16 Ogos 2012

Salam Aidilfitri untuk semua

Assalamualaikum

Di kesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya buat semua rakan2 blogger yg sudi singgah dan yg ikhlas jugak menfollow saya. Walaupun kita kenal di alam maya ini tapi anda semua amat bermakna untuk saya..semoga kita semua bergembira di hari raya ini bersama insan2 tersayang. Mohon maaf jika ader yg terguris hati dgn setiap komen2 yg saya tinggalkan..saya jugak insan biasa yg tak lari dari melakukan kesilapan.

Sayang korang semua...

Dari : syi/syidah,khairul, adam, faris dan iris

15 Ogos 2012

WW : Ketupat Periuk Kera

Assalamualaikum dan selamat menyambut syawal

 Ha..kenal tak ape nama makanan nie?..ini adalah ketupat periuk kera. Ketupat pulut yer..dan dmasak didalam daun pokok periuk kera. Hari nie takde worldless2 yer sb aku teruja nak cakap pasal makanan yg unik nie.  Ini adalah kali kedua aku makanan ketupat nie.
 Ketupat nie takde kat sebarangan tempat tapi kat masjid tanah boleh dikatakan setiap bazar ramadhan dia mmg ader ketupat nie. Nampak tak dua jenis rendang tu?, satu rendang itik dan satu rendang daging. Itik mmg famous kat masjid tanah nie, time nak raya harga itik memang melambong naik. Pastu kedai proses itik mmg full ar petang sebelum raya nie kat sana. Proses itik tak sama dgn mesin proses ayam sebab bulu itik lagi kasar dari bulu ayam.
Malam tu aku bg anak2 makan dulu ketupat nie, memasing makan bersuap2 ar. Bila dah habis aku cakap dengan adam yg nama makanan nie ketupat periuk kera. Pastu boleh dia cakap knp ambik periuk kera nak masak ketupat mama?..kera tu tak marah ke kita ambik periuk dia mama?..soklan dia nie buatkan aku nak pecah perut gelak. Adam sorg budak yg kuat berimaginasi klu dilayan sampai pagi pun tak boleh habis.


Teruja berbenor ar..sory saya org kedah..mmg tak tahu..ntah2 org lain dah lama tahu makanan nie..

14 Ogos 2012

Kisah Bermain bunga api yg tak seberapa

Assalamualaikum dan selamat menyambut syawal semua

Salah satu xtvy yg muncul bulan2 posa nie ialah main bunga api. Ni adam yg mintak bila dia tgok cerita upin ipin tu. Siap cakap lagi mama bila rumah kita nak pasang pelita mcm tu?..Aku pulak jenis yg cepat touching sikit, bukan ape sebab kesian dorg takde papa selalu. Setiap malam jer mesti aku kena jawab soklan yg sama. Bila papa nak balik mama?
 Jadi bulan puasa nie soklan tu jarang2 ditanya sebab memasing leka dengan main bunga api. Lepas sembahyang maghrib jer. Aku bawakkan dorg main bunga api. Nampak tak bukan main besar lagi api pelita mak ko..hehehehe..kekok aku nak pasang sumbu tu tau..
 Time nak pacak pun satu cabaran jugak bagi aku sebab tanah kat umah nie berbatu2. Jadi perlukan kekuatan lelaki nak benamkan buluh pelita tu. Tapi kat umah nie tinggal ayah mertua jer, dia mmg tak kasi main jadi boo layan ar nak tolong kami.
 Iris paling berani, sampai api pun dia g pegang pakai tangan..terbalik pulak dgn faris yg takut2 nak pegang bunga api tu .
 Time ni dia hanya bakar kayu jer sebab takde percikan api yg kuar.
 Adam yg banyak tolong aku jaga adik2..
 Time ni belom start main bunga api lagi sebab aku nak tunggu api pelita tu kecik dulu. Punya ar besar sangat tak sampai pukul 10 api dah padam.
 Bila dah berani mula ar yg bukan2 dibakarnya..yg nie mmg aku tak suka la sampai selipar pun dia nak bakar jugak.

Bila dah kena marah pastu bunga api pun dah habis nak di bakar lagi..termenung ar tiga beradik nie kat depan umah.
Bila masuk dalam umah mula ar mintak "candu" sorg satu..

