17 November 2013

Sambutan ulang tahun papa mama dan iris

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seronok aku tengok gambar nie..masih terdengar ketawa dorg kat telinga ni jerit pekik iris yang manja..hehehehe...kali pertama dia buat macam ni. Nak baling pasir tu kat papa sampai sanggup dia kejar. Ini mmg gambar terbaik..sepanjang sambutan hari lahir kami bertiga aku dan suami merancag 1 percutian pendek untuk kami raikan sekeluarga.
 Kami mulakannya di teluk cempedak pahang, satu kawasan pantai yang sangat2 aku suka..laut yang cantik dengan permandangan. Banyak kemudahan, ramai orang yang datang untuk perbagai tujuan kat sini..Ada yang buat sambutan hari keluarga, Ada yang buat pertunjukkan secara percuma meggunakan alat muzik yang aku pun tak tahu pe jenis. Orang berniaga lagi ar meriah macam2 barang ader. Aku mmg suka pantai ni..



Anak2 mmg seronok betul..tambahan dorg bebudak mmg dimana2 pun enjoy..bagi dorg main pasir..mandi laut sikit. Semuanya nak bagi dorg merasa seronok..sebab gelagat dorg mmg hadiah terindah buat kami..Dan aku mmg nak menghayati saat2 ini.Time ni aku dan suami dah memasuki alam 30an dan kami akan tua sama2 untuk membawa segala memori ini nanti. Biarkan dorg bermain dan kami menginngati setiap detik perkenalan sehingga ke hari ini..tu sebab aku sayang suami aku ni..hehehe..dia menjadi suami dan kawan bila betul bersama kami.."hanya Kami"
 Dah puas kami seharian dipantai yang cantik dgn suasana romantik ala2 bujang..esoknya terus naik ke genting highland. Ini adalah kemuncak kepada keseronokkan kami..Jerit pekik gila kat sini, mmg semua perancangan berjalan sempurna. Rasanya ini adalah sambutan hari lahir yang paling bermakna. Allamdullilah ya Allah dengan rezekimu dapat jugak kami merasa semua ni. Kat sini anak2 hanya boleh main indoor game jer. ok la buat permulaan. Tengok ketinggian iris tu time umur 3tahun..hehehe..
 Ketinggian faris pun sama..ini tak menghalang dorg berseronok..main tetap main..gambar banyak lagi dalam instagram dan fbok..sampai nak muntah semua follower bila aku masukkan bertalu talu..huhahahaha..itulah rosidah kawan korg..
Esoknya pulak kami melawat strawberi farm..pastu petik sikit buat makan sepanjang perjalanan balik. siap plan nak pergi lagi bila anak2 dah besar sikit..Insyallah aminnn...
Ha, time ni baru papa perasan yang iris nie klu nak ceritakan sesuatu dah ar pelat yg tak pernah ok..pastu siap ader perkataan atau bunyi aummm..aummm..hehehe..contoh dia nak cakap yang faris buat sesuatu.."papa aumm..tadi..aummm... faris dia aumm..buat..aumm.." huahahaha berjanggut tunggu dia nak habiskan satu ayat. KAdang2 kami tergelak dia ckp ala jangan ar gelak. Tapi papa gelak jugak sebab papa kelakarkan dia punya perangai..hehehe

Menjadi mama dan papa korang adalah satu tanggung jawab paling hebat yang di kurniakan Allah buat kami. Tak sabar mama papa nak melalui pengalaman membesarkan korang semua...Anugerah tak ternilai sepanjang kehidupan ini..Alhamdullilah terima kasih sebabkan mama papa jadi tabah kuat bersemangat untuk menyempurkan kehidupan korg semua..

15 November 2013

Jejak kaki di penang hill

Salam penghulu segala hari..hari jumaat dah..yehuuu!!!
Tahukan apasal aku melompat subuh2 buta ni?..hehehe arini last ar cuti sekolah, Bagi yg kerja surirumah mcm aku nie mesti ar rasa nak bercutikan dari menguruskan segala keperluan anak2 sekolah. Walaupun kerja tu baru 40% dari keseluruhan kerja surirumah tapi kadang2 kita perlukan rehat. Dan kami dijanji oleh suami tercinta untuk menikmatinya..Alhamdullilah..
Okkan biarkan aku dengan amgan2 itu..sekarang jom layan cerita basi aku sekeluarga ke peneng hill. Ni story mory balik kampung itu ari. Sekarang nie sejak anak2 dah besar sikit stp kali balik kampung aku akan tawaf ar seluruh tempat2 aku membesar. Ajak suami dan anak2 melihat permandangan, merasai makanan tempatan dan mendekatkan anak2 dengan saudara aku.

Rasanya dah berapa tahun tak jejak kaki atas bukit yg sejuk dan nyaman nie. Aku suka sekarang dah banyak kemajuan yang belaku di penang dan amat berbeza dari dulu. Dulu sampai jer atas aku biarkan rambut dan muka ditiup angin dari laut tu..rasa seronok sangat. Waktu nie aku jalan nak kearah pintu penag hill, sepanjang jalan permandangan sangat2 cantik..
Sebenarnya banyak gambar yg aku ambik, klu tepek kat sini kompom penuh lagi cepat aku punya picasa t. Kalau nak tengok lagi nayak boleh ar tengok instagram atau fbok aku. Kat sana semua gambar2 aku simpan.
Time keretapi nie  lalu jer atas kepala dah jerit adam dan adik2, sebab dorg mmg tak sabar nak naik..aku suka sangat tengok gelagat dorg..hurmmmm korg mmg menghiburkan mama dan papa..
Jalan kearah pintu depan...
Akhirnya sampai dimana tempat setiap daripada pelancong yg datang kompom2 akan mengabdikan diri kat sini. So Aku dan family mmg takkan lepaskan peluang..huhahahaha..WAJIBBBB!!! snap berkeping2 gambaq pastu baru g beli tiket.

Huh dah sampai atas..tetiba jerkan. ok sebenarnya aku ringkaskan cerita. Dah nak siapkan adam g sekolah nie. T lambat lak ku post n3.. (hehehe mcm nie punya org pun ada?)
Last, ini video time nak turun dari bukit tu..time naik video tak cantik sebab tak dapat duduk depan sekali..Ramai yg pegang alat perakam memasing..tengok bukan aku saja yg gila ambik gambar..ramai lagi termasuk atuk yg depan nie, camera pun canggih.hehehehe


14 November 2013

Rancangan mama

Assalamualaikum semua


Sekejap jer dah khamis esok last anak2 sekolah. Aku sebagai mama yang nak melompat hip hip hooreey!!..suka sangat boleh ar rehat sebulan setengah dari memikir dan menguruskan keperluan sekolah anak2.


Tapi aku dah plan beberapa aktiviti utk cuti sekolah dorg. Nak buat aiskrim, nak buat cupcake, ada sikit aktiviti craf dan beberapa xtvt lain. Supaya dorg enjoy dan aku pun senang main2 dgn dorg.




Tapi aku harap papa dorg ada banyak masa dengan kami. Insyaallah jangan ar ada perubahan dalam jadual kerja dia. Lagi pun sekarang ni musim laut bergelora..harap2 tak dapat naik mcm tahun lepas. Oh ingat dec tahun lepas tetiba datang balik ingatan time arwah nenek suami tengah nazak. Rupanya dah setahun dia meninggalkan kami..


hurm...Al fatiha buat beliau..ok dah dah jangan di pikirin dong..sekarang ni cuma fokus pada apa yg nak buat t..sebab beberapa hari lagi kami akan bercuti ke terengganu. Dan kali ni aku tak drive aku bawak anak2 termasuk mak ayah mertua naik bas. Hehehe..suka adam dan faris, al maklum ar dorg tak pernah naik bus. Adam jer merasa naik bus time kecik2 dulu. Tu pun kat batam..




Faris budak yang paling2 excited..ari2 tanya bila mama kita nak naik bus?.knp lama?..adoii tak boleh tahan soklan dia. Semoga perjalanan kami ini selamat pergi dan balik..insyaallah..



budak pompuan kecik ni bukan paham pape lagi..takde ar bersoal banyak. Harap2 takde ar dia buat hal atas bas t..

posted from Bloggeroid