07 Januari 2014

2014 : Perancangan dan Harapan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 Alhamdullilah syukur dapat jugak buat n3 pertama utk tahun 2014. Lepas mengharungi pelbagai hal umah tangga yg tak pernah berpenghujung dapat jugak aku terselit kejap di sini. Sekarang dah pun masuk tahun baru, biasa ar stp kali masuk tahun baru aku pun sama gak mcm yg lain meletakkan pelbagai harapan dan impian. Tapi tak perlu  nak war2kan di sini..cukup ar harapan utk blog kesayangan ni adalah nak curi lebih byk masa berblog dan melawat kawan2 maya disini.
 gambar dari instagram rosidahmuhd
  Itu harapan dan sekarang adalah perancangan plak. Mcm2 rancangan aku dgn suami sebenarnya sebab dia adalah penyumbang terbesar dari pelbagai sumber untuk stp perancangan family aku. Untuk tahun 2014 kami sebenarnya merancang nak tambah anak lagi. Hehehe..itu pun perancangan tau dan harapannya nak bb girl..insyallah..semua ini adalah kehendak Allah s.w.t dan kami hanya mampu merancang dan berdoa sahaja. 

 Kadang2 bila aku memikirkan tentang semua ni..aku pikir masa membuatkan kita tetap meneruskan hidup ni dengan pelbagai karenahnya sama yg kita suka atau tak. Tapi takdir tetap memandu kita terus kejalan yg kita tak tahu apa penghujungnya. Kita hanya mampu mengikutnya umpama sebatang jalan yang lurus dan jauh. Kiri dan kanan kita pasti terjumpa sesuatu kita singgah sekejap untuk melihat menilai menikmati dan mempelajari sesuatu. Kemudian kita berada semua di atas jalan yg satu dan perlu berjalan tanpa tahu apa yg ada dihujungnya. Itu yg aku pikir tentang perjalanan hidup family ini antara yg tersurat dan tersirat.
Pic dari pakcik google
  Semoga beberapa hal baik yg terjadi di awal tahun ini akan terus membawa kebaikan dalam perjalanan family ku. Terima kasih Allah atas segala nikmatmu. Semoga setiap limpahan rezeki dan kesenangan pada stp masalah kami akan menjadikan aku dan suami sentiasa mengingati mu. Segala rahmatmu menjadikan kami merasa diri ini teramat kerdil, tambah2 aku sentiasa pikir 3 amanah yg di kurniakan itu terjaga dengan baik atau tidak? Pastu nak tambah lg sorg ni..yg pasti skg aku rasa bahagia sesangat ada suami yg baik dan anak2 yg comel tu. 

Semoga segala perancangan dan harapan ini diberkati dan tertunai di akhir tahun ini. Aku jugak harap impian dan azam korg semua pun akan termakbul. Jom sama2 menjadikan diri dan family kita antara yg terbaik disisi Allah..aminnn..

3 ulasan:

  1. Selamat tahun baru...
    memang tiap kali tahun baru kita akan pasang baru tapi ader gak sambung tahun 2014..tapi tahun ni kita sama nak tambah sorang lagi ..moga tercapai yer...

    BalasPadam
  2. in sha Allah kak c...moga segala2 dipermudahkan Allah taala....

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ros...moga dipermudahkan semuanya...:)

    BalasPadam