Ok dah..itu jer story yg tak berapa nak mory mory.. gambar2 pun tak cantik sb aku tak pandai nak bik gambar waktu malam. Lagi pun bukan pakai camera pakai note jer.
t.kasih sudi datang dan membaca..hehehehe
babai..

12 Ogos 2012

Cerita Persiapan Raya Kami

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..Ahad terakhir ramadhan..

Bila di ingat2 balik sepanjang bulan puasa nie aku adalah org yg menyediakan persiapan raya last minit. Ni semua di sebabkan beberapa masalah suami berkaitan kerja. Baju untuk jalan raya pun semua start beli awal pertama puasa..tu pun dia cabut lari dari opis. Kira ambik tindakan nekad dan berani mati jer, kalau tak mungkin sampai raya kami tak merasa bersahur dan berbuka bersama.
Ni baju raya jalan anak2 yg sempat aku dgn abg belikan time puasa yg pertama. Baju jer tu belom lengkap
lagi untuk anak2 lelaki sampai hari nie.Seluar jeans takde..

Duit raya pulak dah siap sedia dah ditukar dalam minggu kedua puasa, jadi merasa ar anak2 buah duit baru..semoga melimpah ruah reeki pakteh korg yer..

Ini pulak hasil shoping semalam..pikir dah tak boleh tunggu somi balik lagi dah. Takut last minit saiz takde atau masalah lain pulak yg muncul. Taraa!!..pilih satu butik yg ader utk semua org punya saiz dan warna. Pe lagi kredit kad ar jawab nyer..Itu ar cabaran hantar notis berhenti kerja dekat2 raya..gaji kena hold dulu.
Tergugat iman adam kejap..sebab butik tu sebelah kedai roti..sian dia. Tapi dia tetap kuatkan hati..hehehe..bangga mama tau..
Sampul duit raya tahun ni, 3 jenis dpt percuma dan lagi 2 tu beli tambah..suker tgok sampul2 duit raya sekarang sb cantik2 sgt.
Baju kat situ mmg harga dia boleh tahan ar..tapi kosong bahagian depan dada. Kan fesyen2 sekarang lip lap depan baju mana boleh kita ketinggalan dik..hehehe..itulah hasil kretiviti mama.
Berbanding dengan sebelum ni tak ceria langsung baju tu. Warna tema sebenarnya nak turquis tapi takde kat situ. Sudahnya purple la jd tema warna kami tahun ni. betul2 tak sangkakan..
Pas dah habis beli baju aku jejalan tgok2 gerai kat luat tesco tu. Pastu mata nie tertarik dgn baju kurung budak nie. Cantik tu polka dot lagi sekali tanya harga dia RM85..wah kurang RM10 hinggit dari baju iris yg tadi. Padahal kain cotton jer dan ikutkan kalau aku diberikan kebenaran untuk gunakan mesin jahit dgn sewenang2 nya. Mungkin baju anak2 aku jahit sendiri kot..huhuhuhu
Pastu ader singgah anakku untuk beli puting..Aku betul2 minat dgn seluar pendek nie. Iris belom ader seluar pendek cute2 mcm nie lagi. Aku nak belikan dia seluar nie..tapi ader pulak yg tak setuju iris pakai seluar. tak kira t mesti dapatkan jugak..wink!! wink!!
Iris de tambah lagi baju kat anakku tadi untuk baju2 abg tak sesuai sb dorg dah besar2 anakku dah tak sesuai lagi dah. Tapi aku janji dgn adam dan faris bila papa balik lg 2 hari nak raya tu kami akan dptkan seluar baru utk dorg.
Last sekali aku nak anak2 merasa suasana raya di kampung..tak guna klu tinggal kampung tapi tak menikmatinya. Tahun lepas aku anak beranak ada di kota damansara dan kami tak berpeluang merasa suasana mcm nie. Masa tu baru terpikir baik la tinggal kat kampung anak2 pun bebas nak bermain depan rumah. Hehehe..dulu adam main pop pop depan umah flat tu..





11 Ogos 2012

Cucur Roti Gardenia

Asalammualaikum dan selamat berpuasa.

Pejam celik pejam celik dah nak menghampiri hujung ramadhan..rasa mcm sayu ar pulak..ok tak nak melalut yg bukan2. Hari nie saya nak kongsi resepi yg di ambil dari member blog Afasz iaitu cucur roti. Sepanjang bulan puasa ni mmg aku akan sediakan bekpes utk 2 org budak yg tak puasa tu. Kebetulan dah kering idea nak buat ape. Tu yg teringat pernah baca resepi cam gini kat sana

Bahan pun simple aku cuma bik 4 keping roti gardenia yg ader pastu potong2 dadu, Pastu letakkan ikan bilis yg siap aku tumbuk dgn bawang sikit. Kira aku de ubah suai sikit ikut selera bebudak nie la pastu tabur garam sikit. Nasib de sebijik telur ayam dalam peti ais..tu la lain kali nak buat pape kena cek dulu. Bahan cukup atau tak,...hehehe
Bila dah siap ingat tak dapat permintaan, tapi rupa nya tak cukup pulak. Ala tak boleh wat lagi sebab telur dah habis dik oiii..

10 Ogos 2012

Kentang Tu Kentut

Assalamualaikum dan selamat bersahur semua.

Hari nie aku kejutkan Adam untuk sahur, tapi dia tak nak sebab masih mengantuk lagi. Semua sebab cerita Waris tu ar, kami semua minta dengan ceritu tu. Daripada kekasih ku seru sampai yg sekarang belom pernah mis lagi. Okeh berbalik pada story adam td. Rupanya dak faris pulak yg tersedar time aku kejutkan adam.
Last dia yg ofer diri nak sahur..ok jom adik kita makan.Time makan tu aku tengok ader cebisan kentang yg dia letak di luar pinggan. Aku tanya kenapa letak situ?..dia cakap sebab kentang tu busuk mama..Pastu aku cakap mana adik tahu dia busuk?
Tahu pe dia jawab?..Yer mama..tadi dia ketut..
Pe lagi tergelak besar ar aku..adik..adik.. de jer story.

09 Ogos 2012

Fenomena berbola pasir

Assalamualaikum Dan selamat berpuasa.

Hari nie datang mood rajin nak story mory kat korg pasal sambungan dari kisah ketam yg LEPAS. Menurut pakcih tu dorg tangkap ketam waktu petang time air laut surut. Jadi time nak tunggu suami balik kerja aku pun bawak anak2 g main pasir kat sana. Serious cakap pantai cherating mmg cantik sangat dgn air yg menghijau, tapi korg tgok time nie air mmg surut habis ar.

