02 September 2016

Rumah Baru


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dalam bulan julai tu ari kami dapat call dari pemaju perumahan yang mengatakan bahawa kami dah boleh datang ambik kunci rumah baru. Wah! aku rasa entri aku kebelakangan ni asyik cakap rumah baru jer..hihihi..biar jelas sikit ini adalah rumah ke 2. Dan rumah inilah yang akan kami tinggal terus dan akan jadi home sweet home. 



Rumah kali ni adalah jenis semi D lokasi berada di lorong depan berbanding rumah yang sekarang ni yang jauh kebelakang sikit dari jalan masuk utama. Dapat jer kunci tu tersu kami tgok defect umah pastu suami dengan penuh semangat nak buat landskap dulu. Almaklumla rumah ni takde tanah nak deco2..jd inilah tempat dia melepaskan keinginan tu..hihihihi. Project pertama yang dia buat korek sekaki tanah untuk di buang..so macam2 harta la jumpa. Sampai spender pun muncul..hahahahaha..pastu project pecah longkang. Ini sebab Fatah yang asyik tak pandai jalan..kat longkang tu kalau gagal langkah jer terus jatuh. 




Hasil selepas lonkang terbuka di buang.

opss!! yang baju hijau tu bos yer 

Batang paip yang akan mengantikan sistem longkang terbuka

Ini keadaan anak2 time "tolong" papa dorg bung tanah..sempat aku snap sb dulu aku pun suka main kete sorong macam nie. Bergilir - gilir kakak dengan farish naik ats tu. Adik fatah dah mmg bos sape berani nak suruh dia turun dari situ. Harap2 abg adam semakin paham tanggungjawab dia sebagai abang dan rajin serta penuh semangat macam papa.


Semasa projek membuang tanah kami terus pilih jenis pokok untuk di tanam. Antara pokok yang menjadi pilihan pokok kopak kulit dan pokok mojida. Pokok kopak kulit tu mmg aku tak tahu langsung nama saintifik dia tp pokok ni yang disuggestkan tukang landskap tu. Lagipun untuk keluasan yang terhad macam ni pokok yang berbatang kecil tak bercabang banyak adalah sesuai. pokok2 ni banyak aku jumpa kalau g ke kl kat melaka ni boley jumpa jugak tapi pokok mojida hijau lebih banyak.


Selepas kerja2 korek tanah selesai 2 bijik lori datang hantar tanah untuk tutup balik kawasan tu. Jenis tanah yang dipilih adalah tanah bukit, Jauh sampai ke alor gajah sana nak mendapatkan tanah nie. Yang aku tabik spring kat suami ialah time kerja2 korek tanah sedalam sekaki tu di buat sendiri dengan segala kudrat yang ade. Cuma time pecahkan longkang dan ratakan tanah jer takde alat cukup dan memerlukan tenaga yang banyak upah pekerja2 kontraktor disitu.


Hasil akhir selepas semuanya selesai..hihihi..abaikan entiti bogel comel kat sudut tingkap tu. Memang sengaja ambik gambar dia kat situ sebagai kenangan.


1 ulasan:

  1. bestnya...
    ni salah 1 kegembiraan dlm hidup..dpt rmh sdri.. eksited sgt..
    besar rmh awk ni.. mmg puas hati la..lya rmh trs biasa je.. tp syukur..sbb rmh sdrikan..

    jomlah deko2.. heheh..

    awww,,,cekcinya y kt tingkap tu..haha

    BalasPadam