15 Januari 2013

Kisah Faris masuk PASTI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sekolah dah lama bermula, dah masuk 3 minggu Faris mengalamai kejutan budaya. Mana tak nyer biasa bangun tidur pukul 8 lebih..pastu bila bangun jer terus nak bermain2. Sekarang pukul 8 dah kena kejutkan dia sebab sekolah start pukul 8.45. Bangun tido senang tapi nak mandi pagi tu ajer jer ada alasan yang dia bagi.
 Mesti semua orang ada kenangan memasingkan pasal anak baru nak masuk sekolah. Aku pun sama jugak, daftar kemain punya awal lagi..dalam bulan nov 2012. Pastu terus dapat baju, time tu main sebat jer saiz M..ingat boleh jer. Rupanya kemain besar lagi baju dengan seluar tu, kalau nak orte pun mmg tak cantik la.
 Akhirnya hari pertama sekolah faris pakai baju biasa, sebab aku pulangkan balik baju tu. Pastu time masuk sekolah tu dia pulak kena batuk2 macam nak kearah semput. Tak sampai sejam pas tu aku mintak nak bawak balik awal sebab nak bawak dia g klinik. Ustazah pun bg balik sebab dia baru nak settlekan hal pendaftaran. Dan semua bebudak tu ari hanya buat bulat bulat jer.
 Bila sampai rumah dia cakap kat semua orang yang dia dah g sekolah..hehehe..(dia ingat sekolah tu hanya g dgn mama dan balik pun dengan mama). Dalam kelas hari yang pertama tu dia duduk sorg belakang sekali. Nasib Tasnim ada untuk temankan dia..Perasan dia adik dia pun sama jugak la sekolah tu.
 Nampakkan dua2 beradik kat belakang tu?..hehehe..Ada kawan2 dia yang menangis2 ada pulak yang ok jer. Macam tak tahu apa2..muka kompius pun ada. Mcm2 gelagatla bebudak nie sebab kelas nie campur umur 4 tahun dan 5 tahun.
 

 Ini pulak hari ke dua ke sekolah, hari nilah baru dia tahu apa itu sekolah..ngeh ngeh!! sebab dia akan di tinggalkan. Time pergi tu kemain girang lagi..dia ingat macam semalam la. Mama tunggu sampai dia habis kelas.
 Kali nie tak aku hantar jer sampai meja dia, pastu aku bagi tangan suruh dia salam. Aku cakap Faris belajar yer, jap g mama datang ambik. Dia nganguk2 paham la..aku ingat dia betul2 paham yg aku mmg nak tinggalkan dia. Aku pun terus keluar sekolah masuk kete. Time ngah drive nak tinggalkan kawasan sekolah aku nampak ada budak menangis berlari sampai depan pintu sekolah.
 YA ALLAH! rupanya anak aku yg berlari2 tu, pastu nampak pulak Ustazah Liza dia kejar dari belakang terus dukung bawak masuk balik. Aku kat dalam kete tu tergelak2 sorg2..sebab kelakar bila pikirkan balik. Time ngah aku gelak2 tu, tetiba aku dengar suara Iris menangis. Rupanyer dia sedih aku tinggalkan abang dia kat sekolah.
Masuk 2 hari la Faris menangis nak tinggalkan dia kat sekolah, Iris pun sama jugak 2 hari jugak dia menangis nak berpisah dengan abang dia. Tapi sekarang semua dah ok..Faris pun nampak suka ke sekolah sekarang..semoga keadaan ini kekal buat Faris..hehe..

3 ulasan:

  1. mula mula mmg macam tu.. lama lama dia dah dpt biasakan diri ke sekolah hehehehe tp memang comellllllllllllllllllllllll sangattttttt.. gerammm tengok hehehe

    BalasPadam
  2. bestnya ..anak dah masuk sekolah yeh ... anak sha kecil lagi hihi

    BalasPadam
  3. To their cοurse crеdit, many of the media anԁ amuѕement companies feаturing ѕome gаming anԁ igaming іnsurаnce cοverage do dοcumеntation the dinner particular
    date; don't get irritated, merely get some online pokies to spiel!
    Also visit my website - online pokies

    BalasPadam