Faris agak tercengang sikit sebab sebelom nie tempat yg sana dia pergi ada air dan sekarang air dah takde.
Nampakkan sangat jauh air surut, time nie mmg air tengah disedut habis ar..aku dapat tgok perubahan sedikit2 air tu pergi dari kaki kami. tu adam yg jauh berlari ke sana.
Akibat tak larat nak kejar gigi air yg semakin jauh pergi, last sekali bukak tikar dan letak ar kat situ sambil melayan dorg memain pasir. Faris tak lari dari dia punya lori tu.
Aku pulak sempat posing kejap dan camera man saper lagi klu bukan adam. hehehehe..nasib gambar ni cantik, klu tak bergegar2 jer image dia.
Dalam pada aku dok leka tgok anak2 korek faris kat kaki aku, baru aku perasan YA ALLAH..knp pasir nie bulat2 mcm bebola?..aku tenung betul2 yer mmg bulat. Pastu aku panggil adam suruh tengok dia ckp yer ar mama pasir nie..memang pasir..Tapi saper yg buat?? Dah datang persoalan mcm2 dlm kepala aku. Adam ckp "ntah2 alien kot mama.."
Dalam dok kompius tu aku tekan bebola pasir dgn tapak tangan aku..sah dia lembut jugak macam pasir..nampakkan kesan aku tekan tu?..sekali adam jerit kuat "MAMA!! TENGOK SEKELILING KITA!!..WAH!! bukan kat kaki aku jer tapi semua sekeliling kami..tempat2 gigi pantai tadi jadi macam nie
Nampak tak kesan tanyar jip yg lalu..rupanya klu kita pandang jauh..bebola nie bergerak2 tau. Tapi klu kita pergi automatik berbola nie berhenti bergerak. Pastu aku suruh adam g jaga adik2. Sb dah dtg aku punya penasaran tu..hehehe..tahu pe aku buat??. Aku stay kat suatu tempat tu lelama nak tgok knp bebola tu berjalan sendiri?.. pastu aku diam dlm berapa minit tu. baru ar aku nampak bebola tu tak jalan sendiri sebab ade menda yg dok golek2kan dia. Tahu tak ape??..rupanya2 ketam. Berbagai2 saiz. Kalau berbola besar besar ar saiz ketam tu..
Nampak tak sepanjang gg pantai nie perubahan bentuk pasir dia?..tu semua berbola ketam ar. Patut pakcik semalam ckp dorg senang tangkap ketam time mcm nie. Baru aku paham lubang bulat sekeliling berbola tu adalah tempat ketam tinggal. Sebab tu time org datang tgok dia dok tolak berbola tu dia hilang, rupanya dia nyorok dalam lubang tu ar. kalau nak jelas lagi boleh tgok DI SINI. sebab dia ada explainkan knp ketam buat macam nie. Pastu baru aku terpikir, klu mcm nie caranya mudah ar aku ajak anak2 tangkap ketam. Dah korg semua jangan main pasir jom kita rasa pengalaman tangkap ketam pulak.
Caranya mcm nie, aku cakap dgn adam kita pilih ketam yg besar2 dgn tgok saiz berbola dia dan lubang dia. Pastu bila dia lari kita kaup pasir bahagian lubang tu. Dalam tu mesti dah adam ketam. Dan teknik nie mmg berjaya. Banyak ketam yg aku dapat.. Melompat2 tau dah rasa balik ke zaman kanak2 balik. Aku leka dgn semua tu tak ingat ape2 lagi dah..bila aku pandang tgok2 aku sorg jer yg excited tangkap ketam.

Dorg tiga beradik dah masuk dalam lopak air yg tinggal..Dak iris siap bukak baju lagi..punya ar aku tak perasan ko. Adoii..sekejap jer aku di alam fantasi tadi..bila sedar balik aku dah jadi mama kat 3 org budak kecik nie. Bestnyer jadi bebudak..huhuhuu..
Taklama pastu papa pun balik kerja, dia call bila tgok kami takde kat resort. Punya ar best sampai aku lupa kat dia kejap. Last sekali akibat tak dapat masuk bilik..hehehe..dia yg datang kat kita org di sini.
Terkejut dia tgok anak dara dia seksi giler macam tu..hehehe..dgn tak takut air lagi. Berbola ketam tu di pijak2 jer takde geli2 punya. aku lak yg risau kot2 ketam2 tu sepit kaki dia. Tapi tak ketam semua lari bila raksasa chomel nie datang.
Sempat bergambar lagi tu
Biasa..mama papa pun nak jugak abadikan kenangan di sini..gambar sewaktu senja di cherating. Ok dah kat sini dulu kita stop. Next story pasal ketam nie akan bersambung lagi..zassss!!!!

07 Ogos 2012

Worldless Wednesday

Assalamualaikum dan selamat berpuasa hari ke 19 ramadhan

Untuk sesiapa yg pakai cermin mata mesti kenal dengan kain nie. Kalau nak sayer boleh kasi jadi jangan malu jangan segan silalah bagi detail korg kat masej facebook sayer yer.

Memory D sebalik Pemborong Mainan Kanak2

Assalamualaikum Dan selamat bersahur utk 18 ramadhan

Malam nie tak boleh tidur pulak..jadi pergi blog sana blog sini pastu balik blog sendiri nak godek2 lagi takut pulak. T hilang lagi gambar2 mcm tu hari...huhuhu..sampai skg header tak boleh masuk gambar. Ish pening kepala pikir.

Ok stop..kali nie nak bawak korg semua g melawat kedai pemborong kanak2 pulak. N3 lepas bawak korg g kedai pokok bungakan. Jagi kali nie utk yg beranak kecik mesti teruja nak belikan anak2 mainan. hehehehe..sebenarnya aku pun minat mainan ar.

