02 September 2016

Kehidupan Baru..tolong aminkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kelahiran baby Fatah merubah seluruh kehidupan kami..Fatah lahir hujung tahun 2014 dan sepanjang 2 bulan aku menghabiskan masa berpantang di resort suami. Membawa seluruh family mencari ketenangan dan lari dari tekanan sekeliling, secara tak langsung memulihkan kembali emosi anak2. Cerita tragis yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hidup. Penutup kepada 2014 berakhir dgn sedih dan marah yang teramat sangat. 

Permulaan baru pada 2015 aku hadap dengan tenang dan amat berhati..sebenarnya hanya
Allah yang tahu bertapa tak sabar aku menunggu saat untuk suami membawa kami ke rumah baru. Dan impian itu menjadi nyata pada malam terakhir puasa bulan august. Alhamdullilah.. Inilah impian seorang isteri..ingin memiliki kehidupan sendiri dengan anak2. 


Sekarang dah setahun lebih kami mendapat kehidupan baru..suami adalah org yang paling berusaha keras untuk melengkapkan seluruh kehidupan kami. Kadang2 aku paham perasaan dia adakalanya putus asa adakalanya dia menganggap diri umpama lilin (dia yg cakap). Tapi sebagai isteri aku tak dapat buat ape yang dia nak..hanya satu jer yang mampu aku buat iaitu doa. Aku mmg nak dia bahagia dengan apa yang dia buat, jauhkan dari dugaan yang besar2 dan sentiasa sihat untuk menikmati saat ceria bersama anak2.


Tulisan harini mmg tujukan khas untuk dia..kerana tanpa usaha keras dia kehidupan kami tak sampai kesini. Aku bersyukur kerana kami dijodohkan dan dipilih untuk melalui segala kebahagiaan ini. Alhamdullilah..kepada suami..harap papa akan baca ini..walau marah macam mana pun, penat macam mana pun..jangan sampai pernah membenci. Kami didatangkan dalam kehidupan papa bukan untuk menjadi beban..pikirkan yang sebaliknya. Harap papa akan bahagia seperti yang diinginkan. Aminn..

1 ulasan:

  1. aamin..
    lya doakan smoga semuanya akn btambah baik..walau apa y berlaku... tinggalkan segala knangan tu.. mulakan lgkah baru dgn penuh semnagt(walau x tahu apa y berlaku.. tp apa y berlaku ni msti y serius kan)

    BalasPadam