Lepas dah siapkan ape yg patut, 7.30am aku dah start g antar adam ke sekolah kebangsaan lereh. Ada ar dlm 2km dari rumah, kejap jer hantar dia kete pun dah tak banyak sebab bebudak darjah 1 sampai darjah 6 masuk lebih awal. So mudah ar utk aku parking sampai pintu pagar, pastu pimpin kan dia sampai depan pintu kelas.
Kelas Adam nie de leceh sikit sb kena tanggalkan kasut. so kes stoking hilang mmg biasa belaku. Adam baru pertama kali stokin hilang. cikgu pun dah pesan cuma hari isnin jer yg wajib pakai sb de perhimpunan.
Inilah kelas dia..Adam dapat masuk kelas yg pertama iaitu sri bistari. Nasib kelas dibahagian depan pintu pagar. Al maklum ar aku akan usung kedua2 anak utk hantar dan ambik adam. Mmg nampak teruk jer dgn anak yg dikendong dan di pimpin.
Ni lak aktiviti wajib adam dan adik2, singgah ke gerai nek eton utk dptkan buah jambu dan janjan. Adam mmg akan beli jambu hari2 dari sekolah kat kota damansara sampai ke mlk dia bwk balik habit dia tu. Belanja hari2 mmg akan lari ke RM2lbh, Sebab adik2 pun nak jugakkan..
Ok inilah separuh kerja dalam 1 hari..pastu t aktiviti petang dgn malam lak akan di entrikan di lain hari. boleh dikatakan aku semakin selesa dgn tugas baru sbg seorg ibu dan isteri. Puas hati melihat dorg membesar di depan mata, habiskan hari2 dgn dorg. Diharap en. suami bersabar yer.. Dia banyak terlepas momen2 penting gini, tp inilah yg dikatakan pengobanan sorg papa demi utk family tercinta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan