28 September 2012

Hari Terakhir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Hari nie adalah hari terakhir kami kat hotel nie, rasa mcm eh! dah jumaat..kejap lagi pukul 12 check out. Mana aku nak bawak anak2 pergi pun belom tahu lg? sebab papa dorg nie habis keje pukul 5 petang. Ada berapa jam lagi masa nak tunggu dia balik.
 Sekarang aku dah siap2 kemas dah..cuma tunggu anak2 semua bangun jer pastu baru siapkan dorg pulak. Tapi sebelum tu utk story mory hari nie, dah mcm tak best dah xtvt aku kat sini. Tengahari semalam g makan kat sungai wang. Pastu petang pulak lepak kat kolam mandi, itu jer keje aku dgn anak2 semalam. Sampai Adam pun dah jumpa kawan baru, bercakap pun mcm ayam dgn itikla. Nasib masing2 byk sabar dan bertoleransi, jadi dapatla main sesama sampai nak masuk maghrib. Tapi bila nak berpisah bukan main lama lg nak say good bye..hehehe..
 Malam pulak suami nak ajak makan nasi, maklum la sejak datang sini dari hari ahad sampai hari khamis sebijik nasi pun belom masuk perut dia. Aku ok jer klu sebulan tak mkn nasi, tapi kesian pulak kat anak2 dgn papa dorg nie. Last sekali ambik keputusan nak mkn nasi lemak kampung baru.
 Tapi susah la nak dapat parking dekat2 dgn kedai mkn tu, parking lak jauh sangat. Dah, senang citer mkn jer kedai yg dekat dgn parking tu. Kedai mknan thai, ok la jugak janji dorg dapat masuk nasi dlm perut.
 Banyak2 menu kerabu mangga nie yg paling aku suka. Memang sedap tapi yg tak tahan cili api dia bukan main pedas lagi klu tergigit.
 Ini yg tak pernah kami order, di sebabkan family kami sikit nak order siakap bukan main besar lagi saiz ikan dia. Jadi boleh papa dorg nie mintak ikan kembung buat 3 rasa..tp ok la janji ikan tu kecik.hihihi..
Percaya tak korg yg nasi hanya 2 pinggan jer mintak, sebab aku minat ratah2 jer..Faris, adam dan aku kurang sikit nasi. Adam semalam mintak megi sup, Pastu faris pulak udang masak kunyit sepinggan utk dia sorg, nasi tak nak pulak. Yang paling bagus mkn nasi Iris dgn papa jer..Jadi plan nak bg semua mkn nasi mmg tak berjaya semalam.

Ini video semalam, bukan main nakal lagi dak tasnim nie..asyik panjat pagar utk nak pergi ke kolam yg lebih dalam. Dia tak layan kawan baru tu, asyik wat hal sendiri jer..
video



27 September 2012

Apa nak buat hari nie?

Assalamualikum dan selamat sejahtera

Sekejap jer dah hari khamis, maksudnya dah 5 hari kami berkampung kat sini. Masuk jer hari nie aku dah takde plan nak buat apa? nak g mana? nak makan kat mana? dan mcm rasa nak bosan lak kat sini...en.suami lak mmg ketat gila dgn xtvt dia tak de chan langsung nak ajak dia g memana..

Ok la sementara nak pikir apa yg nak dibuat hari nie, korang layan jer la gambar2 yg tak seberapa nie. Apa lagi klu bukan gambar2 kat kat sekitar hotel nie..Peringatan yer, gambar mungkin banyak..sediakan tong utk yg rasa nak termuntah nanti..ngeh ngeh..
 Ada bran??...hehehe..120 minit tu..
Dalam pada aku ngah sibuk ambik gambar ada la budak tu dia pun sibuk dok merasa serbuk2 scrub ni..pastu siap terbatuk2 lagi sambil nangis mintak air.."mama faris nak air, pahit sangat.." hahaha..padan muka dia..
 Setiap kali nak kuar tgok kiri kanan..adoii..mana nak pi nie?..nak bawak kete takut terperangkap jem..hari2 pikir mcm ni la..kesimpulannya baik duduk kampung..hehehe
 Ha nie perasa teh yg memang sayer sorg tak pernah minum kecuali yg last tu la..
 Ini gambar ke2 selepas beberapa tahun tak datang sini, dulu time datang masa mengandungkan iris. Pun sama jugak kami ambik gambar kat tempat yg sama.
 Bangunan yg paling aku suka tgok..cantik dan unik.
Time nie dalam perjalanan ke sungai wang, terjumpa la patung comel nie sempat dia mintak ambik gambar. Rasa dah penat dah berjalan time nie, tapi di sebabkan nak belikan jugak dorg kasut. Terpaksa la gagahkan jugak.

 Ini pulak port lepak waktu petang2..kecik jer kawasan dia tapi boleh la nak bg anak2 merasakan. Sian kat adam tu sb dah 2 hari tak dapat mandi, aku bagi la jugak dia peluang.
ha ini pic yg aku suka, sesekali jadi model kolam renang la pulak yer..nak masuk majalah mangga tak dapat kot. Apa yg penting perut tu belom boncit lagi yer..huhahahaha...


*semalam jumpa kawan lama, berborak pasal seorg yg suka berhutang..tak tahu lak cerita dia sampai masuk dlm blog org. Dengan semua org dia pinjam, aku hampir2 nak jadi mangsa dia jugak..alhamdullilah nasib baik selamat tak jadi..kesian dekat mangsa2 dia..kesian jugak kat anak2 dan suami dia..

25 September 2012

Jejalan KL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hari nie aku nak sambung story pasal jejalan kat Kl nie, lepas jer jumpa member tu suami pun call ckp dia dah sampai hotel. Jadi aku dari umah member aku terus la g hotel istana nasib baik dekat jer dgn umah dia.
 Kira nie kali ke dua aku masuk hotel besar2 cam gini, dulu sunway piramid tu..hehehe al maklum la jarang2 dapat ikut dia. sebab bila dia ada kerja jer mesti time budak sekolah. Ini terpaksa adam ponteng kelas seminggu, nasib dah nak akhir tahun. Rasa jadi mama yg kejam pun ada jugak..korg pernah tak?
Masuk jer bilik sementara tunggu beg2 kita org sampai dia dah masuk dalam bilik air dulu. Ni la port wajib dia tak sabar2 nak suruh bukak air. Ah malas nak layan sebab tadi baru mandi kat umah nik.
Bilik hotel punya la sejuk sampai perut pun rasa nak mkn..sekali tgok menu, alamak dik tak payah la. Lagipun papa takde nie.  Sebab papa dorg nie dah kuar jumpa kawan jap. Tapi klu papa ada pun aku tak nak mintak la..hehehe..mcm tak baloi jer kan?

 Cantikkan kotak2 dia aku paling suka dengan body bath sebab wangi pastu conditioning shampoo. Time housekeping smlm aku siap mintak lebih condisioner tu sebab pek kecik sangat. Baik kakak hamidah tu kopi teh kremer semua lebih2 dapat. Bilik sejuk gila 2 3 kali bancuh teh nak panskan badan.
Hotel nie betul2 dengan pusat bandar, jadi aku dah plan dah yg esok nak bwak g jejalan. Rasanya nak jalan kaki jer sb semua dekat2 jer klu nak naik kete takut pusing2 nak tersesat lak. Harap2 dorg semua ok tak banyak ragam sebab aku sorg2 jugak yg melayan suami mesti la g kerja.
Tapi bila esok pulak Adam bangun jer tgok dia dah kena semput, sebab sejuk sangat pastu banyak minum ais lagi. Nampaknya rancangan aku kena postpon dulu ar..tunggu petang sikit. Pagi tu aku hanya test jejalan sekitar hotel jer, tun pun dia dah mengah. Kesian tgok sudahnya aku dgn 3 anak nie lepak kat kedai mamak jap utk bg dorg mkn dan rehat dulu sebelum balik bilik. 
Bila petang tu, tunggu papa dorg balik dia pulak bawak kami jejalan kat hotel tu, tgok ader pool pulak tu, tapi adam aku dah tak kasi dia aktif sangat. jadi rancangan dia nak mandi tergendala la. Masam muka dia pastu asyik merengek2 mintak izin.
Tapi sampai malam dia tak dapat nak main pool sb aku tetap tegas. Tgok la muka faris dgn adam tu, iris ok lagi. Tapi dak faris tu siap dok tarik2 tangan papa nak suruh ikut permintaan dia. Sudahnya kami kuar terus dari bangunan hotel tu.

Ok itu ajer setakat nie kisah jejalan aku dgn family kat Kl nie..dorg belum bangun lagi tu, So aku nak ambik kesempatan nak berendam jap dalam tab mandi..hehehehe...bukan selalukan..

24 September 2012

Taman Tasik Titiwangsa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Lama betul tak dapat update blog, sory sesangat pada yg datang2 jengah tu. Dah lama tak dapat tgok blog sendiri rasa rindu sangat2 tau. bukan apa nak tgok dr note kuota tak besar. Broadband lak dah di bawa pergi atas sebab tertentu buat sementara waktu..huhuhuhu..


Oklah tak nak panjang2 cerita, nak bagi tahu nie..hehehehe..tuan punya blog nie sejak semalam dah duduk hotel istana. Seminggu kami berkampung di sini tau sampai la hari jumaat nie. Pe sebab?..hehehe..Pe lagi  mengekor en. abg kerja ar. Kali nie dia ada kerja sikit kat Kl jadi semalam aku drive sorg2 dgn 3 askar yg tak makan saman tu datang ke sini. Alhamdullilah selamat jugak sampai sini.

 Sementara nak tunggu papa dorg dari tganu tu. Sebelum sempat lagi aku g jumpa kawan lama yg tersangat2 di rindui.. Nik Hariani, dia jer la kawan yg betul2 tinggal dekat2 dgn pusat bandar. Jadi senang kerja aku lepak umah dia dulu sementara tunggu masa utk en, somi sampai hotel.

 Baik Nik, dia sediakan bebudak nie makan pasta alphabet, pastu bg patung katak lagi kemudian sementara tunggu malam tu sempat Nik bawakkan aku dan anak2 g taman tasik titiwangsa. Wah lama betul tak datang sini. Bebudak ni kali pertama mmg excited sangat tapi di sebabkan penat dari melaka pagi tu malas mama nak layan korg. Dah bg makan aiskrim jer..

 Budak nie lak boleh mintak nak mandi kat situ..pastu bila kita cakap tak boleh! mula ar dia tunjuk kelaku tu. Tapi ada pulak kes accident kat sini..adam adam..boleh lak time dia tengah borak2 dgn mummy nik dia tgok2 dah lesap dari kerusi tu. Rupanya dia jatuh tergolek ke tanah. Pe sebab pun aku tak tahu??..tercenggang aku dgn nik.
 Tasnim lak org yg paling rugi sebab dah tertido kepenatan dan langsung tak sedar apa2 lagi.
Oklah itu jer cerita update aku yg terbaru. Taman tasik nie sangat2 cantik dan jadi tempat beriadah org2 KL. Insyallah suatu hari nanti akan sampai balik ke sini..amin..


06 September 2012

Sungai Dua Char Koay Teow

Assalamualaikum
Salam pagi khamis semua..kejap jer dah khamiskan malam nie insyallah En. somi akan balik sb tewas dgn permintaan Faris yg nakkan papa dia. Lagi pun hati dia pun dah lama tewas..hehehe..gelakkan dia pulak, Aku pun nak jugak jumpa dia lagi. Ok ar sambil nak tunggu malam..wah tak sabar nak mlm tu. Padahal baru jer bangun tido. Jom nak story tempat mkn wajib klu aku balik kampung.
 Sungai dua char koey teow tapi aku tak g ar sungai dua tu yg nie aku makan yg cawangan dia dekat depan sekolah lama aku ja. Char koey teow ni mmg femes habis ar, bagi aku mmg sedap sangat2 dah rasa sedap tu tak dapat tandingi memana rasa char koay teow kat tempat2 lain. setiap org yg datang tak sah klu tak tambah lagi. sedap weiii...
 Harga dia pun boleh tahan tau..malas nak taip lebih2 jadi sila la tgok kat belakang sana yer..kira memang boleh sesangat la. Anak2 buah yg datang sini wajib setiap org 2 ke 3 pinggan besar. Yang special tu sb banyak udang. Udang pun segar2 dapat rasa manis udang tu lagi dan yg paling penting besar besarrr...
 Air sampai tak lama sangat lepas kita order. Semua pekerja mmg pantas bekerja tau. Bukan nak puji sb sebab berkali kami pergi mmg puas hati sesangat dgn layanan dorg, yg penting order cepat sampai. Faris dgn iris pakai baju tido jer sb dekat jer dgn rumah lg pun nama pun mkn malam. sesuai ar tu makan sambil pakai baju tido..hahaha..abaikan
 Taraa!!!.. inilah dia yg dikata katakan..nampak sedap tak?..bg aku hanya sungai dua pun char koey tiow yg paling sedap. Orang2 sini banyak yg pandai buat char koey teow tp nak rasa kuah yg sama sedap macam sg dua punya susah sikit nak jumpa.
 Kami order 4 pinggan 2 kecik, 1 besar dan 1 special..dan pinggan kosong tu nak letakkan semua udang2 yg ader dlm setiap pinggan. Semua udang2 tu utk dak faris, sb dia mmg hantu udang. Papa lak ader alergik klu mkn udang mulut akan jadi mcm mulut org yg kena sengat tebuan..hahaha
 Ha close up lagi..kira la bp banyak udang dlm pinggan yg special nie..untuk yg bsuka udang mmg puas sesangat makan tau. aku pulak nak koey teow tu banyak2 dgn kuah dia.Tapi yg itu lak yg sikit, jadi nak puas makan sambil hirup kena ar tambah order lagi. Bijak tol strategi dorg kan??
 Nah nah tgok lagi tau..sampai tuan yg tulis nie pun dah terliur nie..nyum nyum..
Ok la..tu saja n3 pasal mkn kali nie, hari nie nak kuar g beli krim bontot budak nie. tetiba naik ruam pulak selepas tukar lampin baru. tak sesuai agaknya lampin tu. Nyesal mama..sian pulak kat ko yer..huhuhu

Babai..

04 September 2012

Story Raya Di Kampung

Assalamualaikum semua.. 
Hari nie bangun jer tido semua nya normal kembali, hampir 2 minggu bangun tido tgok suami ader kat sebelah. Hari nie sedar pukul 4 tadi tgok ader dak faris kat sebelah. Baru perasan dah habis masa2 berkepit, ok ar 2 minggu dia der dgn kami kira satu tempoh masa yg paling panjang tu. start hari nie semua normal kembali. cuma faris jer yg tak dapat terima papa dia dah tak da dgn kami. Asyik2 merengek minta  papa. Tapi takpe t dia akan biasa balik tu.. insyallah..

 Ok lah hari nie nak n3 kan pasal raya aku di kampung sendiri iaitu di kampung sungai limau, lunas kedah. Sepanjang kawen tahun nie mencatat rekod sendiri tau, raya selama 6 hari kat sana kira rekod paling panjang aku ader kat kampung. Gambar kat atas nie dalam perjalanan balik kampung time nie berhenti mkn kat tapah. Kami gerak balik dr melaka raya ke 2 petang.
Sampai umah mak dalam pukul 1 pagi mcm tu, perjalanan ok tak jem cuma kenderaan banyak sb tu kami bik masa hampir 9 jam untuk sampai. Bila bangun pagi dak faris tgok suasana lain mcm, dia paling becok jd mcm2 soklan ar kuar dr mulut tu. Time de dia dgn papa kat belakkang umah baru lepas tgok ayam kat reban mak tok. Bebudak nie suka sangat sampai nak bik gambar pun tak boleh sb lincah sangat gambar pun jadi tak cantik.
 Di perkenalkan ini lah mak saya. Time nie kami beraya kat umah mak saudara. Family aku kat kampung nie sikit2 jer bilangan ahli dia . Macam aku nie sorg jer adik beradik sedarah sedaging. mak saudara pulak paling ramai pun 5 org jer..hehehe..pulak tu semua tinggal dekat2 jer. jadi senang nak ulang alik kesana sini. Aku jer yg terpelanting jauh sampai ke melaka tu.
 Bila kat kamoung aku suka tgok pokok2 buah atau sayur2 kat sana, sb dorg suka tanam sendiri. Org sibuk dgn kuih raya aku pulak sibuk dgn menda2 nie. Bukan apa kat sini susah nak dapat buah2 nie.
 Belimbing buluh punya ar banyak, sampai bergayut2 kat dahan pokok dia, tapi aku tak ada time petik nie. Mak yg tolong petikkan.Takde ar gambar yer..
Ini pulak ader story lawak ar pulak..budak nie punya ar excited kat sana sb di benarkan main2 kat luar umah. Klu kat sini jangan harap ar..hanya hari minggu jer dapat main kat luar umah tu pun depan hall jer. dia nampak kekawan kat sana panjat pokok rambutan nie, jadi dia pun cuba nasib ar. tinggi jugak la di panjat tu.
 
 Tetiba time nak turun tu rupanya dia tak tahu, punya ar menjerit2 mintak tolong. Takde ar mama dia nie nak tolongkan. Sebab aku dah ayu2 berbaju kurung tak pasal2 memanjat pokok pulak. Jadi mintak ar tolong papa yg panjatkan, papa pulak bukan kampung boy sangat zaman kanak2 dia pun lebih kurang mcm zaman anak2 dia jugak. Jarang dapat explore kampung sendiri jd nie pun jadi cabaran utk dia jugak, hehehe..sesi memanjat pokok utk selamatkan anak sendiri..hahahaha
 Ini pulak biskut2 raya kat umah mak ndak...org kedah panggil biskut dahlia tau bunga cina tu biskut semprit tau. Sebab tu bila aku post gambar biskut semprit org melaka, de kawan2 dr kedah cakap knp biskut semprit dia bentuk tu?..hehehe..tu la kan klu kita jauh merantau luas pengetahuan..
 Kat kampung nie seluruh kulin nie sampai penang la..memana pergi jer mesti jumpa dgn makanan peberet dorg. hehehehe..peberet aku jugak la laksa. Klu tak jumpa laksa pun mesti jumpa bihun sup utara atau mee kuah. Mesti punya ar..dari raya pertama sampai la bila2 pun time hari minggu pun org sana mmg akan buat laksa utk di makan.

Tu yang best nyer klu balik kampung nie, secara tak langsung dlm 2 minggu jer berat badan aku terus naik 2 kilo lepas raya. Time puasa berat 47 kilo minggu lepas timbang kat klinik jd 49 kilo. hehehe..Dahsyat tul penangan makan di kampung sendiri..

03 September 2012

Story pagi raya

Assalamualaikum semua..
 Lama nyer tak update blog...hehehe.. tuan punya blog beraya sakan woo.. mana tak nyer balik kg dah seminggu kat sana, pastu kat sini pulak masih dalam mood raya lagi. Hari minggu tu ari kerja kawen pun banyak malam pulak rumah terbuka sampai de yg tak sempat pergi. 
 ok lah tak boleh lelama ni.pepagi kerja banyak menanti. jadi jom layan beberapa gambar pagi raya sebelah umah mertua. hehehe..ketinggalan da org lain dah lama update story raya dorg..
yg di atas ni gambar suku dari anak2 buah sebelah suami. Ramai tu bilangan dorg pastu memasing dah pandai mintak duit raya besar punya nilai..
 Setiap pagi raya aku dgn suami mesti abadikan photo kami berdua..tapi setiap tahun mesti gambar tu de jer yg menyelit kat belakang. Tahun nie kakak suami aku lak yg bik port..biasa bebudak.alahai..
 Taraa.. dapat snap 1 family kecil ku. Jadi pic nie akan jadi cover pic utk album raya 2012 nie. Tahun nie cik abg nak pakai baju jubah mcm nie lak tak pernah2 dia mintak baju nie. Opps..pasal kasut raya tu abaikan jer..sebab kami beraya sekeliling umah saudara malas nak pakai kasut baru..huhahahaha..
Dan di perkenalkan mak dgn ayah mertua ku..tema tahun nie biru tu.. sama jugak nak menempel dalam album raya kita org. ok la sebenarnya ada banyak sangat story mory pasal raya aku nie..de yg sedih ada yg kelakau giler. Tapi takde masa la nak story lebih2. Cuma gambar nie jer yg aku sempat tayangkan kat korg yg sudi datang sini. Untuk nak story lain tungguuuu...

Mintak diri dulu..babai..