02 November 2012

Kisah Korban 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sekejap jer rasanyer dah masuk jumaat balik, baju sembahyang raya suami yg jumaat lepas pun belum simpan dalam almari lagi. Cepat masa, kadang2 macam tak sempat nak kejar dengan semua hal dan banyak yg terlepas dan tertangguh. ok la hari nie nak selitkan story mory pasal kisah bawak adam pergi tengok korban lembu.
 Banyak sangat halangan nak tengok korban nie, dari dulu lagi aku nak sangat tengok tapi tak pernah dapat. Dulu time kat kampung mak aku ok jer bila aku nak pergi tengok mcm mana org korban lembu. Memula aku cakap nak bawak adam pergi tengok korban org tu punya muka berubah sangat. Esok aku cakap lagi pastu dia cakap nanti semua orang marah ko..Aku tanya balik kenapa pulak semua orang akan marah. Tapi dia tak dapat jawab. Akhirnya aku satu family dapat jugak keluar tengok orang sembelih lembu.
 Time memula sampai tu risau jugak la kot2 takde org perempuan kat masjid tu. Mungkin tu sebab orang tu tak bagi kami pergi, sekali tengok mak aii..ada jugak orang2 perempuan kat situ. Makin lama makin bertambah pulak bilangan yang datang. Pastu kat belakang masjid pun ada jugak kumpulan orang2 perempuan yg sedang memotong daging. Hati aku dah mula lega,Pastu nampak yg pakai kain tuala kat kepala tu abang ipar suami aku. Kira perasaan risau tu dah hilang terus dah, ang ipar suami aku tu nama nya Ismail. Dan Adam panggil dia ayah..hehehe..tu pun nak kenalkan pulak.
 
Time nie dah berapa ekor lembu yg dah tumbaang, ayah mertua aku cakap semua ada 8 ekor. Ayah la setiap tahun yang akan sembelih lembu2 korban kat masjid nie (ayah yg cakap). Sebab tu adam excited sangat nak tengok macam mana atuk dia sembelih lembu.
 Ha, itu la ayah mertua ku..dia peramah sangat, mulut dia yg banyak bising. Tu tengah bagi arahan untuk tumbangkan seekor lembu. Arah sana arah sini..aku suka tengok dia kat memana jer, sebab dia pandai dalam banyak hal.
 Akhirnya lembu nie dapat jugak di rebahkan, tapi ustaz adam pulak yg nak try sembelih lembu nie. Maksudnya takde harapan la adam nak tengok atuk dia yang sembelih. Tu uztaz adam yang sedang tunjuk tangan tu. Dak Faris nie pulak makin lama makin dekat dia pergi kat lembu tu, langsung tak takut.
 Time ni aku rasa terseksa sangat lembu ni, sebab kepala dia tertarik macam tu, dah la tadi kaki dia luka masa meronta2 untuk di rebahkan. (perasaan kesian dah mula datang tapi cecepat aku pikirkan menda lain)
 Ustaz adam ni akan sembelih lembu tu sambil diperhatikan ayah, Tapi ayah sempat pesan dengan dia yang parang dia tu tumpul tak tajam. Tengok dia wat do no jer..ayah senyap jer la. Lembu tu yg akan terseksa. time nie semua dah start takbir..huhuhu..
 Dengan susah payah dia nak melepasi parang ke kulit lembu, akhirnya dapat jugak lepas. Tengok lembu tu punya lidah sambil terjelir kuar..ish..
 Time ni darah kuar bunyi macam kita simbah air, kuat bunyi..aku tengok badan lembu tu kempit sikit selepas darah nie kuar dari badan dia.
 Atas pemantauan ayah akhirnya ayah cakap ok sudah, baru la ustaz adam berhenti mengelar leher lembu tu.
 Time ni suami cakap "terus ke syurga semua roh binatang.." aku iakan ajer sambil teringat kisah korban nabi Ibrahim..
 Ha nak tahu semua gambar2 nie adam yang tangkap. Sebab aku ambik video papa dia pulak dukung dak faris tu takut dia pergi dekat dengan lembu tu. Tetiba rasa pandainya adam ambik gambar walaupun ada gegar tapi yang penting2 tu semua dapat dia ambik.
Akhirnya terkorban ko lembu..tepi jalan depan masjid pulak tu lokasinya..
 Time nie dah takde gerakkan lagi dah, dah senyap terus..
 Sempat dia tangkap gambar mama dan papa dia..hehehe
 Pastu dia mintak aku tangkap gambar dia pulak berlatar belakangkan lembu yang dah kena sembelih tu.
 Eh, papa dia pun nak masuk sekali jugak tu..Nampak tak Iris tepi tu kena dukung dengan sepupunya yang nak lepaskan diri dari melapah lembu. Ada jer alasan nak mengular...
Gambar aku dengan adam pulak gegar..geram tau bila papa ambik gambar mesti ada jer tak kena dimata nie..hehehe..banyak komplain pulak..

Ok la dah habis, nie ada video yang sempat aku ambik. Bila masukkan dalam u tube ada jugak org yg komen pasal parang tumpul tu. Yer la bila kita nak sembelih binatang nie kena pastikan parang tu betul2 tajam, kalau boleh sampai lembu tu tak sedar yang dia kena sembelih tu..hehehe betul tak?..tu yang aku ingat time belajar2 dulu la..



12 ulasan:

  1. ayu plg suka tgk lembu nak kena sembelih. mmg dari kecik lagi dgn geng-geng umah tukar baju pas semabhyang raya sbb nak gi surau tgk lembu.. taktau la pasal apa tapi feel dia mmg best... leh hayati erti pengorbanan. pastu kan siap tgk lembu mana yg akan mengganas.. lembu putih ke hitam.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lol..mcm tu pun ada..hehehe..tapi mmg best pun..

      Padam
  2. tak sanggup tgk lembu yg kena sembelih..
    aduhh berani sungguh ank2 awk..eloklah mereka boleh hayati makna pengorbanan kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak yg pertama paham la..yg lain tu lambat g nak paham.

      Padam
  3. Pandai die amik gambar...

    Tak sanggup rasenye tgk binatang kene sembelih..nanti x sampai hati nak makn..;)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum rosidah...yer la mama pun x sanggup nak tengok lembu tu kena sembelih nanti jadi sedih n kesian plak lebih2 lagi ada plak kes mcm ni parang ustaz tu tumpul jadi makin kesian kat lembu tu...:(

    BalasPadam
  5. Salam Rosidah...salam kenal.Akak xpernah tgk gambar lembu kena semelih..seriaunya akak tgk gambar2 lam n3 ni.Kiranya yg tukang ambik gambar ni mmg berani larrr:D



    Klu berminat dgn pemanggang ajaib yg murah...singgah la ke blog akak ya.Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm..tukang ambik gambar ni mmg berani semacam..

      Padam
  6. brani mati sungguh amik gambar dan menyaksikan peristiwa nih!

    BalasPadam