27 Januari 2014

Antara geram dan kelakar


Assalamualaikum dan salam sejahtera
 
Antara geram dan kelakar perangai Iris, kisah petang semalam. Dah 2 minggu datang kat rumah papa nie stp kali nak balik jer mesti buat perangai. Pagi ahad tu bila dia Nampak aku kemas beg jer..start menangis sambil cakap “tak nak balik umah nenek..”..dia akan ulang sampai dalam perjalanan t.

 Minggu nie plak dia menangis sambil buat kerja, memula kemas2 beg mainan dia..pastu sedang aku leka masak lauk utk tinggalkan kat papa dia. Tengok2 dia menconteng dinding plak..tapi mulut masih bunyi "tak nak balik umah nenek..."
Minggu lepas tak nak jalan masuk kete..meronta2 sampai aku kena heret masuk..bila masuk kete lagi kuat meraung. Minggu nie plak tak payah paksa..sendiri jalan pelan2 tapi mulut masih sebut "tak nak balik umah nenek..." Dalam perjalanan tu sepanjang aku drive dia berzikir ar irama tu..sekali dia cakap "mama tangan bb sakit.." Bila aku toleh rupanya sambil dia bersungut sungut tu dia dah terbelit tangan dalam baju. Hahahahaha!!! nak tergelak aku dengan Iris nie.


Ok..itu saje artikel pendek..nampaknya aku dah tak sempat sangat nak buat N3 baru. Tapi memandangkan akaun dah ade sayang plak klu tak di gunakan..kawan2 pun semakin rapat. Insyallah..semoga aku dapat agihkan masa t..Aminnn...

10 Januari 2014

Gelagat Tasnim Faris dan Adam di Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Ini adalah minggu ke 2 persekolahan dan aku terpaksa mengadap karenah Tasnim yang memang tak di jangka. Ntah ape sebab pun aku tak tahu tetiba dia buat perangai tak nak sekolah. Sejak bangun tido dia akan cakap "bb tak nak g sekolah pasti Al munir.." pastu menangis terus menangis. Dari mandi, sarapan masuk kete dan sampai kat pintu sekolah. Tudung pun dah tak nak pakai lagi sekarang nie.
 Aku pun tak pasti kenapa dia buat perangai tetiba, sebab time aku hantar ari isnin tu dia tengok ada 2 3 budak menangis2. Dan sorg daripada budak lelaki tu teruk sangat meraung sambil gegar pintu pagar. Time tu aku dapat rasakan yg Tasnim peluk peha aku, mungkin dia takut tengok situasi budak tu kot. Tapi aku mintak dia lepaskan peha aku, dia tak nak terus mintak dukung. Time ni ar drama dah mula, dekat 15 minit jugak pujuk dan pujuk tak jalan.. aku pun keraskan hati tinggal. Dalam perjalanan ke kereta aku dengar suara dia. Tapi tak ar seteruk Faris dulu terus lari kejar aku kuar dari pintu pagar dengan kaki ayam. hehehehe
 
Botol air nie pecah kena baling, kuat betul amukan dia tu. Aku nak tengok berapa hari dia nak macam tu. Tapi aku rasa dia boleh sesuaikan diri sebabnya bila aku datang jemput balik jer aku tengok kemain ok lagi. Siap ada main2 dengan kawan pulak tu ada g membeli jajan kat kedai sebelah lagi.
 Selain mengamuk dia ada jugak buat perangai taknak pakai baju kurung, disebabkan belom dapat baju lagi, aku pun bersengkang mata ar jahitkan baju dia. Esoknya tu dia tak nak pakai, dengan alasan dia tak suka baju nie (be tak tuker ar..) Geramnya anakkkk..sabar jer ar.Pulak tu setipa kali balik sekolah dia mesti bg tahu aku dengan nenek esok tak sekolah sebab cuti..huhahahaha..Tasnim Tasnim..bijak betul otak ko..
 Ini pulak gelagat Faris di sekolah mama papa sibuk carikan korg tempat duduk, uruskan hal korg pasal pendaftaran. Dia selamber jer ambik phone layan game macam takde masalah. Dengan kawan2 pun dia buat dek jer..
 Asyik berkepit dengan papa jer, minta papa bukak game tu game ini..memang takde perasaan nak sekolah ar Faris nie..hehehehehe
 Tasnim masa hari pertama sangat sangat ok. Masuk duduk kat meja diam2 pastu ambik bekal nasi makan buat tak tahu jer..hikhikhik..time ni aku rasa eh ok dia masuk sekolah..Harapan menggunung ar ingat dia kan ok terus. Tapi budak sape jangkakan?..tetiba jer buat perangai. Takpe hari ni baru hari khamis aku target 2 minggu dia kan ok.
Adam plak untuk tahun nie dia masuk darjah 2 dan ada peningkatan kelas, Allhamdullilah..tahun nie dia dilantik menjadi ketua kelas. Dia pun happy dengan tugas baru tu. Aku harapkan bila dia jadi ketua kelas dia kan lebih bertanggungjawab. Dulu time aku mula2 mengandungkan dia Aku memang pikir Nak letak nama Adam Fahmy..Biar dia jadi org pertama dalam senarai kelas dia. Betul jad,i pastu aku latih dia supaya tak takut, cakap dengan suara yg lantang jelas, berani dan penuh dengan semangat. Alhamdullilah semua ok ar..cuma time nak kena cucuk dengan nurse jer dia orang yang pertama, dia meraung kuat giler..hihihi..tu pun kawan dia yg bg tahu aku..hahahaha..

07 Januari 2014

2014 : Perancangan dan Harapan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 Alhamdullilah syukur dapat jugak buat n3 pertama utk tahun 2014. Lepas mengharungi pelbagai hal umah tangga yg tak pernah berpenghujung dapat jugak aku terselit kejap di sini. Sekarang dah pun masuk tahun baru, biasa ar stp kali masuk tahun baru aku pun sama gak mcm yg lain meletakkan pelbagai harapan dan impian. Tapi tak perlu  nak war2kan di sini..cukup ar harapan utk blog kesayangan ni adalah nak curi lebih byk masa berblog dan melawat kawan2 maya disini.
 gambar dari instagram rosidahmuhd
  Itu harapan dan sekarang adalah perancangan plak. Mcm2 rancangan aku dgn suami sebenarnya sebab dia adalah penyumbang terbesar dari pelbagai sumber untuk stp perancangan family aku. Untuk tahun 2014 kami sebenarnya merancang nak tambah anak lagi. Hehehe..itu pun perancangan tau dan harapannya nak bb girl..insyallah..semua ini adalah kehendak Allah s.w.t dan kami hanya mampu merancang dan berdoa sahaja. 

 Kadang2 bila aku memikirkan tentang semua ni..aku pikir masa membuatkan kita tetap meneruskan hidup ni dengan pelbagai karenahnya sama yg kita suka atau tak. Tapi takdir tetap memandu kita terus kejalan yg kita tak tahu apa penghujungnya. Kita hanya mampu mengikutnya umpama sebatang jalan yang lurus dan jauh. Kiri dan kanan kita pasti terjumpa sesuatu kita singgah sekejap untuk melihat menilai menikmati dan mempelajari sesuatu. Kemudian kita berada semua di atas jalan yg satu dan perlu berjalan tanpa tahu apa yg ada dihujungnya. Itu yg aku pikir tentang perjalanan hidup family ini antara yg tersurat dan tersirat.
Pic dari pakcik google
  Semoga beberapa hal baik yg terjadi di awal tahun ini akan terus membawa kebaikan dalam perjalanan family ku. Terima kasih Allah atas segala nikmatmu. Semoga setiap limpahan rezeki dan kesenangan pada stp masalah kami akan menjadikan aku dan suami sentiasa mengingati mu. Segala rahmatmu menjadikan kami merasa diri ini teramat kerdil, tambah2 aku sentiasa pikir 3 amanah yg di kurniakan itu terjaga dengan baik atau tidak? Pastu nak tambah lg sorg ni..yg pasti skg aku rasa bahagia sesangat ada suami yg baik dan anak2 yg comel tu. 

Semoga segala perancangan dan harapan ini diberkati dan tertunai di akhir tahun ini. Aku jugak harap impian dan azam korg semua pun akan termakbul. Jom sama2 menjadikan diri dan family kita antara yg terbaik disisi Allah..aminnn..