak.















24 Oktober 2012

Maltesers Untuk Iris

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Amboii..bukan rajin BW lagi..rupa2 nya N3 sendiri tak terpublish, macam ne boleh careless pun tak tahu.Jadi terpaksa la modifiy balik agar bersesuaian dgn waktu dan keadaan semasa.

Seperti yang di janjikan, Kan aku cakap yg aku ada buatkan Manisan (tak tahu nak panggil kek ke biskut) untuk di sedekahkan buat abang dan kakak sepupu Iris.  Sebulan awal dok pikir apa nak buat untuk kawan2 Iris ni, Tak boleh plan sebarangan sebab takut lari dari jadual papa dia. Sudahnya aku terjumpa satu resepi mudah sangat kat Blog akk Azlita ni. Memula tengok eh cantik nyer senang jugak nie..
 Maklum la..orang tak pandai nak buat kek, sebab tu bila nampak resepi mcm nie kira dah boleh dah nie. Memula tu ingat ala.. maltesers dulu selalu jugak nampak, tapi tak sebab dah semakin tenggelam dgn coklat2 lain dah susah pulak nak jumpa dia. Cari kat tesco takde kat econsave pun takde jugak, giant kat klebang tu lagi la kecik jer mmg tak nampak langsung. Last sekali jumpa kat AEON peringgit sana.

 Tu la orang cakap kalau kita nak masak cara org tu mmg kita kena ikut sebijik sebulat caranya. Tapi kat sini aku dah langgar arahan. Memula sekali maltesers tu mmg dah lari dari kuantiti yg di kehendaki, mana ketidaknyer..dari mula nak buat tu iris asyik mintak nak ngap jer. Banyak yg masuk mulut dia dan mulut mama dia. hehehe..
 Coklat masakkan pun sama jugak, mmg kurang dari kuantiti yg di kehendaki sebab ada yg masuk mulut dan ada jugak yg tertumpah. Al maklum la masak sambil melayan si kecil nie. Cabaran berganda ganda datang, resepi senang dan mudah dari segi penyediaan bahan sampai nak buat tu. Tapi dek kerana anak kecik nie semua mcm susah sangat.
 Dulu2 aku selalu dengar org cakap macam nie, resepi2 nie bukan boleh ikut sebijik2..kalau ko ikut sebijik2 mmg tak jadi punya. Nak mudah main campak2 jer..Tapi aku bukan berani nak buat macam tu. Zaman sekarang bukan macam dulu yg kita dapat resepi dari salin rancangan masakan di tv atau di saluran radio, tak pun di memana bahan bacaan yg gambar pun itam putih ja.
 Zaman sekarang dah maju jadi dunia masakan pun sama jugak, orang2 sekarang belajar dari blogger masakan, hadir kelas masakan, banyak tips dan info yg boleh kita dapat dari berbagai saluran. Aku pulak yg selalu cari resepi dari blogger masakan nie, dorg bukan saja tinggalkan resepi kat sini. Tapi ada yg tulis buku pun ada jugak. Jadi mana boleh tak ikut sebijik2 ilmu yg di ajar. Den tak moo mendehaka la wei..
hehehe...tapi aku dah terderhaka jugak nie sebab tu maltesers aku nie keras nak potong, sebab aku rasa coklat kurang tapi biskut marie lebih. Tu la akibat buat kerja sambil dok mengunyah makan coklat. Tapi keras2 pun sedap jugak weii..jom la try resepi nie. Untuk tuan punya resepi saya mintak izin untuk tinggalkan resepi itu disini yer. Untuk org yg dah makan tapi byk komen tu aku nak cakap yg aku tak berani tak ikut resepi yg di berikan. Kalau ko pandai cubala main bedal jer buat jadi ke tidak tekstur yg macam aku nak tu..hehehe...peace no war..okeh..

MALTESERS SQUARE
By : Home Bake
Sumber : Dailydelicious

100 gm butter
200 gm coklat masakan di potong kecil
3 sudu besar golden syrup - sila kurangkan - kalau tak ada boleh gantikan dgn madu
225 gm Digestive biskut - di kisar halus - ita guna biskut marie
225 gm Maltersers

Untuk Hiasan
100 gm maltersers
50 gm coklat masakan putih - ita gunakan warna pink
50 gm coklat masakan

Cara Membuatnya
Kisarkan biskut hingga halus.
Sediakan loyang berukuran 8 inc, gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. Sebelah pun tak pe ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.

Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut. Matikan api..Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hinga rata.

Kemudian masukkan Maltersers dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers tidak cair.
Untuk mengelakkan maltersers cepat cair. Maltersers tu ita masauk dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan baru keluarkan dari peti ais dan terus masukkan.

Tuangkan dalam loyang dan taburkan atasnya dengan Maltersers hiasan dan simpan dalam peti ais hinga beku. Bila dah beku, Keluarkan dari loyang hiaskan dengan coklat masakan yang telah di cairkan.
Potong kecil dan siap untuk di hidangkan..

22 Oktober 2012

Kenangan kelahiran Iris


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semalam 21 oktober, genap 2 tahun Iris hadir dalam hidup kami. Memang best sesangat ada anak perempuan sorg nie. Time mengandung dulu doktor cakap dia perempuan mmg macam nak melompat peluk2 doktor tu. suka sangat tau. Maklum ar anak2 perempuan tak ramai dlm family hj yusof dan Pn. Ramlah nie.
 Ini gambar 12 jam selepas bersalin, klu di ingatkan balik kisah nak besalin iris nie mmg macam2 dugaan. Bukan apa sebab iris nie tak nak kuar2 awal dari tarikh jangkaan dia (15/10/2010), sedangkan papa dia pulak 24 atau 25 okt tu ada majlis konvo. Hati aku dah tak senang duduk dah, sakit kejap ada kejap tidak. Hotel pulak dah tempah 3 hari 2 malam lagi, dah siap bayar pulak tu bukan sebilik tapi 2 bilik lagi.
Sudah nyer 20hb baru la doktor suruh g hospital sebab kejap sakit kejap tidak. Pergi sana pulak check jalan pun tak bukak lagi. Adoii..siap mintak masukkan ubat lagi..tp doktor tak nak sebab aku takde pape masalah pun. Malam tu jugak aku cakap dgn bb yg hari nie dia mesti kuar sebab esok kita dah tak boleh tidur hospital kita nak tido kat hotel johor.
Sambil2 usap perut aku asyik bercakap macam tu, kadang2 dia menendang mcm paham.. Tengah malam pukul 12 tu datang balik sakit tapi kejap jer. Macam nak nangis dok pikir mcm mana nie, abg nak konvo, mak ayah dia dah excited dah. Kalau beranak lambat mesti semua mcm sedih la..tambah2 papa dia yg teringin nak naik pentas tu. Memang semua cakap dgn aku takpe klu lambat pun janji semua selamat..tapi..
Dalam pukul 1 pagi mmg aku tak senang duduk sebab hari dah 21hb, nak tak nak aku ulang balik dari katil ke bilik air dgn alasan tak boleh tido pinggang sakit. Hehehe..tapi sebenarnya nak bagi peranakkan cepat terbuka. Dah penat g balik g balik aku golek2 atas katil tetiba rasa nak minum dlm pukul 4 pagi. Time tengah buat air minum tu, tetiba rasa sakit sesangat sampai gengam kuat besi meja tu.

Sakit nie datang 2 minit sekali pulak tu..bila sakit takde jer cecepat g panggil nurse, tp tgok nurse tu ngah tido kat kaunter, kesian la pulak nak panggil. Sekali g kat bilik depan tgok ader sorg doktor. terus dia mintak naik atas katil check tgok dah terbukak 5cm. Mak oii..patut la dah  sakit sangat, cecepat dorg suruh buang apa yg patut dgn kadar segera dan terus bawak bilik besalin.

Bila naik jer atas katil di luar bilik bersalin tu, air ketuban pulak pecah..tak lama tu dah sakit giler, aku cakap nak push dah nie. Dorg ckp kejap dik sebab bilik tengah kemas, dek tak tahan punya pasal depan pintu tu jugak kepala bayi dah kuar. Nurse tu cakap push jer la, pastu terus aku terasa dia kuar habis. aku sendiri yg ambik dr nurse tu letak kat dada.Panas sangat badan dia, pastu rasa sesuatu yg lebih panas mgalir kat dada.

hehe rupanya dia terkencing..baru masa tu terpikir nak tgok bb girl ke boy..hehehe..tak caya la konon..Alhamdullilah dia gurl yg di nanti, terus jer bg tetek..hahaha..apa yg nurse buat pun aku dah tak ambik port dah. yg aku tahu uri dah kuar td. lain tu malas nak pikir dah.. tak lama tu dorg mintak bb sebab nak di mandikan. 

banyak lagi la yg belaku, proses nak bwk keluar dr situ pun lama sebab takde sorg pun yg tunggu aku bersalin. Suami kat Labuan time tu..time nurse tu bawak aku dgn bb ke wad biasa. ada jugak barang aku yg tak habis di bawakkan. Mak mertua ada melawat kejap tengahari tu sebelum dia nak g jemput suami kat KLIA. Sempat dia tengok cucu perempuan dia, ayat yg terawal ditanya bila boleh kuar??..hehehe..

Esok tengahhari aku dah kuar hospital, balik umah jap ambik semua2 barang yg dah aku siap packing sebelum beranak tu, terus naik johor. Sampai johor tengah malam macam tu, nasib bb baik jer tido dalam perjalanan sampai naik hotel. Bila dah sampai hotel nak mandi baru aku perasan ada tag hospital kat tangan aku yg belom sempat buang. Kat Kaki bb pun ada jugak tag tu..hehehehe..

Nampaknya semua dapat..Dapat bb gurl, dapat la papa naik pentas konvo, mak ayah dia jugak dapatla tengok anak dia yg nie naik pentas..Apa yg penting aku pun dapat hadiah bday jugak..sebab aku, bb dan papa dia semua lahir pada bulan 10..
Kelam kabut rasanya dari awal nak bersalin sampai dah bersalin dan sampai la umur dia 2tahun nie. Dari semalam sampai hari nie dia demam pulak..tapi yg penting nakal tetap nakal dan cukup tahan lasak. Sambutan takde buat pun buat masa sekarang tapi sempat jugak buatkan satu desert untuk dia. Itu next n3 la yer..ni pun dah cukup panjang lebar dah... satu coretan memory yg akan jadi kenangan utk dia nanti.

17 Oktober 2012

WW : Baju 3 Generasi

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap orang mesti ada barang yg dah lama simpan dan masih baik lagi. Aku pun ader jugak tau..hehehe..Baju anak pertamaku yang bertahan sampai anak ke tiga.
 Baju nie beli kat reject shop pada tahun 2007 time beli tu tak pikir aper pun sebab time tu ader sale jd main sebat yg mana muat dgn badan dia jer.
  Tak sangka baju nie boleh tahan jugak, kualiti kain memang bagus. Baju nie kemudian dapat kat faris anakku yg kedua, dan gambar nie di ambil pada 6/9/2010.
Dan ini gambar 15/10/2012 dapat pulak kat tangan iris..nampakkan dah tiga generasi. Nak tengok sampai bila baju nie akan bertahan?

15 Oktober 2012

Kenali Potensi Anak Anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari nie ingat nak share dgn korang story hari sabtu lepas.. satu program daripada dutch lady, sebenarnya aku pun tak perasan jugak dutch lady buat program kenali potensi nie. Sebab dah banyak sangat program yg dia buat kadang kala terlepas pandang. Peraduan pun banyak dan banyak kali masuk tp rezeki belom sampai lagi kot. Nasib hari jumaat tu ari dapat satu surat dari pada dutch lady tentang program nie, kebetulan mmg kami tahap bosan gila tak de papa, jadi aku bawakkan anak2 untuk pergi tengok dulu mcm mana.
Tapi sebelum tu sempat jugak aku baca dlm web apa yg sebetulnya nak kenal potensi ni?..adam ni boleh jadi ape ker? hehehe..mcm jumpa tok bomoh lak sebab tgok tapak tangan jer dah boleh nampak masa depan dia. hehehe..cari punya cari info rupanya program kenali potensi anak melalui cap jari nie dah lama di amalkan di negara luar. Jepun la memonopoli nyer.
 Cap jari tu memang takkan berubah dan dia terbentuk sejak baik dalam kandungan, hasil dari kemajuan teknologi kita boleh kenal pasti potensi anak2 akan menjurus ke bidang apa bila dia besar nanti. Sebab tu dekat sana bila dorg dah tahu anak tu berpotensi dlm bidang apa dia akan terus di hantar ke sekolah yg melatih bakat2 dalam bidang tersebut. Macam sekolah mencipta robot2 di jepun tu..kebanyakkannya dari pada anak2 yg berpotensi untuk ke bidang itu bila besar nanti..Wallahualam,..cina tu yg cakap la..
Okeh info dah tahu esok, aku bawak la anak2 ke tesco cheng nak tgok syaratnyer macam mana pulak. Owh..kena beli 2 bungkus susu dutch lady 1kg punya dan tak kesah la apa2 perasa, baru boleh jari anak kita tu di scan. Tapi 2 bungkus tu untuk sorg anak jer yg boleh..hehehe..aku ingat nak buat ketiga2 anak..hehehe..
Dah mcm tu punya syarat terpaksa la aku bg peluang untuk adam sorg jer yg cuba. Lagi pun adik2 dia ader masa lagi nak try. Mungkin rezeki papa dorg bertambah boleh buat kat luar punya..biasanya caj dia RM200++.
 
 Adam dah besar jadi dia tak mcm bebudak lain yg menangis2 takut bila jari nak di tekat kat menda tu. Adik dia pun semua ok2 jer, kelakar pulak tengok gelagat anak2 lain yg menjerit2 tak nak. Sian kat mak bapak dah beli susu tp anak pulak takut nak test. Ada yg parents main paksa jugak!! hehehe..rugikan bukan selalu ada mcm nie..
 Sepuluh jari kesemua nyer yg akan di scan masuk dalam sistem tu.
 Dan ini adalah jari yg terakhir..adam punya turn mmg cepat jer sebab tak de masalah pe pun, siap nak buat banyak kali pulak sebab dia suka imej jari dia muncul kat scrin tu
 Tara!!! inilah kad laporan potensi dia, selepas print kuar resulat tu kita akan di bawa kat konsultan dorg pulak. Kat situ la dia org terangkan hasil scan tadi. hehehe..Adam nie rupanya tak boleh jadi leader tapi dia dapat melaksanakan tugas dgn baik. (Org tu cakap la). Tapi kat umah nie ko anak sulung jadi aku yg akan jadikan dia leader..ajar dia tengok2 adik dia, buat sikit kerja2 umah yg simple2..hehehehe
Inilah result sepenuhnya jadi korg boleh tgok dan nilaikan la dia dari situ..Aku dah tahu apa potensi adam dan dia perlukan asuhan dan didikan dari kami untuk berjaya di masa  depana. Menda nie tak akan berkurangan dan dia sama jer sampai tua nanti. Cuma potensi ni boleh bertambah hasil dari pembelajaran dan pengamalam yg akan adam tempuhi nanti..Insyallah..

11 Oktober 2012

Syukur Alhamdullilah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari ini bangun pagi dengan pelbagai perasaan, tapi tuntutan tanggungjawab tu menghalang diri dari terus melayang perasaan tersebut. Dahsyat sungguh tanggungjawab sebagai seorang ibu ni kan?, di tambah pula dengan status menantu kat di rumah ni. Nasib baik suami tak selalu di sisi klu tak bertambah lagi tugasan tu. Apa2 pun kita tetap akan utamakan keperluan org lain dahulukan?..tapi kat hati sempat berbisik. Hari nie hari jadi aku..syukur alhamdullilah dah masuk 32 tahun. anak pun dah 3org insyallah mungkin akan ditambah lagi nanti..
 Dari kecil sampai besar mmg tak pernah sambut pun setiap kali tarikh nie datang. Sejak bercouple dulu baru la si dia yg sambutkan kecil kecilan. Dan sekarang bila dah jadi suami dia la yg selalu ucapkan selamat hari jadi dulu. Hadiah bear merah tu aku dapat time memula tahun pertama jadi isteri dia...yang ini sangat2 bermakna. Pastu bila jadi jadi mama dia pun dah tak sama kami lagi..setiap kali hari lahir jer mesti dia jauh dari kami. Aku pun tak kesah dah..janji dia tetap ingat nak wish dan doakan yg baik2 utk isteri dia nie.
Harapan dan doa aku untuk tahun nie semoga aku terus di berikan kesihatan yg baik utk meneruskan tanggungjawab sebagai seorg isteri, mama anak dan menantu. Sebab ini ajer yg paling penting..tak nak macam dulu bila aku terlantar sakit makan pakai anak2 semua terabai. Kesian sangat kat dorg masa tu. 
Selain tu aku mohon di murahkan rezeki dan di jauhkan segala bala bencana untuk semua insan2 yg aku sayang.
 Terima kasih buat kawan2 yg bg ucapan kat fb sana, dan sampai sekarang aku masih terima notification tu. Tak terbalas lagi nie..nak tolong masak dulu pastu siap2 bik adam balik sekolah. Tetiba rasa touching pulak sebab ada kekawan yg aku tak terlepas wish pun dorg tetap wishkan utk aku jugak..sob sob..terima kasih sekali lagi yer..

10 Oktober 2012

WW : Lukisan Adam

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Hari nie kita Jangan cakap banyak yer..sebab kerja rumah setia menanti ku..En. penyapu dok sengih2 tu. hehehe. Tapi sebelum tu nak tinggalkan sedikit memory dari Adam untuk semua. Sesuka hati jer selongkar beg anak malam tadi, dan jumpa lukisan2 comel ni.
 Dia pun segan bila aku dok telek2 lukisan dia..lukisan yg ni dia cakap raksasa jagung menyerang bandar. Kelakarkan imaginasi dia?...hahaha
 Sory kualiti gambar tak cantik sebab ambik pun waktu malam pulak tu pakai camera hphone jer..
 Semua roket menuju ke bumi kita..
 Apa ke menda nie??
 Ini pun kelakar jugak, katanya ni hantu botol susu yg akan datang kat adik bila adik curi hisap botol susu dia. hahaha..sajer jerkan..
 Lukisan tentang buah buahan.
Hahaha..zombi datang kejar orang kampung.

07 Oktober 2012

Kenapa rumpai laut di panggil kolagen mentah?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Korang tengok tajuk pun mesti korang dah tahu apa topik yg nak aku perkatakan hari nie. Tapi sebelum tu aku nak bg tahu yg aku sangat2 sedih sejak kedatangan kolagen ni datang kat umah. Bukan apa sejak sampai tu aku letak kat dapur dah ada sorg yg nampak dan tanya. Lebih kurang macam nie lah dialog nya :
  •  Org tu : Apa ke benda nie?
  • Aku  :  Kolegen mentah ---
  • Org tu : aku tengok mcm rumpai laut jer, mana ko dapat??
  • Aku : beli on9 ---
  • Org tu : Ini rumpai laut la yg org2 sabah tu bela..ko ingat kolagen tu mcm mana? takde nya kolagen2 nie, yg nie org panggil rumpai laut, jangan ko tertipu dah le.. baik ko mkn gamat jer sama gak dtg dari laut. 
  • Aku : ha?? (macam org yg baru lepas kena penampar) 
Sebab org yg aku berlawan cakap nie bukan calang2, dia umpama libray bgerak bg aku. Dulu time bawak kete ke utara boleh dalam perjalanan dia cerita asal mcm mana jalan tar di buat, siap dgn nama pencipta tar tu sekali tau. Sebab tu aku pikir 10kali klu nak cakap lebih2.

Time nie la segala persoalan datang seolah2 berlari2 masuk kat dalam pikiran nie. Antara yg aku pikir :-
  1. a ah la.. kenapa rumpai laut nie org panggil kolagen mentah? aku dapat jawapan dari fb seseorg yg mengatakan begini : Sebab Di Panggil Pure Collagen/Collagen Asli/ Collagen Mentah :
    -Kolagen mentah yg belum diproses (ini bukan jawapan yg aku nak)
    -Tiada campuran bahan kimia dan bahan pengawet
    -Bebas steroid
    -Sesuai utk semua peringkat umur, jantina, termasuk ibu mengandung dan menyusukan anak
    -Sesuai utk yg mempunyai masalah kulit termasuk kulit sensitif terhadap makanan laut..
  2. Macam mana rupa kolagen dalam kulit tu??..dulu aku belajar dia mcm jaringan2 kecil yg menyokong antara satu sama lain di dalam setiap struktur badan kita sama de kulit ke tulang ke mcm2 la. Pe lagi mintak tolong pakcik google la..antara gambar yg boleh menjelaskan dimana kedudukan dan rupa sebenarnya. Ini kedudukan kolagen kat kulit yer, tu belum lagi gigi atau tulang bagai.
 

3.   Apa sebenarnya kolagen nie?? aku dah cari jawapan apa itu kolagen? 
4.   Dari mana datang nya kolagen nie? aku cari jawapan dari sini


Sebenarnya aku dah lama terpengaruh kat produk2 yg ada kolagen nie dari aku kerja dulu, sebab tu setiap kali gaji jer mesti aku beli produk2 yg ada kolagen nie. Antara yg pernah aku makan Total image collagen yg pill tu, pastu D&hans, pastu mkn pill colagen yg brand 21st century tu. Sekarang nie dah takde bik ape pun cuma aku asyik ambik produk yg ada serum2 pulak. Macam safi dgn losen nivea pun yg ada serum. Sebab dah tertarik dgn serum pulak. Ntah nanti mungkin aku akan beli pulak serum mentah kot..hahaha..dah sekali lagi kepala aku yg datang kompius.


Lagi satu yg aku nak bagi tahu korg yg kenapa pulak aku g beli rumpai laut yg konon2nya kolagen mentah atau asli tu. Sebelum aku beli ni aku dah banyak cari tahu mcm2 pasal menda nie. Tapi aku cuma cari info pasal kebaikan kolagen nie jer. Aku bukan cari dia di buat dari pada apa?, mcm mana rupa dia? Aku cari pasal harga dia? Sebab tu bila kena mcm dialog kat atas tu aku dah tercengang sikit.
Aku beli dengan seseorg yg sangat murah RM50 dapat 3 bungkus dah include dgn postage. Sebelum nie aku dapat dgn harga yg amat berbeza sebab gred dia ada mcm2 jenis antara nya AAA, pastu gred A lain tu aku tak ingat sangat dengan harga dia.
Aku try sebungkus dulu cuci basuh 5 hingga 6 kali pastu aku biarkan terendam selama 8 jam macam tu. Bila baru kuar dari plastik mmg dia macam keras2 sikit. Bila dah kena cuci tekstur dia mula lembut sedikit demi sedikit. Ikut pengalaman aku la bau dia mmg macam bau laut..poyo jerkan.? Maksud aku mcm nie..bau yg mcm korg pernah tak lalu kat org2 yg sidai2 jala tau pun jala/jaring tangkap ikan yg belom kering tu? Bau mcm hanyir laut mcm tu la. Klu tak pernah cuba korg g kat nelayan2 yg baru balik laut tu..hehehehe ada baukan? mcm tu la baunya..
Ini adalah saiz selepas 3 jam lepas di rendam, tekstur rumpai laut nie dah mula kembang sikit. Bau masih juga ada pada hidung aku la. Time ni dalam hati dah mula tak panggil kolagen mentah dah, aku dah mula panggil rumpai laut dah. datang anak aku lg dahsyat dia panggil alga laut niekan mama?..hehehe..apa2 jerlah nak..
Tengok betul2 yer sukatan air yg dimaksudkan tu tau. Sebab aku nak bg korg semua nampak saiz selepas nie. Tahap dia mengembang tu..
Nampak tak botol air tu?, siap g tawaf satu klebang sebab nak cari botol yg kuantiti isinya 2.5 liter yg saiz diameter muat2 nak masuk dlm tempat isi air dalm peti ais tu. Akhirnya dapat jugak.
Ha!! nampak tak saiz dia mengembang tu, bukan main besar lagi kan sampai dah nak penuh periuk nie
Ini gambar dalam salah satu aplikasi instagram, nampakkan perbezaannya. Sebelah kiri tu masa memula rendam dan sebelah kanan tu selepas lapan jam punya saiz.
Selepas dah cukup lapan jam tu, sebelum nak rebus kita kena cuci balik rumpai laut tu 5 hingga 6 kali cucian jugak. Pastu masukkan air sebanyak 2.5 liter dan terus rebus rumpai laut nie sampai mendidih. Tekstur rumpai laut nie pulak jadi mcm agar2 tu, dia hancur2 halus tu dan api pun kita dah padam time nie.
 Biarkan sejuk seketika sebelum di masukkan dalam botol. Tapi ada pulak kes pelik kat sini sebab air masukkan 2.5liter tapi bila isi dalam botol siap ada lebih lagi satu tupperware kecik lagi. Bila dah di sejukkan dia jadi sebijik macam agar2. Bagi aku punya pengalaman pulak dia punya bau tetap ada tapi rasa takde rasa pape pun. Klu nak bik telan mcm tu mmg terkeluar rasa geli geleman tu, dan baik campur dalam air minuman.
 Kenapa aku beli mendalah nie? sebab nya mmg aku akui aku terpengaruh dgn khasiat kolagen nie. Tapi aku terpikir jugak banyak mana rumpai laut nie boleh bg aku kolagen? katanya dia mmg 100% kolagen ok la aku harap aku dapat banyak dari sini. Dan secara tak langsung boleh ubatkan masalah kulit muka dan masalah alahan yg dari kecik lagi menempek kat kulit nie.
Tapi aku tak minum sorg aku minum dgn anak2. Anak yg paling teruk alahan kulit adam dan Faris, dak faris ni korg boleh nampakkan muka dia? Dari dalam perut lg muka dia byk jerawat, dia lahir dgn muka yg penuh jerawat. Dan sampai sekarang lubang2 jerawat tu masih ada walaupun dah umur 4tahun. Doktor ckp sebab perubahan hormon aku time mgandungkan dia, sebab tu dulu time peknen muka aku bersih dan licin mcm telur lepas di kopek kulit. Harap2 lepas ambik kolagen dari rumpai laut nie kulit aku pun akan jadi mcm dulu balik dan kulit dia pun sama jugak..insyallah..amin..

Dari sumber yg aku cari kolagen nie datang dari banyak sumber pemakanan. Banyak makanan yg boleh menghasilkan kolagen dan yg paling banyak sekali sumbangan dia adalah dari buah buahan citrus. Sebab tu aku selalu terbaca yg vitamin c tu sangat penting utk kecantikkan dan kesihatan kulit sebab dia pun ada sumber kolagen, dan dia banyak terdapat dalam buah oren.

Ok itu ajer sedikit sebanyak info yg aku nak share kat sini, semua nya datang dari persoalan demi persoalan dalam pikiran nie. Tapi taknak pikir yg bukan2 aku akan teruskan pada apa yg aku percaya.T.kasih sebab nak baca dan rasa berguna, tapi utk yg pikir eh elehh..menda ni pun nak cakap. Hehehe..sory yer i tak tau punya maaaaa...