24 Disember 2013

Penang street art dan welded iron wall caricalture

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rupanya time aku masukkan gambar2 percutian kat penang dalam instagram dan fb tu ari, ada yang bertanya kat mana penang street art tu. Ada pulak yang anggap lukisan2 penang street tu dengan hiasan besi2 di dinding mewakili setiap watak tu sama. Eh! tak ar..lukisan tu yang di lukis pada dinding dan welded iron tu di buat dari besi dan didirikan di setiap dinding.

Dan setiap lukisan ni bukan boleh jumpa kat 1 tempat atau jalan jer tau..kena tawaf satu penang baru dapat. Tu pun kalau hampa rajin ar nak excercise kaki. Cadangan aku bagi yang berkenderaan elok ar g parking dulu kete tu pastu sewa basikal. Baru korang dapat tengok penang secara dekat.

Ok ini salah satu karikatur yang kami jumpa kat jalan Ah Quee..dan ini bukan lukisan ini adalah kimplan besi yang mewakili karakter individu ayng terkejat di sini. Setiap watak yang di hasilkan daripada besi di setiap jalan2 ini mewakili orang2 yang terkenal, macam Datuk jimmy choo tu, mewakili identiti penag tu sendiri mcm asal usul nasi kandar. Yang kami dapat nie pun aku belum habis study lagi sape Ah Quee ni..hehehehe..

Kesemua Welded iron ni ada 52 jenis dengan pelbagai cerita di sebaliknya..Penyampaian secara kreatif dan lawak jenaka terhadap fakta sejarah dulu. Ia umpama suara dari masa silam yang mencerikan kisah2 masyarakat penang dulu2 melalui kehidupan harian mereka. Dan ia di abadikan dari keunikan besi2 ini di setiap sudut georgetown.

Ini adalah salah satu lukisan yang femes tu. Kids on bicyle kat jalan Armenian. Kat jalan nie jer ada beberapa lukisan di dindingnya, ada yang baru dan juga yang lama.
Lukisan yang tersangat lama nie ada antara jalan Ah Queen dan jalan chulia..rasanya jalan King..Sangat lama tapi sayang tak terjaga sampai kami sendiri tak perasan imej nie time mula2 lalu kat sini. Selain tu ada jugak di letakkan lukisan..atau tampalan imej baru kat sini..tak tahu aku ini tak termasuk pun secara rasmi dalam penang street art.

Lukisan budak kat atas motor nie pun kat jalan Ah Quee berdepan dengan aunty jual buah2 potong sekali lalu mmg korg tak perasan punya. Nasib aku perasan ada ramai orang dok kumpul kat situ. Pulak tu nak ambik gambar bila cuti sekolah nie kena beratur jugak. Kalau ramai sangat aku pun naik segan nak buat aksi gila gila tu..hehehe.. Yang aku tengok dorg semua dari negara luar, orang putih mmg ramai yang nampak berjalan kami dan naik basikal dok usung kamera. Jadi bila duduk dalam kalangan org yang excited kami pun ter excited jugak ar..Tempat sendiri ni dah aku macam org luar plak..hahahaha




Kat Jalan Armenian nie bukan jer lukisan2 dinding yang mamapu menarik perhatian. Hiasan2 kedai pun cukup cantik jugak..Aku pun tak lepas peluang mengambil setiap gambar nak buat kenangan peribadi.
Hahaha..suami kebanggaanku..poyo poyo jer tu..


Sebenarnya penat jugak ar menjelajah baru 3 jalan kot..Duduk jer memana pun pasti ada lukisan atau hiasan kat situ..korang nampak tak kat tepi longkang pun ada imej siput..
Ini pun..jadi mangsa ke kreatiffan dorg..hehehehe..layan jer ar..

Ini bukan pun termasuk dalam penag street art..lukisan kat pintu kedai basikal..sebab cantik dan tasnim pun pandai buat gaya, jadi Aku pun ambil jer ar gambar..

Ini takde kena mengena yer..aku ambik gambar nie sebab aku plan nak buat hiasan dari cerek buruk kat umah aku dengan pokok pegaga nie..Apa daaa..nasib ar org yg baca n3 ne..




Ini pun kat mana aku sendiri dah tak ingat pun..Dulu aku ada tulis semua nota2 nie..pastu dah balik bercuti ntah mana dah lesap






Ok itu ajer yang aku sempat merepek meraban di sini..moga ada sedikit kebaikan utk yang sedang mencari info nak bercuti2 sekarang nie. Nanti kalau ada masa tuan umah pasti muncul semula.... nak lebih gambar dan cerita sudi2 lah follow aku kat fb atau ig..sebab kat sana aku rajin menepek macam2 gambar utk storymory aku..babai..

2 ulasan:

  1. cantiknya, baru tau ni

    BalasPadam
  2. menarik2... nampak gambar2 dinding tu cam klasik.. kartun2 tu pon ada yg cam lama je. Cam ala2 era lepas perang dulu.

    BalasPadam