23 Mei 2013

Kisah di Jonker walk

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ini story mory yang dah basi berbulan bulan kot, tertangguh n3 akibat service tenet macam bangang tu ari. Alkisah nyer aku nak storykan pasal kes budak india kena pukul depan kami anak beranak. Nampakkan pic yang kat bawah nie, sebelah Iris tu kete yang kami parking. Time suami turun dari kete datang ar seorg india mintak duit parking, aku malas nak layan sebab aku tahu waktu2 macam nie bukan kena bayar pun. Mbmb pun dah tak kerja, tapi risau pulak kot2 dia dendam tak tentu pasal t ntah pape dia buat kat kete takkan haru pulak.
 
  Jadi suami pun bagi ar RM5 kat dia, lepas tu borak2 sikit sambil dia tunggu aku dengan anak2 nak kuar kete. Bila kami semua keluar tetiba datang sorg lagi india dari arah belakang suami aku sambil jerit "oo kamu mintak duit ar!!" dalam keadaan pantas lalu dia ambil sebatang kayu atas jalan dan terus pukul lelaki india tadi yang mintak duit parking tu. Dia pukul kat bahagian bawah kaki sampai kayu tu patah dua, kebetulan suami ada kat situ dia jauhkan diri sedikit la dari dorg tu.

 Adam dan tak tentu arah dah menjerit2 takut, Faris pun dah pegang2 kaki aku, adam pegang tangan dan Tasnim terpingga2. Cecepat aku suruh dorg masuk kedalam dan aku terus lock pintu kete, tapi kunci kat suami, dia pulak masih kat luar sana. Aku cuma mampu berdoa dalam hati semua dia dapat lagi dari situ. Kat dalam kete aku dan anak2 berpelukkan ketakutan. Semua dorg menangis, adam terketar2 tangan dia..faris dan iris asyik cakap takut mama..takut..
 Pastu aku dengar salah sorg anak jerit papa..papa..sekali aku tengok papa dorg datang dengan senyum2 kat kami. Bila aku bukak semua anak2 peluk dia cakap takut2. Dia cuba tenangkan dorg dgn bg tahu yg org tu dah pergi jauh. Dia cakap yg time india yg gaduh tu pergi semua org jerit ketakutan, lelaki yg memukul tu heretkan lelaki yg di pukul tu..dalam keadaan tangan masih memegang kayu.

Pastu perjalanan kami ke situ jadi tak best, bebudak nie masih trauma giler, jalan pun tak nak si faris dgn iris tu, adam pun cuak2 lagi. Asal nampak india jer dia mula gelabah.








Oklah itu ajer story mory yang nak di tinggalkan disini sebagai kenangan kat sini..kisah ketakutan dan trauma anak2 aku atas sedikit dari ujianMU..

Hilang sekejap nikmat itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tetiba bangun tido dalam pukul 2.30 pagi terasa kaki tak boleh lurus. Time tu mcm2 pikir..eh knp ni?..padahal hari sebelum tu cuma terkucil sikit jer time buat kerja umah. Takde ar sakit sangat sampai nak g jumpa doktor.

Tapi aku terus sabar..tenangkan diri. Gagah jugakla terhenjut2 g bilik ar pastu singgah minum jap kat dapur. Masuk bilik terus baring2 sambil pikir besok nak siapkan barang anak2.

Alhamdullilah..syukur sangat2..itu yg selalu aku ingat dan ucapkan bila datang masalah kat diri ini. Setiap kali sakit dan ada masalah baru aku rasa dekat sangat dgnmu ya Allah..t.kasih sebab jadikan aku seorg yg sangat2 tabah.
Ada kekawan yg bersimpati dan sibuk2 masej bertanya khabar buatkan aku rasa tak selesa pulak. Aku tak suka org rasa kesian bukan kerana ego. Tapi taknak aku jd lemah bila ada sikap prihatin dari dorg. Selagi aku boleh buat insyaallah aku takkan menyusahkan sape2.T.kasih semua..

Syukur ya Allah..dan t.kasih jugak sebab kembalikan semula nikmat ini. Aku kena kuat dan sihat untuk membesarkan dan menjaga 3 amanahmu ni...Aminn ya rabbal amin..

posted from Bloggeroid

18 Mei 2013

Kisah Adam di buli

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ini kes beberapa hari yang lepas dalam hari rabu, time tengah tunggu adam balik sekolah. Aku nampak dia datang dalam keadaan muka comot menangis2 dengan baju dan seluar kotor2. Bila dia nampak jer aku terus dia peluk sambil cakap " mama ada kawan tendang peha adam..sakit sangat mama.."


Aper lagi terkejut ar aku tgok dia mcm tu..ni kali ke 2 dia kena buli..tu ari baju kena tarik sampai koyak. Ini pulak bukan setakat kena tendang. lagi teruk pensil box plastik dia kena gunting sampai terputus dua. Bila jadi mcm ni aku terus tanya saper yg buat?..sekali dia tunjuk budak tu..hahaha terus budak tu cabut lari sembunyi balik rimbunan pokok.


Aku pun aper lagi, terus dptkan dia..tanya knp buat mcm ni?..dan mintak tolong dia jgn sakitkan lagi kawan2 yg lain. Dia pun angguk paham dan janji tak buat lagi. Aku bukan aper takut klu awal2 tak di bendung t melarat ar pulak. Pernah anak member aku kena gunting rambut atas telinga. Buatnyer kalau tergunting telinga takkan haru pulak tu. Adoii..budak budakk..macam2 hal korang nie..



posted from Bloggeroid