Salam dan selamat Sejahtera
Hari nie aku nak sharekan satu resepi yg agak best jugak bg aku..hehehe..sb pe aku ckp best?? sb aku buat kali pertama dan terus jadi tu yg best tu. Resepi nie aku bik dari SINI. Sebijik sejibun aku folow resepi tu dan hasil mmg puas hati. Pastu siap buat lagi sekali g sedakah kat member pulak. Bukan pe sebab pisang masak serentak setandan tu ari. Tu yg tak nak membazir tu..
Time nie adam paling seronok dia cakap pandai ar mama nie..bukan main lagi dia puji aku sb nak makan lebih2. Macam tak kenal dia punya auta tu..Nasib time tengah adun tu adik2 dia tidur jd aku buat secara pantas ar. sb taknak t si pengacau bangun habis semua keje aku. Tapi ralat tul ar sb terlupa lak nak bik gambar time tengah bancuh adunan tu.
Pape pun mmg best sesangat sb buat terus menjadi, lagi satu time nie takde yg kacau..mgkin sb tu jadi kot. Semua bahan2 pun ader termasuk kelapa parut mmg sedap sesangat ar makan panas2.
Jadi untuk tuan punya resepi dgn hormatnye saya meminta izin utk menyimpan resepi ini kat sini pulak yer
APAM PISANG COKLAT URAI
5 biji pisang emas ~ kalau pisang besar dlm 3 biji
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh esen pisang
secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 cawan gula perang
2 biji telur ~ gred A
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh ovelate
3 sudu besar coklat urai
Pertama sekali panaskan kukusan
Lenyek pisang hinga halus, kemudian tambahkan esen pisang dan soda bikarbonat ~ ketepikan
Dalam bekas lain satukan tepung gandum, garam dan baking powder.
Kemudian ayak ~ ketepikan
Dalam bekas lain, pukul telur, ovelate, gula perang dan minyak
Pukul adunan sehingga pekat dan berkerim
Kemudian masukkan adunan pisang yg di lenyek tadi.
Kacau sebati
Kemudian masukkan adunan tepung dan gaul rata
Akhir sekali masukkan coklat urai, dan gaul sempurna
Tuangkan adunan ke dalam acuan atau loyang
Kukus adunan selama 20 ~ 25 minit jika menggunakan acuan kecil dan 45 minit jika menggunakan loyang
Keluarkan apam dari acuan setelah masak.
Bolehlah di makan bersama kelapa parut yang di gaulkan dengan sedikit garam
Enak juga di makan begitu sahaja
wah sedapnya
BalasPadamhehehe..
BalasPadam