28 September 2012

Hari Terakhir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Hari nie adalah hari terakhir kami kat hotel nie, rasa mcm eh! dah jumaat..kejap lagi pukul 12 check out. Mana aku nak bawak anak2 pergi pun belom tahu lg? sebab papa dorg nie habis keje pukul 5 petang. Ada berapa jam lagi masa nak tunggu dia balik.
 Sekarang aku dah siap2 kemas dah..cuma tunggu anak2 semua bangun jer pastu baru siapkan dorg pulak. Tapi sebelum tu utk story mory hari nie, dah mcm tak best dah xtvt aku kat sini. Tengahari semalam g makan kat sungai wang. Pastu petang pulak lepak kat kolam mandi, itu jer keje aku dgn anak2 semalam. Sampai Adam pun dah jumpa kawan baru, bercakap pun mcm ayam dgn itikla. Nasib masing2 byk sabar dan bertoleransi, jadi dapatla main sesama sampai nak masuk maghrib. Tapi bila nak berpisah bukan main lama lg nak say good bye..hehehe..
 Malam pulak suami nak ajak makan nasi, maklum la sejak datang sini dari hari ahad sampai hari khamis sebijik nasi pun belom masuk perut dia. Aku ok jer klu sebulan tak mkn nasi, tapi kesian pulak kat anak2 dgn papa dorg nie. Last sekali ambik keputusan nak mkn nasi lemak kampung baru.
 Tapi susah la nak dapat parking dekat2 dgn kedai mkn tu, parking lak jauh sangat. Dah, senang citer mkn jer kedai yg dekat dgn parking tu. Kedai mknan thai, ok la jugak janji dorg dapat masuk nasi dlm perut.
 Banyak2 menu kerabu mangga nie yg paling aku suka. Memang sedap tapi yg tak tahan cili api dia bukan main pedas lagi klu tergigit.
 Ini yg tak pernah kami order, di sebabkan family kami sikit nak order siakap bukan main besar lagi saiz ikan dia. Jadi boleh papa dorg nie mintak ikan kembung buat 3 rasa..tp ok la janji ikan tu kecik.hihihi..
Percaya tak korg yg nasi hanya 2 pinggan jer mintak, sebab aku minat ratah2 jer..Faris, adam dan aku kurang sikit nasi. Adam semalam mintak megi sup, Pastu faris pulak udang masak kunyit sepinggan utk dia sorg, nasi tak nak pulak. Yang paling bagus mkn nasi Iris dgn papa jer..Jadi plan nak bg semua mkn nasi mmg tak berjaya semalam.

Ini video semalam, bukan main nakal lagi dak tasnim nie..asyik panjat pagar utk nak pergi ke kolam yg lebih dalam. Dia tak layan kawan baru tu, asyik wat hal sendiri jer..



5 ulasan:

  1. Bestnyer brcuti2 dgn keluarga...nk kna rncang jgk ni nmpak gayanyer...hehe...smbil2 tenangkan fikiran:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa berharga bersama tersayang tu amat la penting..hehe

      Padam
  2. wah. kerabu mangga n tomyam dia nampak sedap. terliur da.huhu

    BalasPadam
  3. sedapnya makanan2 tu...terliur...

    BalasPadam