25 Julai 2012

Kisah air pasang dan anak ketam

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua

Alhamdullilah..baru lepas bersahur nie pastu pikir2 aper nak story kat korg semua nie. Dalam nie ada banyak gambar aktiviti family, tp ntah wujud perasaan "eh berkualiti ker n3 aku nanti.." sb ader terbaca dlm satu blog pasal n3 yg bermanfaat dan berilmu utk di sharekan. Erm..tp aku cuma nak abadaikan story2 kat sini utk kenangan buat masa akan datang..pasal bermanfaat atau tak tu berlakang kira kot..hehehe..
 Ok lah tak nak dok berbunyi panjang2..pagi nie aku nak bawak korg semua tgok xtvt aku dan anak2 time kat cherating. Setiap hari kat sana papa bebudak nie pergi kerja jd tinggal aku dgn anak2 jer. Pagi2 mesti aku dok plan aper yg nak buat..jd plan pagi tu nak bawak dorg tgok laut. Jadi kena kuar dari resort ar.
 Pusing punya pusing sambil memikir port mana yg aku nak bwk bebudak nie lepak. Aku terjumpa ar kawasan chalet yg cantik2 nie dan semua mengadap laut lepas. Aku pun bg dorg main pasir kat sini la..nampakkan dgn baju2 tidur aku biarkan dorg.
 Sedang leka melaya dorg main pasir baru aku perasan rupanya sungai kecik depan chalet tu adalah air dari laut. Owh..baru aku perasan yg semalam belaku air pasang. Nampak tak air tu pergi sampai kat kereta yg di parking tepi2 tu.
 Bebudak nie time aku dah perasan tu dorg belom perasan lagi..leka dok main dgn pasir. Boleh dikatakan hantu pasir betul..pernah main pasir sampai tertidur ko klu di biarkan.
 Ha...time nie dorg dah perasan si pompuan kecik tu yg masuk dlm air dulu. Langsung dia tak takut, tp abg2 dia ader geli sikit sb air pasang nie bwk banyak sampah2.
Abang masih geli2 lagi dgn sampah dlm air tu, tgok dia..dah dulu jatuhkan badan dalam air.
 Tengah2 leka main air tu..Adam budak yg tak tahu malu tu selambe dek jer dia g tanya pakcik tu buat aper? rupanya pakcik tu dok belek anak2 ketam yg di tangkap petang smlm. Tu dia mintak kejap ar ketam tu nak tunjuk kat adik faris dia.
 Mama tangkap gambar adam dgn Mr.crab..chesss..hahaha dgn gg tumbuh tak rata..dak minah kat belakang tu makin berani meneroka lebih jauh..
 Ewah ewah...tasnim ala2 nak baring dalam air gitu.. Dak faris pulak meleka nak jd dog yg korek pasir.
 Time nie abg dia suruh dia cuba pegang mr.crab. Dia ckp dgn adik dia nie ar mr.crab dlm spongebob tu.
 Pakcik nie pulak terus diserbu oleh adam dan adik2 yg nak pegang ketam. Tasnim pun nak jugak pegang..tp dia bukan pegang bebaik. Terus jer nak masuk mulut..adoii..
 Tgok dak adam yg tak segan silu tu..asalkan boleh jer. Nak tak nak aku pun kena ar ramah mesra jugak dgn pakcik tu. Dia siap perkenalkan aku kat pakcik tu.."ni ar mama adam.." ish..malu aku..
 Ketam nie pulak memula mmg manja2 gitu..klu kita ketung2 dia boleh nampak dgn jelas bebola mata dia yg tergolek golek tu. Kelakau pun ader..
 Time nie faris dah berani usik ketam tu sikit2.. tp klu salah sikit jer dia sepit tau. Boleh tahan sakit jugak bila aku kena, Patut ar dak tasnim menjerit time pegang ketam kali kedua. Hahahaha!! mesti dia dah kena tu..
Okeh ar setakat ni jer kisah air pasang dan anak ketam...tu video pasal kisah anak ketam main nyorok nyorok..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan