29 Mei 2012

Tak sabar la..


Salam dan selamat pagi semua..

Pagi ni telinga aku didendangkan dgn lagu najwa latif..kosong..kosong..hurm...mmg kosong pun pikiran ni. Sb kat memana pun asyik nampak cherating dan chukai jer...muka abg pun asyik terbayang2 jer. Anak2 pun asyik sebut papa papa jer..

Klu papa korg takde hal dah lama aku terbang dgn anak2 kesana. Tp terpaksa ar kita org tunggu sampai hari khamis ni. Sebelum tu aku kena ar lekakan dorg dgn mainan baru. Bukan pe tak nak dorg bosan dan terasa rindu tu..

Lg satu..tu ari aku de ckp yg de org nak tumpangkan anak tu..semua dah settle skg. Lega sgt2 tp aku kena ar terima kesan terhadap keputusan yg aku buat. Tp takpe janji kami dpt berkumpul 1 family t, walaupun utk beberapa hari.

Ok ar sebenarnya aku takde idea pun nak berceloteh. Aku nak siapkan keperluan anak2..pastu nak mlawat umah2 org yg nak buat kerja kawen minggu ni. Nak say sory sb tak dpt dtg..harap dorg paham la, masalah laki bini tak sebumbung ni. Lg pun asal cuti sekolah je mst ader yg naik pelamin.

Dah byk kekawan punya kerja kawen tak dpt dtg..sory sesgt..saudara pun ader jugak..jd taknak kecikkan hati dorg ni baik aku pergi awal2 tunjukkan muka ni...

posted from Bloggeroid

28 Mei 2012

Mati kutu tau!!

Salam isnin semua...

Hari ni aku terjaga awal sangat..hehehe sebenarnya aku excited nak tgok blog pastu jengah blog kekawan. Dah 3 hari tau aku tak dpt buat pape pun dgn internet ini. Ni semua gara2 benda ni ar..benci betol!!

Dulu time pakai lappy takde pulak dia kuar..tu yg bg aku pelik. Bila dah jd mcm ni mula ar aku call maxis. Operator tu ckp mmg aku tak bokeh excess pape pun sb line slow atau takde langsung. Mmg betul pun fb pun aku boleh baca jer status, pic semua tak kuar. Hanya like jer boleh aku buat..


Rupanya kuota yg aku ambik tu dah habis. Jd aku kena tgu stp 28hb utk dpt axcess tenet mcm biasa. Org tu pulak ckp cara aku pakai ni buatkan limit tu cepat habis. Ha pelik bin ajaib jugak dengar. Pakej yg aku ambik 3GB yg RM68 sebulan tu. Jg aku dah guna lebih dari 3GB tu.


Bila dah sembang2 dgn operator tu, baru ar aku tahu ape yg buatkan limit aku cepat habis. Walaupun aku tak selalu tgok u tube, download music atau game yg berat2. Rupanya de benda lain yg dok bejalan Sendiri dan aku sendiri pun tak perasan. Antaranya..

Ni update ntah ape ntah..rajin betol ar note ni dok mgupdatekan utk aku. Benda yg bukan aku nak pun dan bg aku tak penting pun. Bila jd mcm ni aku kena g buat satu2 utk offkan automatik update ni..adoii..lg byk ar keje aku dah ar dgn anak2 pun tak menang tgn. Nikan pulak dok menelek benda ni...

Pastu yg ni lak..aku perasan kat tepi benda ni selalu ader no kuar. Rupanya no bp msj dr fbook atau email. Adoii rajin sesgt ar note ni..mgkin time beli org tu dah aktifkan semua kot. Aku ni ader rabun IT sikit seingat aku tak pernah aku g dok aktifkan semua2 tu.

Dah lama aku dok sembang2 dgn operator maxis tu. Baru ar aku tahu..pe sebab limit tu cepat habis. Dia ckp u tube paling cepat utk habiskan limit. Tp aku jarang sgt ar bukak u tube.. Dia suruh aku g kat maxis ni utk aku kawal sendiri limit aku pakai stp hari. Aku belom buat lagi pun..hehehe..kenkangan waktu la katakan.

Atau nak senang aku off terus tenet aku mcm ni...lg pun note ni aku tak buat hphone lg. Simcard line masih dlm hset lama. Sb takde masa lg nak g maxis. Dulu time beli ni aku ingat nak sekali jer semua. Itulah hphone itulah gajet..sb tu aku tak pilih ipad atau memana lappy baru. Lg pun aku ni renyah jap dapur, jap kat hall, jap kat bilik..dulu merata aku usung lappy tu. Skg note comel ni memana je aku boleh usung. Tp tak sangka pulak ko tlalu bijak sampai beruk band tu boleh mampus dulu..hahaha..

Takpe ar aku dah belajar dr apa yg jd..aku kena selalu tgok2 kat sini jugak mylunchpad. Utk lbh info dan lg 1 hari ni dah setahun aku pakai plan ni. Jd maxis bg aku 4GB pd harga yg sama jugak RM68. Takpe ar pakai ar dulu 2thn sblm unifi masuk kampung ni. Hehehe..rasa kosong hidup tanpa fbook dan blog..

posted from Bloggeroid

25 Mei 2012

Siri Kenakalan Adam.

Selamat petang semua..

Sementara menanti petang td aku sempat bawak anak2 g window shopping kejap. Sajer nak hilangkan stress dan nak larikan pikiran dr memikir menda2 yg memeningkan kepala. Dah puas pusing2 dak iris pulak nak bf. Cecepat aku carikan tempat ibu dan anak tu.

Tak lama lepas dpt pam kejap terus tertidur ko. Yeay!! Lg senang ar keje mama ko nak merayau kesana sini. Berangan tu..pastu adam mintak ais krim feberet dia. Aku pun layan jer sb ingat hati nak tgok sandal nose.

Tp dgn tak sengaja ader belaku kemalangan sikit dlm ramai2 org tu. Nasib tak melambak ais krim tu kat bb cina dlm stroller td. Tu la adam ni asyik dgn dunia khayalan dia. Semua sekeliling dia dianggap mainan pastu sifat nak tahu tu tinggi pulak. Wat tak reti jer klu kita ckp jangan.

Dulu dia pernah masuk FOS, tahu ape yg dia buat? Menonong jer dia g tutup semua plug kat situ. Pe lagi bgelap ar 1 FOS tu. Dlm gelap tu aku terus dukung dia pastu g tarik tgn papa dia jalan laju2 keluar dr situ. Papa pulak rupanyer tak tahu yg anak dia punya pasal. Terpinga2 tanye knp nak kuar pulak. Aku ckp aku malu sb tu semua keje anak kami. Tergelak2 ar dia..

Ada lain kes jugak. Aku bwk dia nak bayar duit kete. Bila number aku naik aku pun terus g kaunter nak wat bayaran. Tak lama tu aku tgok dia dok tekan no. Bukan main byk ar kertas2 kuar dr mesin tu. Jaga yg selalu ader kat sini pulak dok myembang kat luar. Bagus sgt ar tu.

Dulu kat pejabat pos aku nak bik no jugak. Lepas aku tekan no tetiba mesin off. Nasib kertas no tu sempat kuar. Pastu ader aunty cina cuit bahu aku dr belakang ckp anak aku sudah offkan plug yg bsambung dgn mesin tu. Alamak!! Just say sorry then aku switch on kan blik. Tp number yg kuar start dgn 0000. Pastu aku tpaksa ar buat2 tak reti je kat hati hanya tuhan yg tahu.

Mcm2 ar siri kenakalan adam ni klu nak dikumpulkan byk sgt. Sampai pintu kete toyota tu tcabut pun dah femes nau. G mana pun org akan ckp owh ini dak adam cucu hj yusof tu. Terer nak ko bwk kete sampai pintu tercabut tu..kuang kuang..

Zasss..mama ko catat sbg catatan sejarah utk ko besau t...

posted from Bloggeroid

Ini keputusannya..

Salam jumaat semua...

Pagi ni sangat sejuk sb hujan turun tak henti2 dari awal pagi td. Hujan ni pun mcm tau2 jer aku tgh sedih ni..sejak aku dpt tahu sesuatu terus hati aku rasa sedih marah myampah dan mcm2. Tak tahu dgn sape nak luahkan lg dgn org yg selalu aku mgadu tu. Kami dah dihalang utk berhubung lagi..pelik2 betul manusia yg jumpa kali ni.

Mgkin ade yg dah tahukan aku ade wat planning utk g berjumpa suami cuti sekolah t. Semua dah dirancang dgn baik dan pd aku betul2 teratur sgt. Tetiba ader 2 yg nak ikut so planning btukar atas sb tertentu. Tp alhamdullilah masih tak bg ganguan utk kami lagi. Nak dijdkan cerita bila aku dah bsedia nak bwk 2 org ni. Tetiba ader 1 makhluk tu nak tumpangkan anak dia kat kami.

Ape yg korg akan rasa klu kat tmpat aku? Anak tu umur 15thn lelaki. Kami dah bok hotel yg sesuai dgn bilangan kami ar. Pastu 1st day plan nak g kuala terengganu pastu naik kota bahru stay kat sana smlm. Esok blik cherating dan 2 tu pun akan blik trus naik bus dan aku dgn anak2 stay sampai habis cuti sekolah kat sini.



Permintaan tu bg aku sesuatu yg myusahkan. Lg pun stp kali aku nak g jumpa suami je mst ade yg tumpangkan anak dr dulu ar. Aku bik masa 2jam bg keputusan..nak tahu ape yg aku ckp?? Aku ckp aku TAK NAK. Mesti ar aku kena tanggung akibat. Dan kali ni aku dah wat persediaan mental. Tak nak lembut lagi..tgu dan lihat ptg ni ape akan jd..


Jgn ingat bila suami takde dorg boleh dok pujuk2 aku mcm dulu. Kali ni aku kena pikirkan family aku sendiri dan masa2 berharga kami. Walaupun alasan dia keje kerajaan tak boleh tinggal kursus. Tp aku tgok org lain yg keje kerajaan takde ar kursus sebulan berkali2. Tu semua alasan bg aku..

Ape yg aku harap petang ni dia dpt terima keputusan aku dgn baik. Dan aku pulak dah janji dgn diri aku..demi anak2 dan suami aku takkan lembut hati mcm dulu. Insyallah..klu mak aku tahu ni mampos aku kena tiau kaw kaw punya. Sb hati aku ni cepat cair sgt klu kena pujuk. Pastu merana sorg2...

posted from Bloggeroid

24 Mei 2012

Kete yg ku cayang...

Salam dan selamat sejahtera semua..

Yeay!! Dah khamis..sebenarnya aku sedang menghitung hari. Tak sabar nak tunggu cuti sekolah hehehe...biasa time cuti mcm ni aku akan bawak anak2 jumpa dgn suami. Baru 3 minggu yg lepas jumpa tp rasa mcm dah lama sgt tak jumpa. Smlm faris mengingau lagi bangun cari papa dia..

Ini yg buat aku tak sabar2 lagi nie..ari tu aku dah bawak kete g service awal2. Sb tak nak buat keje last minit takut t terkejar2 pulak. Almaklum ar aku sorg2 kat sini, segan nak mintak tolong sesiapa yg bukan darah daging.

Lagi pun ada beberapa hal yg tak menyenangkan hati dah terjadi..ini pasal service kete ar. Sebab ader sekali tu kete tak leh start time tu baru bis bekpes ko. Dah cuak giler dah ar dgn anak2 yg berlari2 time tu jd kat betul2 kat tepi jalan. Dah ramai dtg tolong rupa2 nyer bateri kering terus.

Pastu ader pulak yg sound direct jer kat aku ckp bodoh g bwk kete service kat service center. Mmg kete ni baru dah aku ikut tempoh yg dorg bg utk service. Bg aku brg mahal dan aku nak jaga dgn baik. Lg pun air bateri adalah salah sendiri sb bila jalan jauh kena ar cek selalu.

Dulu kete toyota tu sampai kena tukar enjin sb takde sape2 pun nak tolong ajar dan tlg tgokkan. Aku ni dibesarkan dlm family yg ader basikal jer bila dah kawen ni baru dpt merasa pegang kete suami. Time tu aku tanyer knp lampu minyak aladdin nyala?? Semua jawab ntah..sampai ar kete tu mampus.

Jd utk taknak jd mcm tu lagi baik aku bwk pada yg pakar. Tak kesah ar bayar mahal pun janji kete ok. Skg ini aku dah byk belajar pasal nak jaga kete. Byk yg aku dah tahu buat sendiri isi air, cek minyak hitam, gasket, isi angin dlm tayar byk jugak ar yg aku tahu. Walaupun benda ni org ckp hal remeh. Tp utk org yg bengong mcm aku ni semua tu tetap penting.

Kat tempat service pun ok jugak suasana selesa, mkn minum ader dan kita nampak kete kita di service dr dlm. Utk org yg ader anak2 mcm aku ni mmg senang ar. Jd biar ar org ckp bodoh dan membazir. Janji aku tahu aper yg aku buat dan dorg tak pernah bersungguh2 nak tolong pun. Hanya pandai bercakap dan buat penilaian atas aper yg jadi..


Itu saja sedikit luahan dr hati ini..kpd yg yg sudi baca..hehehe..sory yer sb takde pape info pun dari sini..sekadar coretan utk dihadikan memory...

posted from Bloggeroid

23 Mei 2012

Worldless Wednesday

Ini adalah gambar2 adam bersama kereta yg dipilih cantik oleh nyer. Pic ni diambil semasa karnival hari belia kat pantai puteri tu ari..ok jom layan..
Zassssss.....











posted from Bloggeroid

22 Mei 2012

Ais Krim Jagung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Pagi ini aku ngah siapkan anak2 utk ke pusat service kete..appointment dlm kul 9.30 mcm tu. Tp sebelum tu aku nak tinggalkan menu feberet aku yg terlalu nostalgia sgt utk aku time bebudak dulu..ais krim malaysia perisa jagung..

Aku buat hari ahad tu ari..bosan2 kat umah pastu anak2 pulak 2 dari dorg dah tidur. Pe lagi aku terus ar godek2 almari tu. Chantek!! Hahaha semua barang ade..boleh ar aku mulakan projek ais krim aku..

Kejap je aku buat tak sampai setengah jam dah siap masak..dpt ar seperiuk kecil ni sb aku nak buat pekat2 sikit dan lemak bkrim gitu.

Semua pakai masuk jer dlm periuk pastu bila dah didih tutup api. Tgu sejuk pastu terus masuk plastik beg. Kebetulan plastik kali ni lebih panjang dari biasa. Jd utk bebudak ni sebatang tu potong 2. Lagi pun bukan boleh makan selalu adam tu semput..kira ni ubat semput dia la..

Ok la setakat sini dulu yer..babai..

posted from Bloggeroid

21 Mei 2012

Roti koktel ayam

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Hai...dah sarapan semua?? Ari isnin no..semua mcm liat jer,enjin pun mcm tak nak dipanaskan. Tp takpe t bila dah jumpa mcm2 kat luar tu mesti aura keceriaan tu muncul...okeh2 seblm aku teruskan kerja umah. Aku tinggalkan sikit sweet story mory kat sini. Zasss...

Hari nye punye story mory mesti ar pasal semalam. Hehehe..kali ni aku bawak pasal makan jer. Story kemarin pasal muffin kejong dan hari ni pulak roti koktel ayam..yg sebenarnyer roti sosej tp takde sosej bantai jer ar koktel tu. Tp ok jugak comel2 jer.

Ini aku buat utk lunch kanak2 ribena ni..kebetulan roti pun dah tinggal 2 keping dan biskut pun tinggal serdak. Okeh mmg jd sangat ar tu.

Nak buat pun tak susah pejam jer dah boleh siap. Ni semua kenangan aku kerja kedai roti dulu la..hehehe..ader jugak faedah. Okeh terus2kan dgn cara2 nyer. 1st bik roti tu buang kulit tepi pastu rollkan dgn gelas atau pape jer yg boleh memenyetkan nyer jd nipis.

Bila dah penyet potong ikut saiz koktel tu dan selimutkan la sosej/koktel tu..senang ckp gulung ar. Dulu kat kedai roti aku tgok mama belah sosej tu jd 2. Ini kita kat umah biar mkn puas2 boh sbijik terus..hahaha..

Pastu masukkan dlm telur dan kemudian golek dlm serbuk roti pastu terus masuk dlm kuali yg ader minyak panas. Goreng kejap jer pastu dah siap utk mkn. Klu ada roti dan sosej lbh aku buat byk2. Pastu simpan dlm peti ais bila2 nak mkn boleh je goreng..jimat masa..

Ok ar taknak melalut panjang penyapu dan mop sedang menanti di luar sana..tatatititutu..

posted from Bloggeroid

20 Mei 2012

Kisah Di Sebalik Muffin

Selamat petang dan selamat berhujung minggu semua...

Petang2 ni aku bawakkan kat korg semua story semalam..kisah nyer mcm ni. Aku mmg dah lama plan nak buat muffin dan barang pun dah dekat 3 bulan beli simpan. Sebab aku tgu waktu yg "sesuai" utk buat. Tp waktu tu tak jugak muncul2..barang2 ni aku beli kat pasar mini depan kg ni. Brand pun mcm tak konfiden je tp sebat jugak sb takde choice...

Di pendek citer ader member ajak lepak umah dia smlm. Tu yg aku jd buat tu..dia pulak nak test oven yg baru di beli..ha!! Mmg cantik sgt la planning kami ni. Setelah memikirkan cara dan idea akhir nyer aku dpt melepaskan diri dari umah..Yes!! Best nyer best nyer..ha kau mmg best pun.

Sebelum ke rumah dia aku ingat nak tambah coklat cip dgn telur. Sb aku hanyer ade coklat button je. Tp??!! Pasar mini tu dah tutup terus..siap kena roboh lg. Sudah nyer aku beli kismis kuning jer.

Pastu kat umah dia..kami pun trus dgn ape yg dirancang. Siap gelak2 kau..suker..aku lg suke sb dpt kuar umah time2 mcm gini. Sambil aku sediakan barang aku suruh dia panaskan oven dulu. Jeng jeng..kat sini la segalanyer bermula..hahaha..

Oven tu tak boleh tekan button power ko..adoii timer semua boleh. Kejap boleh kejap tak boleh..macam di main2kan pulak. Bila dah boleh panas melampau2 pulak sampai berasap asap. Mmg malang dah dtg ar ni.

Sambil dia dok belek2 oven tu aku terus siapkan adunan muffin tu. Ok jugak ar brand kijang ni..sb tak pernah try kan..cepat jer siap sb dah ready made pun menda tu.

Bila dah siap adunan pun oven masih buat hal jugak. Setiap kali bake jer mesti oven berasap2 pastu bahagian dlm keras mcm batu. Pe lagi kami siap tergelak2 ar. Pastu mula ar member aku buat andaian "tu la hang, ni tak jd pasai hang tipu mak hang la ni. Klu hang ckp betoi2 nak mai umah aku mesti jadi tau.." aku pulak ckp " ya kot..dah2 jgn dok pikiaq bukan2..fokus2.."

Hahaha... ini lah muffin yg dah kejong tu..last sekali aku pikir baik kukus jer. Pastu dia pulak ckp umah dia mmg takde tempat kukus..dah tergelak2 lagi..tp nasib rice cooker dia ader tmpat kukus..alhamdullilah..

Ade jugak rezeki anak2 kami ni..muffin yg di kukus ni jd dgn elok dan sangat moist ar..tp semua best sgt. Pastu Dia plan nak buat benda lain lagi utk sabtu minggu depan. Dah aku kena cari alasan lg utk melepaskan diri di waktu sesak cam gini..

posted from Bloggeroid

18 Mei 2012

Siri kenakalan faris

Assalamualaikum...selamat pagi jumaat yer. Pagi ni aku bangun terlewat setengah jam. Gara2 semalam bebudak ni berjaga nak tgok pocong la. Pastu dah terjaga tengah2 mlm mengingau si adik ni. Tak sangka pulak budak paling nakal ni rupanya penakut..faris faris..

Ni aku nak story sikit pasal siri kenakalan dia utk setengah tahun ni. Sebenarnya semua ader buat nakal..tp aku kumpul jer sorg2 punya story. Yg tbaru ni dak faris buat sembunyikan barang, tu mmg hobi dia. Dia suke sorok brg org yg penting atau yg paling org sayang. Terbaru ni dia sorok note aku..ish!! Berposak cari semua org bila tgok aku dah jd hulk time tu. Dia releks je dok main lori. Dah dekat 2 jam mcm tu bila dia tgok aku dok temenung masam mcuka. Baru dia kasi aku dia cakap "mama ni adik dah belikan utk mama.."

Tu ari g bank kebetulan bank ader buat renovation..jd kita kena la ikut signboard dgn arow yg dah dibuat utk ke kaunter yg kita nak. Time tu aku tgah nak bik no..aku terpandang dgn anak mata arow2 tu dia pusingkan arow arah lain. Malas aku nak betulkan sb byk..lantak ar..sory yer semua..hehehe...

Time org tnb dtg tukar meter umah tu ari..dia bukan pandang org tu buat kerja. Aku tgok senyap2 dia bik test pen org tu. Bila aku besarkan bijik mata dgn ketap bibir..pelan2 dia letak balik. Hehehe..gerun ko dik..

Asal masuk kete jer..mesti buat mcm masuk umah. Tanggalkan kasut kat luar pintu. Adoii..jd aku yg selalu nak kena bik selipar dia. Klu aku kalut kejar masa mmg aku lupa. Bila dah sampai memana tgok2 selipar dah takde..malasnya nak patah balik. Tahun ni dah bp kali beli selipar baru.

Klu ade guest dtg sembang2 kat hall tu mesti dia diri kat tembok ni. Biasa ar bebudak nak tunjuk kelaku..jgn ader yg tegur jer mesti mcm2 aksi la yg dia tayang. Nak di jadikan cerita tu ari jatuh kau..tp tak nangis pulak. Sb ader org pandai pulak dia cover.hehehe..padan muka dia..

Kat majlis kawen yg lepas pulak aku ngah layankan bb menetek..alih2 aku tgok dia dah makan coklat kat hantaran tu. Bila aku tgok dia kemain lagi dia senyum simpul cam gini..faris faris..klu nak list kan memang banyak..dah ler yer..nak sambung keje jap..ok babai..

posted from Bloggeroid