26 Ogos 2018

Persingahan

Alahai...macam mana aku boleh sampai ke sini?...tetiba rindu nak melihat coretan2 lama yang pernah di kongsikan di sini. Ramai juga kawan2 yang sudah lama senyap dari menulis blog. Takpe sekurang kurangnya ada juga tempat untuk aku mencari sesuatu di sini. Sekarang sudah hampir setahun aku tinggal di rumah ke dua. Dan kehidupan sekarang sangat2 berlainan...berlainan dari segi pemahaman aku tentang kehidupan sebenar. Dulu di rumah lama aku baru belajar mengenali kehidupan luar dengan insan2 baru...banyak yang aku silap. Mungkin faktor terlalu taksub dengan kegembiraan dan kebebasan. Sebagai manusia biasa memang ada timbul sedikit penyesalan...tetapi semua sudah 
terjadi. 

Jadi kehidupan di rumah ke dua ini aku jalani dengan penuh hati2 dan agak sedikit tenang. Aku banyak fokus pada anak2. Aku mahirkan diri memasak dan menjahit..aktiviti yang aku suka. Tapi ok la aku suka dengan keadaan sekarang. itu gambar terbaru anak2. Semua dah semakin besar.

Aku cuma nak cakap yang aku ok sekarang...kehidupan di rumah sendiri memang lain..Mungkin Allah lambat memberikan aku peluang ini dulu atas sebab tersendiri. Ape apa pun sekarang aku memang suka dan sangat2 bersyukur.  Alhamdullilah...

02 September 2016

Rumah Baru


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dalam bulan julai tu ari kami dapat call dari pemaju perumahan yang mengatakan bahawa kami dah boleh datang ambik kunci rumah baru. Wah! aku rasa entri aku kebelakangan ni asyik cakap rumah baru jer..hihihi..biar jelas sikit ini adalah rumah ke 2. Dan rumah inilah yang akan kami tinggal terus dan akan jadi home sweet home. 



Rumah kali ni adalah jenis semi D lokasi berada di lorong depan berbanding rumah yang sekarang ni yang jauh kebelakang sikit dari jalan masuk utama. Dapat jer kunci tu tersu kami tgok defect umah pastu suami dengan penuh semangat nak buat landskap dulu. Almaklumla rumah ni takde tanah nak deco2..jd inilah tempat dia melepaskan keinginan tu..hihihihi. Project pertama yang dia buat korek sekaki tanah untuk di buang..so macam2 harta la jumpa. Sampai spender pun muncul..hahahahaha..pastu project pecah longkang. Ini sebab Fatah yang asyik tak pandai jalan..kat longkang tu kalau gagal langkah jer terus jatuh. 




Hasil selepas lonkang terbuka di buang.

opss!! yang baju hijau tu bos yer 

Batang paip yang akan mengantikan sistem longkang terbuka

Ini keadaan anak2 time "tolong" papa dorg bung tanah..sempat aku snap sb dulu aku pun suka main kete sorong macam nie. Bergilir - gilir kakak dengan farish naik ats tu. Adik fatah dah mmg bos sape berani nak suruh dia turun dari situ. Harap2 abg adam semakin paham tanggungjawab dia sebagai abang dan rajin serta penuh semangat macam papa.


Semasa projek membuang tanah kami terus pilih jenis pokok untuk di tanam. Antara pokok yang menjadi pilihan pokok kopak kulit dan pokok mojida. Pokok kopak kulit tu mmg aku tak tahu langsung nama saintifik dia tp pokok ni yang disuggestkan tukang landskap tu. Lagipun untuk keluasan yang terhad macam ni pokok yang berbatang kecil tak bercabang banyak adalah sesuai. pokok2 ni banyak aku jumpa kalau g ke kl kat melaka ni boley jumpa jugak tapi pokok mojida hijau lebih banyak.


Selepas kerja2 korek tanah selesai 2 bijik lori datang hantar tanah untuk tutup balik kawasan tu. Jenis tanah yang dipilih adalah tanah bukit, Jauh sampai ke alor gajah sana nak mendapatkan tanah nie. Yang aku tabik spring kat suami ialah time kerja2 korek tanah sedalam sekaki tu di buat sendiri dengan segala kudrat yang ade. Cuma time pecahkan longkang dan ratakan tanah jer takde alat cukup dan memerlukan tenaga yang banyak upah pekerja2 kontraktor disitu.


Hasil akhir selepas semuanya selesai..hihihi..abaikan entiti bogel comel kat sudut tingkap tu. Memang sengaja ambik gambar dia kat situ sebagai kenangan.


