02 September 2016

Masuk Rumah baru


Assalamualaikum semua

Pada tahun lepas dalam bulan august 2015 aku sekelurga telah mengambil keputusan untuk masuk ke rumah baru. Rumah yang belum siap sepenuhnya segala keperluan tapi di sebabkan terlalu teruja dan tak sabar2 untuk menikmati hidup sendiri. Akhirnya kami melangkah masuk dengan hati yang berbunga..aku org yang paling2 seronok dengan keputusan ini sb ini keputusan paling terbaik yang aku harapkan selama 10 tahun sejak kawen. Dari riak muka anak2 mmg jelas nampak keseronokkan memasing siap berangan nak bilik mcm mana hiasan dan susun atur perabut.

Suami dia jangan cakap la..macam2 idea ade jer dia nak buat untuk rumah ni..dalam tahun tu jugak 2 kali kami g ikea untuk borong segala barang2 rumah. muka kami jugak antara pengunjung tetap mana2 fair barang rumah dan elektrik. Alhamdullilah mmg aku seronok perubahan ni..hidup sendiri atas keputusan sendiri. Tak campur dengan cerita2 org lain dan yang penting segala kita keputusan kita takde campur tangan pihak lain. 

Sejak masuk rumah baru perubahan terbesar yang mungkin Allah dan aturkan untuk family ini..takde lagi aku dan anak2 berpisah dgn suami. Kami hidup macam pasangan yang lain dan tak terpisah lagi sb suami dapat kerja kat darat, dan tempat kerja dekat dengan rumah pulak tu. Alhamdullilah bersyukur sangat2. sekarang dah setahun kami kat sini dan pada bulan 7 yang lepas kami dah dapat kunci rumah no2. Itulah rumah yang kami akan menetap terus. Anak2 mmg aku tak tukarkan sekolah sebab taknak bg perubahan mengejut yang ketara untuk dorg. Cukup la setakat perubahan pindah rumah baru dan menyesuaikan diri di tempat baru. 





Tapi sejak berpindah sini aku rindukan pantai..agaknya jiwa aku mmg sebati dengan pantai kot..sebab tu asyik2 nak kepantai jer. Tapi nasib baik jarak antara rumah kampung dengan pantai agak dekat jugak. ok la ini sahaja dulu kenangan yang boleh aku tuliskan sebagai memory utk tahun lepas. hahahaha!! sebenarnya aku dah jauh ketinggalan. Tapi takpe pelan2 kayuh la org cakap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan