03 Februari 2013

Story Mory Balik Kampung

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Time cuti sekolah yang lepas ada jugak aku bawak anak2 balik kampung aku di Kedah, rindu sangat2 kat tempat kelahiran aku nie. Tempat aku membesar dan bermain hingga tak hingat dunia..adoii indah sungguh waktu kecik2 dulu. Ok la..tak nak melayan melayan perasaan lelama..jom la layan gambar2 aktiviti aku anak beranak di kampung sungai limau, lunas kulim.
 Aku balik 23 nov 2012, sampai kampung dah tengah malam buta.. Memang tak nampak permandangan apa pun..bila bangun pagi tengok kat depan umah pakteh aku punya la banyak buah markisah nie. Tapi time aku balik nie tak banyak pulak yang masak betul2.
 Aku memang suka tengok apa pokok yang baru mak tanam sekeliling rumah, ni pulak pokok cili yang aku jumpa belakang rumah. aku tak tahu cili jenis apa? pastu lupa pulak nak tanya mak. Kalau korang ada yg tahu boleh la share info yer.
 Dua beradik nie antara yang terawal bangun, sekali bangun dah macam terkejut pulak dorg. Adam dah paham sikit dah yg dia ada kat rumah mak tok dia. Tasnim tu mcm kompius pulak. Time nie aku bawak dorg tengok2 embun kat hujung2 daun. Tapi aku tak pandai nak ambik pic embun kat hujung daun utk tunjukkan kat korg. Bila matahari naik, suasana memang cantik sebab biasan cahaya tu dah kena pada air embun. Boelh bayangkan tak?..hehe
 Ini bukan kat kampung dah, ini kat atas Feri nak ke penang. Aktiviti wajib yer bila balik kampung mesti naik penang. Kali nie bertuah kereta dapat parking tingkat atas.. Biasa parking mesti kat bawah jer..
 Nama jer parking kat atas, tp adam merengek2 nak turun tengok air kat tingkat bawah. Akhirnya aku dgn abg bawakkan jugak dorg bertiga kat bawah sana.
 Ini aktiviti wajib papa, kalau sampai penang mesti dia cari butik2 tertentu untuk dapatkan pakaian dia. Kali nie dia dapat jeans prada, Ok la tu bukan selalu balik sana..dan bukan selalu sangat dia beli baju atau seluar.

 Dah puas papa shoping, kami tersukan perjalanan, kali nie tak makan nasi kandar penang, tak pergi tempat2 shoping lain. Kali nie kami menuju ke Pantai Batu Feringgi pulak.

 Sebelum ke pantai sana, banyak la tempat2 menarik dan bangunan kedai yang cantik2, Nie restoran the ship.
 Dah sampai kat Pantai Batu Feringgi..pantai nie dah banyak membangun dan tak macam dulu. Tandas pun ada pakai filter coway tau.. dan semua berkeadaan bersih. Hehe..mcm iklan kan?..tapi betoi woi..
 Picca org2 tersayang wajib masuk yer..ngeh ngeh.
 Pantai nie dia macam membukit tau, jadi kita parking kete atas dan turun ke pantai melalui tangga2 batu yg di sediakan. Permandangan memang cantik, aku jer tak pandai ambik gambar dan tak pandai pakai fungsi2 yg ada pada camera.
Cantikkan permandangan dia?..Oklah setakat nie dulu story dari kampung halaman sendiri. Semoga ada rezeki aku anak beranak untuk balik kampung lagi melawat Mak. Insyallah...