04 September 2012

Story Raya Di Kampung

Assalamualaikum semua.. 
Hari nie bangun jer tido semua nya normal kembali, hampir 2 minggu bangun tido tgok suami ader kat sebelah. Hari nie sedar pukul 4 tadi tgok ader dak faris kat sebelah. Baru perasan dah habis masa2 berkepit, ok ar 2 minggu dia der dgn kami kira satu tempoh masa yg paling panjang tu. start hari nie semua normal kembali. cuma faris jer yg tak dapat terima papa dia dah tak da dgn kami. Asyik2 merengek minta  papa. Tapi takpe t dia akan biasa balik tu.. insyallah..

 Ok lah hari nie nak n3 kan pasal raya aku di kampung sendiri iaitu di kampung sungai limau, lunas kedah. Sepanjang kawen tahun nie mencatat rekod sendiri tau, raya selama 6 hari kat sana kira rekod paling panjang aku ader kat kampung. Gambar kat atas nie dalam perjalanan balik kampung time nie berhenti mkn kat tapah. Kami gerak balik dr melaka raya ke 2 petang.
Sampai umah mak dalam pukul 1 pagi mcm tu, perjalanan ok tak jem cuma kenderaan banyak sb tu kami bik masa hampir 9 jam untuk sampai. Bila bangun pagi dak faris tgok suasana lain mcm, dia paling becok jd mcm2 soklan ar kuar dr mulut tu. Time de dia dgn papa kat belakkang umah baru lepas tgok ayam kat reban mak tok. Bebudak nie suka sangat sampai nak bik gambar pun tak boleh sb lincah sangat gambar pun jadi tak cantik.
 Di perkenalkan ini lah mak saya. Time nie kami beraya kat umah mak saudara. Family aku kat kampung nie sikit2 jer bilangan ahli dia . Macam aku nie sorg jer adik beradik sedarah sedaging. mak saudara pulak paling ramai pun 5 org jer..hehehe..pulak tu semua tinggal dekat2 jer. jadi senang nak ulang alik kesana sini. Aku jer yg terpelanting jauh sampai ke melaka tu.
 Bila kat kamoung aku suka tgok pokok2 buah atau sayur2 kat sana, sb dorg suka tanam sendiri. Org sibuk dgn kuih raya aku pulak sibuk dgn menda2 nie. Bukan apa kat sini susah nak dapat buah2 nie.
 Belimbing buluh punya ar banyak, sampai bergayut2 kat dahan pokok dia, tapi aku tak ada time petik nie. Mak yg tolong petikkan.Takde ar gambar yer..
Ini pulak ader story lawak ar pulak..budak nie punya ar excited kat sana sb di benarkan main2 kat luar umah. Klu kat sini jangan harap ar..hanya hari minggu jer dapat main kat luar umah tu pun depan hall jer. dia nampak kekawan kat sana panjat pokok rambutan nie, jadi dia pun cuba nasib ar. tinggi jugak la di panjat tu.
 
 Tetiba time nak turun tu rupanya dia tak tahu, punya ar menjerit2 mintak tolong. Takde ar mama dia nie nak tolongkan. Sebab aku dah ayu2 berbaju kurung tak pasal2 memanjat pokok pulak. Jadi mintak ar tolong papa yg panjatkan, papa pulak bukan kampung boy sangat zaman kanak2 dia pun lebih kurang mcm zaman anak2 dia jugak. Jarang dapat explore kampung sendiri jd nie pun jadi cabaran utk dia jugak, hehehe..sesi memanjat pokok utk selamatkan anak sendiri..hahahaha
 Ini pulak biskut2 raya kat umah mak ndak...org kedah panggil biskut dahlia tau bunga cina tu biskut semprit tau. Sebab tu bila aku post gambar biskut semprit org melaka, de kawan2 dr kedah cakap knp biskut semprit dia bentuk tu?..hehehe..tu la kan klu kita jauh merantau luas pengetahuan..
 Kat kampung nie seluruh kulin nie sampai penang la..memana pergi jer mesti jumpa dgn makanan peberet dorg. hehehehe..peberet aku jugak la laksa. Klu tak jumpa laksa pun mesti jumpa bihun sup utara atau mee kuah. Mesti punya ar..dari raya pertama sampai la bila2 pun time hari minggu pun org sana mmg akan buat laksa utk di makan.

Tu yang best nyer klu balik kampung nie, secara tak langsung dlm 2 minggu jer berat badan aku terus naik 2 kilo lepas raya. Time puasa berat 47 kilo minggu lepas timbang kat klinik jd 49 kilo. hehehe..Dahsyat tul penangan makan di kampung sendiri..

6 ulasan:

  1. meriahnya raya, hehe standard lah tu raya naik berat

    saya pun panggil samperit, ada mcm2 nama kan kuih tu

    BalasPadam
  2. alahai sian plak bace abg azwan dah takde .....ye la kak, 2 minggu budak2 ni berkepit tup2 dah takde...tapi takpe bak kata akak, lame2 biase la tu....

    tu laa mmg meriah kak....seronok dpt raye kat kampung sendiri lame2kan kak....bile lagi, time ni laaa...abg azwan cuti, budak2pun cuti sekolah...so dpt enjoy abiskan cuti kat kedah......

    tu laa kat sane wajib ade laksa kan kak...tingin tol nak rase laksa pior dari org kedah...mesti lain rasenye.....

    BalasPadam
  3. owh..lya ingt awk mmg org melaka..kiranya menetap la di melaka ye... org kedah rupanya... seronok la budak2 ni kat kampung..leh main sebeasnya..byk xtvt best2 kan.. eeeii..takut lak lya tgk pic pnjat pokok tu..beraninyer dia...

    aduyai.. moga faris baik2 saje lps ni ye..biasalah..bila dh lama dgn papa dia..tba2 xde..msti tercari-cari kan..

    BalasPadam
  4. apa nama buah2 yang gambar ats(gambar ats belimbing buluh tu),yg saya tahu buah cermai,lagi 2 tu tak tahu.hee.buah delima ke.eh ke salah

    BalasPadam
  5. apa nama buah warna merah tu?

    BalasPadam
  6. Bestnya panjat pokok....... Lama dh x panjat pokok!

    BalasPadam