Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nampaknya tuan umah dah takde modal nak kuarkan n3...jadi ini ar modalnya iaitu kisah jalan2 jer, sebab asyik sangat dok g berjalan. Dan ini kisah awal cuti sekolah itu ari, mak mertua ajak g jalan2 kat terengganu. Kali nie papa sibuk sangat sebab ada macam2 kursus..balik jer darat terus dia kena g kursus kat kuantan. Pening pikir dgn permintaan orang tua dan tuntutan kerja jadi dalam sesak nie kami buat rancangan macam ni. Papa pergi dulu dan kami akan ikut naik bus selepas hari ke dua..Jadi inilah pengalaman anak2 merasa macam mana naik bus dari melaka ke kuantan.
Tapi memang cabaran betul ar buat aku dengan perangai dorg yg terlebih excited bagai. Kat melaka central jer time tengah tunggu bus pukul 9.30 macam2 nak beli. Dag dapat beli sambung gaduh, kejap sorg nangis pastu sorang lagi nangis. Sampai semua yang ada kat situ pun aku rasa pelik dengan dorg nie. Dah kate budakkan aku marah macam mana pun kejap jer pastu sambung balik buat haruk piruk. Last sekali ayah aku bawak sorang g jalan2 untuk pisahkan dorg.
Time dalam bus pulak memula takut..pastu tak sampai setengah jam dia buat macam dalam umah plak. Jalan depan belakang depan belakang sampai driver marah suruh duduk kat tempat memasing. Pastu atuk dia tangkap sorg peluk dengan teady bear tumardine tu bagi susu. Aku pulak ambik yg kecik tu peluk2 bagi t@t#k terus terlelap 2 org. Tinggal adam sorg bg dia main game..Alhamdullilah segala kekecohan dalam bus pun hilang dan penumpang2 lain pun rasa sedikit ketenangan. hehehe..
Sampai kuantan dalam pukul 3 lebih macam tu dan papa jemput kita org kat stesen bus baru dia kuantan. Bila papa tanya ok perjalanan..hehehe..sendiri mau tau ar..anak2nyer mmg sentiasa meng okkan segala yang ada. Turun jer bus aku terus ajak makan nasi kukus ayam rempah juna. Mak mertua aku dah berapa kali asyik dok sebut menu ni, lagi pun ini adalah menu yang femes kat sini. Orang yang biasa jalan sini mesti akan makan kat sini, pernah dulu aku sampai sini..setiap meja ader jer menu ni.
Dah makan terus check in kat teluk Cempedak..pantai yang aku suka sebab suasana dia.
Suasana ketika air surut..Bebudak memang suka bila jumpa air tapi keadaan macam ni sangat bahaya..jadi tolong ar jangan terlepas pandang anak2 bila dorg berada di dalam air.
Atuk paling2 risau tapi tak diluahkan melaui emosi berbanding nenek yang terjerit2 panggil adam. Mana taknya adam berani pergi jauh2 dari gigi air tu, ombak pulak kuat sangat..ayah cakap ini teluk dan bentuk muka bumi kat bwah sana kita tak tahu macam mana. Tapi Alhamdullilah semua selamat, perjalanan kami dari melaka kesini menaiki bus pun ok, Kami stay sampai esok hari..aktiviti malam kat sini sangat meraih, aku ader snap beberapa keping gambar malam. Tapi semuanya aku tepek kat facebook sana..JAdi aktiviti di fb sana lebih aktif berbanding di sini..hehehe..dasar pemalas. Ok ar sehingga berjumpa lagi..babaiiii...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan