10 Januari 2014

Gelagat Tasnim Faris dan Adam di Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Ini adalah minggu ke 2 persekolahan dan aku terpaksa mengadap karenah Tasnim yang memang tak di jangka. Ntah ape sebab pun aku tak tahu tetiba dia buat perangai tak nak sekolah. Sejak bangun tido dia akan cakap "bb tak nak g sekolah pasti Al munir.." pastu menangis terus menangis. Dari mandi, sarapan masuk kete dan sampai kat pintu sekolah. Tudung pun dah tak nak pakai lagi sekarang nie.
 Aku pun tak pasti kenapa dia buat perangai tetiba, sebab time aku hantar ari isnin tu dia tengok ada 2 3 budak menangis2. Dan sorg daripada budak lelaki tu teruk sangat meraung sambil gegar pintu pagar. Time tu aku dapat rasakan yg Tasnim peluk peha aku, mungkin dia takut tengok situasi budak tu kot. Tapi aku mintak dia lepaskan peha aku, dia tak nak terus mintak dukung. Time ni ar drama dah mula, dekat 15 minit jugak pujuk dan pujuk tak jalan.. aku pun keraskan hati tinggal. Dalam perjalanan ke kereta aku dengar suara dia. Tapi tak ar seteruk Faris dulu terus lari kejar aku kuar dari pintu pagar dengan kaki ayam. hehehehe
 
Botol air nie pecah kena baling, kuat betul amukan dia tu. Aku nak tengok berapa hari dia nak macam tu. Tapi aku rasa dia boleh sesuaikan diri sebabnya bila aku datang jemput balik jer aku tengok kemain ok lagi. Siap ada main2 dengan kawan pulak tu ada g membeli jajan kat kedai sebelah lagi.
 Selain mengamuk dia ada jugak buat perangai taknak pakai baju kurung, disebabkan belom dapat baju lagi, aku pun bersengkang mata ar jahitkan baju dia. Esoknya tu dia tak nak pakai, dengan alasan dia tak suka baju nie (be tak tuker ar..) Geramnya anakkkk..sabar jer ar.Pulak tu setipa kali balik sekolah dia mesti bg tahu aku dengan nenek esok tak sekolah sebab cuti..huhahahaha..Tasnim Tasnim..bijak betul otak ko..
 Ini pulak gelagat Faris di sekolah mama papa sibuk carikan korg tempat duduk, uruskan hal korg pasal pendaftaran. Dia selamber jer ambik phone layan game macam takde masalah. Dengan kawan2 pun dia buat dek jer..
 Asyik berkepit dengan papa jer, minta papa bukak game tu game ini..memang takde perasaan nak sekolah ar Faris nie..hehehehehe
 Tasnim masa hari pertama sangat sangat ok. Masuk duduk kat meja diam2 pastu ambik bekal nasi makan buat tak tahu jer..hikhikhik..time ni aku rasa eh ok dia masuk sekolah..Harapan menggunung ar ingat dia kan ok terus. Tapi budak sape jangkakan?..tetiba jer buat perangai. Takpe hari ni baru hari khamis aku target 2 minggu dia kan ok.
Adam plak untuk tahun nie dia masuk darjah 2 dan ada peningkatan kelas, Allhamdullilah..tahun nie dia dilantik menjadi ketua kelas. Dia pun happy dengan tugas baru tu. Aku harapkan bila dia jadi ketua kelas dia kan lebih bertanggungjawab. Dulu time aku mula2 mengandungkan dia Aku memang pikir Nak letak nama Adam Fahmy..Biar dia jadi org pertama dalam senarai kelas dia. Betul jad,i pastu aku latih dia supaya tak takut, cakap dengan suara yg lantang jelas, berani dan penuh dengan semangat. Alhamdullilah semua ok ar..cuma time nak kena cucuk dengan nurse jer dia orang yang pertama, dia meraung kuat giler..hihihi..tu pun kawan dia yg bg tahu aku..hahahaha..

1 ulasan:

  1. alahai tasnem.. hihi..mcm2 ragam.. mmg kna byk sabar sgt..asya pon mcm2 peel..dia nk pegi skolah..tp peel tiap2 pg tu mcm2..

    BalasPadam