Kehidupan Baru..tolong aminkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kelahiran baby Fatah merubah seluruh kehidupan kami..Fatah lahir hujung tahun 2014 dan sepanjang 2 bulan aku menghabiskan masa berpantang di resort suami. Membawa seluruh family mencari ketenangan dan lari dari tekanan sekeliling, secara tak langsung memulihkan kembali emosi anak2. Cerita tragis yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hidup. Penutup kepada 2014 berakhir dgn sedih dan marah yang teramat sangat. 

Permulaan baru pada 2015 aku hadap dengan tenang dan amat berhati..sebenarnya hanya
Allah yang tahu bertapa tak sabar aku menunggu saat untuk suami membawa kami ke rumah baru. Dan impian itu menjadi nyata pada malam terakhir puasa bulan august. Alhamdullilah.. Inilah impian seorang isteri..ingin memiliki kehidupan sendiri dengan anak2. 


Sekarang dah setahun lebih kami mendapat kehidupan baru..suami adalah org yang paling berusaha keras untuk melengkapkan seluruh kehidupan kami. Kadang2 aku paham perasaan dia adakalanya putus asa adakalanya dia menganggap diri umpama lilin (dia yg cakap). Tapi sebagai isteri aku tak dapat buat ape yang dia nak..hanya satu jer yang mampu aku buat iaitu doa. Aku mmg nak dia bahagia dengan apa yang dia buat, jauhkan dari dugaan yang besar2 dan sentiasa sihat untuk menikmati saat ceria bersama anak2.


Tulisan harini mmg tujukan khas untuk dia..kerana tanpa usaha keras dia kehidupan kami tak sampai kesini. Aku bersyukur kerana kami dijodohkan dan dipilih untuk melalui segala kebahagiaan ini. Alhamdullilah..kepada suami..harap papa akan baca ini..walau marah macam mana pun, penat macam mana pun..jangan sampai pernah membenci. Kami didatangkan dalam kehidupan papa bukan untuk menjadi beban..pikirkan yang sebaliknya. Harap papa akan bahagia seperti yang diinginkan. Aminn..

Masuk Rumah baru


Assalamualaikum semua

Pada tahun lepas dalam bulan august 2015 aku sekelurga telah mengambil keputusan untuk masuk ke rumah baru. Rumah yang belum siap sepenuhnya segala keperluan tapi di sebabkan terlalu teruja dan tak sabar2 untuk menikmati hidup sendiri. Akhirnya kami melangkah masuk dengan hati yang berbunga..aku org yang paling2 seronok dengan keputusan ini sb ini keputusan paling terbaik yang aku harapkan selama 10 tahun sejak kawen. Dari riak muka anak2 mmg jelas nampak keseronokkan memasing siap berangan nak bilik mcm mana hiasan dan susun atur perabut.

Suami dia jangan cakap la..macam2 idea ade jer dia nak buat untuk rumah ni..dalam tahun tu jugak 2 kali kami g ikea untuk borong segala barang2 rumah. muka kami jugak antara pengunjung tetap mana2 fair barang rumah dan elektrik. Alhamdullilah mmg aku seronok perubahan ni..hidup sendiri atas keputusan sendiri. Tak campur dengan cerita2 org lain dan yang penting segala kita keputusan kita takde campur tangan pihak lain. 

Sejak masuk rumah baru perubahan terbesar yang mungkin Allah dan aturkan untuk family ini..takde lagi aku dan anak2 berpisah dgn suami. Kami hidup macam pasangan yang lain dan tak terpisah lagi sb suami dapat kerja kat darat, dan tempat kerja dekat dengan rumah pulak tu. Alhamdullilah bersyukur sangat2. sekarang dah setahun kami kat sini dan pada bulan 7 yang lepas kami dah dapat kunci rumah no2. Itulah rumah yang kami akan menetap terus. Anak2 mmg aku tak tukarkan sekolah sebab taknak bg perubahan mengejut yang ketara untuk dorg. Cukup la setakat perubahan pindah rumah baru dan menyesuaikan diri di tempat baru. 





Tapi sejak berpindah sini aku rindukan pantai..agaknya jiwa aku mmg sebati dengan pantai kot..sebab tu asyik2 nak kepantai jer. Tapi nasib baik jarak antara rumah kampung dengan pantai agak dekat jugak. ok la ini sahaja dulu kenangan yang boleh aku tuliskan sebagai memory utk tahun lepas. hahahaha!! sebenarnya aku dah jauh ketinggalan. Tapi takpe pelan2 kayuh la org cakap.

Kisah Awal Kelahiran Adam Fatah

Assalamualaikum dan salam jumaat semua.

Last entry dulu bulan januari 2014 dan baru semalam datang balik kesini..ha dah 2tahun lebih tu aku tinggalkan blog nie. Banyak story mory yang tertinggal jauh last waktu tu aku belom mengandung anak ke 4. Time tu suami kerja kat port dickson dan setiap minggu aku akan drive ke sana dgn anak2 untuk jumpa suami. Kat sana jugak kami merancang untuk dapat baby baru dengan harapan yang tersangat2 tinggi iaitu baby girl. Selepas berbincang dengan doktor dan pilih date untuk nak lahirkan bb. Dalam hujung bulan tu jugak aku keluarkan alat iucd dan berjaya mengandung selepas tu. 

Inilah kad rawatan semasa mengandung tu ari..mengandung kali ni mmg dalam emosi yang tenang. Sebab aku tak check kat kerajaan takde kena push pasal berat naik pasal minum air gula yg kena ikut waktu yg diberikan. Jadi utk aku mmg senang la lepas urus anak ke sekolah aku boleh g checkup bila2 masa jer aku nak.  Di bawah nie beberapa gambar kenangan time jadi makyong dulu.






Dah selepas cukup due date 4 nov 1014 jam 23.37pm lahirlah Adam Fatah Bin Khairul Azwan dengan berat 3.8kg secara normal. Ini adalah antara anugerah terindah yang aku sangat bersyukur..sempat beberapa gambar aku snap semasa dah sakit nak bersalin tu.




01 September 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah lama tak jengah sini..datang sini dgn perasaan rindu yang membuak2..meneliti setiap satu cerita2 kehidupan aku yang lampau. Memang lama sampai aku lupa cara nak buka lupa paswood lupa macam2 la. Dah macam budak baru belajar ni ha..hahahahah..pastu dah semestinya aku kena pergii ke blog2 jiran lama, yang dulu sangat rajin datang meninggalkan komen dan pandangan. 

Tengok dari last date aku tinggalkan coretan terakhir mmg banyak dah berubah..dan sekarang bertambah lagi sorg ahli keluarga. Aku pun dah mulakan kehidupan baru di rumah baru dan tempat baru. Sekali gus mengenali ramai org2 baru sekelilingku. Ah mmg banyak yang perlu aku buat ni..terpikir jugak kemain lama aku off line broadband aku dulu dan baru sekarang kawasan perumahan ini ade  unifi.

Sebelum tu ini adalah gambar (gambar raya tu) setelah 2 tahun tak update pape mmg nampak perubahan fizikal anak2 dulu dan sekarang. Dan ahli baru dalam family ini adalah Adam Fatah banyak kenakalan dan kaletah kamu yang mama akan simpankan disini. 

27 Januari 2014

Antara geram dan kelakar


Assalamualaikum dan salam sejahtera
 
Antara geram dan kelakar perangai Iris, kisah petang semalam. Dah 2 minggu datang kat rumah papa nie stp kali nak balik jer mesti buat perangai. Pagi ahad tu bila dia Nampak aku kemas beg jer..start menangis sambil cakap “tak nak balik umah nenek..”..dia akan ulang sampai dalam perjalanan t.

 Minggu nie plak dia menangis sambil buat kerja, memula kemas2 beg mainan dia..pastu sedang aku leka masak lauk utk tinggalkan kat papa dia. Tengok2 dia menconteng dinding plak..tapi mulut masih bunyi "tak nak balik umah nenek..."
Minggu lepas tak nak jalan masuk kete..meronta2 sampai aku kena heret masuk..bila masuk kete lagi kuat meraung. Minggu nie plak tak payah paksa..sendiri jalan pelan2 tapi mulut masih sebut "tak nak balik umah nenek..." Dalam perjalanan tu sepanjang aku drive dia berzikir ar irama tu..sekali dia cakap "mama tangan bb sakit.." Bila aku toleh rupanya sambil dia bersungut sungut tu dia dah terbelit tangan dalam baju. Hahahahaha!!! nak tergelak aku dengan Iris nie.


Ok..itu saje artikel pendek..nampaknya aku dah tak sempat sangat nak buat N3 baru. Tapi memandangkan akaun dah ade sayang plak klu tak di gunakan..kawan2 pun semakin rapat. Insyallah..semoga aku dapat agihkan masa t..Aminnn...