Setiap kali cik abang balik dia mesti belikan mainan utk anak2, biasa beli kat shoping tapi kali nie aku ajak g kat pemborong mainan pulak. Lagi banyak pilihan dengan harga borong. Dekat melaka nie banyak pemborong mainan. Tapi aku biasa yg dekat melaka raya nie jer.
Sambil2 layan gambar aku nak tinggalkan memory aku time kecik2 dulu. Time aku umur 18 tahun aku selalu ikut arwah abah tiri ke kedai pemborong mainan kat lunas. abah akan beli banyak sangat mainan sebab kami akan jual kat pasar malam sekitar penang. Dulu aku yg akan bukak set lego utk disusun sebijik macam dalam gambar dah kami display depan lambakkan mainan yg kami jual. Setiap org mesti nak beli yg aku display sb dorg takut tak sama apa yg di dalam kotak.
Bila ingat balik semua tu baru aku terpikir yg aku pernah jadi perniaga pasar malam jugak.hahahaha..Bila apa yg kami jual cepat habis arwah akan belikan makanan dgn untung yg dapat malam tu. Time tu ar mintak aper pun semua dapat. Pastu dapat upah tolong lagi..enjoy beli baju seluar tak hingat nak simpan pun.
Tengok anak2 pulak dorg lebih beruntung sesangat, jauh benar suasana hidup dorg dgn aku. Semoga semua ini kekal, tak nak nasib dorg mcm aku. Hidup susah takde ayah kandung nak apa pun mesti tak boleh dapat dengan mudah. Aku start keje kilang seawal umur 15 tahun, bus kilang datang bik depan sekolah tu. Bila jabatan buruh datang cek kami yg tak cukup umur disembunyikan dgn leader dan QC. hahahaha..tak sangka betul kalau dipikir2kan.
Bila aku duduk sorg2 macam nie baru aku pikir..takpe ar suami takde sebab kerja jauh. Tak macam mak aku, ayah meninggal semua kena buat sendiri, anak2 pun terikut susah. Aku memang bersyukur sesangat sb dari mula aku dah berdikari. Tak macam org dulu2 semua diserahkan 100% pada suami. bila suami takde sampai de kes nak bayar bil api air pun tak tahu. (Mak nasib kita memang tak sama..tapi semangat tu yg aku pegang sampai sekarang)

Ok taknak melalut panjang2, ini semua memory utk anak2 nanti..yg mama tahu korg memang bertuah dan dunia kita teramatla berbeza..

Pencarian Blogger Aktif #2 Oleh Mialiana.com

Pencarian Blogger Aktif #2
Pencarian Blogger Aktif #2 oleh Mialiana.com
5/8/2012 hingga 12/8/2012

Dengan segala hormatnya sayer menceburkan diri untuk join segmen nie. Nak tahu jugakkan aktif sangat ker?..hehehehe
Kalau korg nak try jom ar kita ke Sini.

Syaratnyer mudah dan simple jer, tapi...hehehe saya tak ikut syarat sepenuhnyer..huhuhu..nak kena buat shoutbox. Nak kena belajar nie.
ok lah, ketepikan dulu..yg penting nak support member dulu..Zassss!!!

05 Ogos 2012

Melawat Nursery Plant

Assalamualaikum dan selamat bersahur untuk hari ke 17 ramadhan.

Hari nie aku nak bawak korg jejalan kat kedai semaian atau nursery Bong kat jalan lendu dan nursery Lee kat jalan bukit gedung. Kalau kat sungai buluh bukan main banyak lagi kedai2 nie sepanjang jalan. Rambang mata giler tgok pokok bunga yg cantik2 dan pelik2.
 
Asalnya aku dan kemas bahagian depan umah..pastu aku teringat member ader cakap pasal pokok halau nyamuk kat SINI. Jadi aku pikir baik aku letak pokok tu dalam umah (bahagian hall). Aku mmg suka letak dalam umah sampai bilik tidur pun aku letak pokok keladi yg daun love2 tu. Dulu ar kat umah sewa, nie kat umah mak mertua ada mampus kena tiau kalau aku buat..hehehehehe

Tapi aku tak jumpa pokok tu di melaka nie, jadi jom ar layan gambar2 yg ada dan story mory di sebalik gambar. Nak tahu pokok Faris petik kat atas nie bukan main mahal lagi. Tapi cantik namanya pulak aku lupa ar. Dia kira harga setingkat RM80 Kalau nak beli yg 3 tingkat mau dekat RM300..adoii terus mati niat aku. Patut ar pokok nie jumpa kat umah org2 kaya jer..hehehehe..
Mak mertua aku beli pokok nie sebab murah RM4 satu, pastu senang nak jaga dan paling penting berbunga setiap hari. Dulu menyesal beli putih sebab bila proses pendebungaan habis bercampur2 warna jadi nya. Kerja lebah dan rerama kat depan umah. Dak tasnim tu nak bergambar sampai jatuh terduduk, nasib tak terduduk atas pokok klu tak mama yg kena bayar tau.
Aku pulak plan nak beli pokok imau kasturi, sebab kat umah nie susah sangat jumpa limau dalam peti ais. Aku pulak suka cuci ikan dgn limau tu, tapi kalau beli buat cuci ikan nampak macam tak berbaloi2 pulak. Baik aku tanam jer. Tapi mak aku cakap tangan aku panas tanam apa pun semua mampoih...betul ke statement mak aku nie??
Pokok ni menarik perhatian aku tau sebab daun dia macam origami pulak, bila layu dia akan lipat2. Kaler pun cantik purple gitu. Tapi ko bukan pokok dalam pilihan aku, sebab aku hanya cari pokok kecik2 comel2 jer utk dalam bilik atau ruang depan.
Ha..inilah pokok limau aku yg dah siap tanam belakang umah. Murah jugak sepasu RM4. Dan kita tgok pokok ni akan hidup atau tak? tungguuu..
Owh lupa pulak..ini la pokok2 yg kami beli..aku pokok limau yg lain mak mertua ku. Apa yg aku nak share ini, cuba korng tgok pokok jejarum tu. Mmg pokok2 paten lama kan, tapi cer tgok daun dia tu fesyen baru keringting2 lagi. Kalau lama punya daun dia lurus jer kan.
Nampak tak pokok pegaga air belakang tasnim tu, Dulu aku siap beli pastu kaca yg lut sinar tu lagi pastu letak dia dalam tu. Setiap Dua tiga hari aku tukar air tau..Pastu aku tgok mcm layu jer sb seminggu tu asyik ujan jer. Bila datang panas aku letak luar sekejap utk dia dapatkan cahaya. Tak sampai sejam aku tgok dah hilang ko. Kisah lama time kat opis dulu ar ingat de penyamun pokok tapi kat kg pun ader jugak. sama jugak pokok nie jugak yg hilang. Kalau pasu murah tak kesah tp aku letak dalam gelas kaca tu yg ralat tu.
Banyak pokok2 yg cantik yg lama tapi dah di barukan pun ada jugak. Ingat baju jer ke yg de fesyen2 pokok pun tak ketinggalan tau. Hehehehe..agaknya aku sorg je kot yg jakun. Maklum ar jarang aku pergi tempat2 mcm gini sejak dah beranak pinak nie. Dulu kerja mmg rajin merayau..
Ha..ini pulak pokok yg aku minat..kecik jer pasu2 nie dalam segengam macam tu. Pokok nie sesuai utk ruang depan umah aku. Dulu de member aku g umah dia tgok mak dia letak kat singki dapur pun cantik. Sb umah paten sekarang tp klu umah kampung ko tak payah imaginekan ar. Memang tak kena langsung.
Pokok ni pun jenis yg kecik2 chomel. Tapi aku tak tahu nama ape? bila tanyer jer org tu siap kena tgok buku note dia. Kesian pulak aku tgok baik tak payah suruh sb dorg yg jual nie tak ingat nama2 saintifik pokok2 nie. Tapi nama panggilan kampung ingat dan tahu la..Bila de member pergi handmade craff party, Aku perasan pokok nie dorg tanam dalam teko Ya Allah punya ar chomel. Cuba korg tgok SINI chomel kan?
Ini pulak kaktus yg kecik2 tapi tak masuk dalam senarai pemilihan aku..sebab bila beli cantik dah lama2 tak cantik jadinya. Okeh ar tu jer ar story mory aku pasal nursery plant shop Bong dgn Lee yg aku pergi.