24 Disember 2013

Penang street art dan welded iron wall caricalture

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rupanya time aku masukkan gambar2 percutian kat penang dalam instagram dan fb tu ari, ada yang bertanya kat mana penang street art tu. Ada pulak yang anggap lukisan2 penang street tu dengan hiasan besi2 di dinding mewakili setiap watak tu sama. Eh! tak ar..lukisan tu yang di lukis pada dinding dan welded iron tu di buat dari besi dan didirikan di setiap dinding.

Dan setiap lukisan ni bukan boleh jumpa kat 1 tempat atau jalan jer tau..kena tawaf satu penang baru dapat. Tu pun kalau hampa rajin ar nak excercise kaki. Cadangan aku bagi yang berkenderaan elok ar g parking dulu kete tu pastu sewa basikal. Baru korang dapat tengok penang secara dekat.

Ok ini salah satu karikatur yang kami jumpa kat jalan Ah Quee..dan ini bukan lukisan ini adalah kimplan besi yang mewakili karakter individu ayng terkejat di sini. Setiap watak yang di hasilkan daripada besi di setiap jalan2 ini mewakili orang2 yang terkenal, macam Datuk jimmy choo tu, mewakili identiti penag tu sendiri mcm asal usul nasi kandar. Yang kami dapat nie pun aku belum habis study lagi sape Ah Quee ni..hehehehe..

Kesemua Welded iron ni ada 52 jenis dengan pelbagai cerita di sebaliknya..Penyampaian secara kreatif dan lawak jenaka terhadap fakta sejarah dulu. Ia umpama suara dari masa silam yang mencerikan kisah2 masyarakat penang dulu2 melalui kehidupan harian mereka. Dan ia di abadikan dari keunikan besi2 ini di setiap sudut georgetown.

Ini adalah salah satu lukisan yang femes tu. Kids on bicyle kat jalan Armenian. Kat jalan nie jer ada beberapa lukisan di dindingnya, ada yang baru dan juga yang lama.
Lukisan yang tersangat lama nie ada antara jalan Ah Queen dan jalan chulia..rasanya jalan King..Sangat lama tapi sayang tak terjaga sampai kami sendiri tak perasan imej nie time mula2 lalu kat sini. Selain tu ada jugak di letakkan lukisan..atau tampalan imej baru kat sini..tak tahu aku ini tak termasuk pun secara rasmi dalam penang street art.

Lukisan budak kat atas motor nie pun kat jalan Ah Quee berdepan dengan aunty jual buah2 potong sekali lalu mmg korg tak perasan punya. Nasib aku perasan ada ramai orang dok kumpul kat situ. Pulak tu nak ambik gambar bila cuti sekolah nie kena beratur jugak. Kalau ramai sangat aku pun naik segan nak buat aksi gila gila tu..hehehe.. Yang aku tengok dorg semua dari negara luar, orang putih mmg ramai yang nampak berjalan kami dan naik basikal dok usung kamera. Jadi bila duduk dalam kalangan org yang excited kami pun ter excited jugak ar..Tempat sendiri ni dah aku macam org luar plak..hahahaha




Kat Jalan Armenian nie bukan jer lukisan2 dinding yang mamapu menarik perhatian. Hiasan2 kedai pun cukup cantik jugak..Aku pun tak lepas peluang mengambil setiap gambar nak buat kenangan peribadi.
Hahaha..suami kebanggaanku..poyo poyo jer tu..


Sebenarnya penat jugak ar menjelajah baru 3 jalan kot..Duduk jer memana pun pasti ada lukisan atau hiasan kat situ..korang nampak tak kat tepi longkang pun ada imej siput..
Ini pun..jadi mangsa ke kreatiffan dorg..hehehehe..layan jer ar..

Ini bukan pun termasuk dalam penag street art..lukisan kat pintu kedai basikal..sebab cantik dan tasnim pun pandai buat gaya, jadi Aku pun ambil jer ar gambar..

Ini takde kena mengena yer..aku ambik gambar nie sebab aku plan nak buat hiasan dari cerek buruk kat umah aku dengan pokok pegaga nie..Apa daaa..nasib ar org yg baca n3 ne..




Ini pun kat mana aku sendiri dah tak ingat pun..Dulu aku ada tulis semua nota2 nie..pastu dah balik bercuti ntah mana dah lesap






Ok itu ajer yang aku sempat merepek meraban di sini..moga ada sedikit kebaikan utk yang sedang mencari info nak bercuti2 sekarang nie. Nanti kalau ada masa tuan umah pasti muncul semula.... nak lebih gambar dan cerita sudi2 lah follow aku kat fb atau ig..sebab kat sana aku rajin menepek macam2 gambar utk storymory aku..babai..

17 Disember 2013

Kisah di Bukit Rakit

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

 Selepas kami bermalam di telok cempedak keesokkan harinya kami pun teruskan perjalanan ke seberang takir. Saja ubah angin untuk stay jauh sikit dari pusat bandar. Tapi storymory pasal seberang takir ni aku kiv dulu. Dan arini aku nak ceritakan salah satu kisah di seberang takir tu jugak iaitu satu tempat di Bukit Rakit dan pic diatas nilah nama kedainya. Macam mana aku boleh jumpa?..jom terus baca..hehehe
:
:
:
:
:
:

 Tu ari aku dan family nak stay kat seberang takir..Dalam perjalanan time berhenti makan aku sempat bertanya org tempatan pasal local food dorg kopok lekor dan celop tepung. Pakcik sorg tu ckp kat sini mmg terkenal satu warung kopok lekor. Sampai nak kena beratur pulak tu pakai nombor lagi. Tp dia ckp org2 kampung tak beli kat situ hanya org2 luar yg sanggup dtg beli situ. Dia ada suggestkan beberapa tempat lain utk kami dptkan kppok lekor. Tapi aku ubah pikiran aku nak try celop tepong dorg. Dan dia suruh cari di batu rakit..petang tu kami pun keluar dr chalet merayau2 ar di sana.
sekali tgok punya ar ramai manusia makan kat situ. Tak percaya tengok gambar2 yg aku snap ni


 Tengok dulang2 tu..letak jer habis letak jer habis..nak menyirap aku tengok dorg ni..bukan bik sikit2 sekali angkat sotong 5 6 ekor tu..
  Aku pun termasuk dlm kegilaan ni..sanggup beratur panjang. Alang2 dan dtg jauhkan try jer ar..biasa klu nak mkn celop2 tepong ni aku mkn kat pantai Batu Buruk jer. Takpe ar sesekali berubah angin, lagi pun masa kami pendek jer sampai besok jer di sini dan besok jugak akan terus balik melaka. Ok sekarang inilah hasil tangkapan aku dan suami dapat.
Ini pulak sotong aku setelah puas beratur dan main tektik kotor sikit utk mendapatkannyer..huhahaha..potong Q ar.. Sebab tak adil aku rasa cara pembahagian yang di buat..itu pasal ar..hehehe
Yang penting semua dapat rasa dan takde ar balik dengan tangan kosong..lagipun kesian anak2 time ni sebab dorg nie asyik nak main laut tapi tak boleh disebabkan kesuntukkan masa. Kos untuk makan semua kat sini hanya RM30 dengan minuman feberat jagung kisar.


14 Disember 2013

Kisah naik bus dan lepak di teluk cempedak

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nampaknya tuan umah dah takde modal nak kuarkan n3...jadi ini ar modalnya iaitu kisah jalan2 jer, sebab asyik sangat dok g berjalan. Dan ini kisah awal cuti sekolah itu ari, mak mertua ajak g jalan2 kat terengganu. Kali nie papa sibuk sangat sebab ada macam2 kursus..balik jer darat terus dia kena g kursus kat kuantan. Pening pikir dgn permintaan orang tua dan tuntutan kerja jadi dalam sesak nie kami buat rancangan macam ni. Papa pergi dulu dan kami akan ikut naik bus selepas hari ke dua..Jadi inilah pengalaman anak2 merasa macam mana naik bus dari melaka ke kuantan.

Tapi memang cabaran betul ar buat aku dengan perangai dorg yg terlebih excited bagai. Kat melaka central jer time tengah tunggu bus pukul 9.30 macam2 nak beli. Dag dapat beli sambung gaduh, kejap sorg nangis pastu sorang lagi nangis. Sampai semua yang ada kat situ pun aku rasa pelik dengan dorg nie. Dah kate budakkan aku marah macam mana pun kejap jer pastu sambung balik buat haruk piruk. Last sekali ayah aku bawak sorang g jalan2 untuk pisahkan dorg.

 Time dalam bus pulak memula takut..pastu tak sampai setengah jam dia buat macam dalam umah plak. Jalan depan belakang depan belakang sampai driver marah suruh duduk kat tempat memasing. Pastu atuk dia tangkap sorg peluk dengan teady bear tumardine tu bagi susu. Aku pulak ambik yg kecik tu peluk2 bagi t@t#k terus terlelap 2 org. Tinggal adam sorg bg dia main game..Alhamdullilah segala kekecohan dalam bus pun hilang dan penumpang2 lain pun rasa sedikit ketenangan. hehehe..
Sampai kuantan dalam pukul 3 lebih macam tu dan papa jemput kita org kat stesen bus baru dia kuantan. Bila papa tanya ok perjalanan..hehehe..sendiri mau tau ar..anak2nyer mmg sentiasa meng okkan segala yang ada. Turun jer bus aku terus ajak makan nasi kukus ayam rempah juna. Mak mertua aku dah berapa kali asyik dok sebut menu ni, lagi pun ini adalah menu yang femes kat sini. Orang yang biasa jalan sini mesti akan makan kat sini, pernah dulu aku sampai sini..setiap meja ader jer menu ni.
Dah makan terus check in kat teluk Cempedak..pantai yang aku suka sebab suasana dia.
 Suasana ketika air surut..Bebudak memang suka bila jumpa air tapi keadaan macam ni sangat bahaya..jadi tolong ar jangan terlepas pandang anak2 bila dorg berada di dalam air.


Atuk paling2 risau tapi tak diluahkan melaui emosi berbanding nenek yang terjerit2 panggil adam. Mana taknya adam berani pergi jauh2 dari gigi air tu, ombak pulak kuat sangat..ayah cakap ini teluk dan bentuk muka bumi kat bwah sana kita tak tahu macam mana. Tapi Alhamdullilah semua selamat, perjalanan kami dari melaka kesini menaiki bus pun ok, Kami stay sampai esok hari..aktiviti malam kat sini sangat meraih, aku ader snap beberapa keping gambar malam. Tapi semuanya aku tepek kat facebook sana..JAdi aktiviti di fb sana lebih aktif berbanding di sini..hehehe..dasar pemalas. Ok ar sehingga berjumpa lagi..babaiiii...