Salam dan selamat sejahtera, story hari ni berkisar pasal sejenis terung iaitu terung telunjuk..Serious tau aku tak pernah tgok terung jenis nie sebelum nie. story nyer mcm nie, maklong sebelah umah datang kasi tu ari. Aku dgn terjakunnya bertanya banyak ar kat mak mertua aku pasal spesis terung yg agak asing bg aku nie. Tapi di sebabkan dah banyak sangat soalan dia pun mgkin malas nak layan, dia ubah tpoik lain la..
Aku lak jenis yg tak puas hati.. pe lagi, mula ar aku cari tau sendiri. inilah beberapa info yg aku dapat dari dua sumber. Pokok terung Telunjuk ini mudah hidup dan tidak diserang penyakit akar dan berbuah sepanjang masa. Kandungan khasiat terung agak sederhana. Dalam tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 91.2 g, protein 1.7 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 5.6 g, serat 1.0 g, kalsium 25 miligram (mg), fosforus 20 mg, ferum 0.6 mg, karotena 90 ug, vitamin A 15 ug, vitamin B1 0.07 mg, vitamin B2 0.05 mg, niasin 0.7 mg dan vitamin C 18.4 mg. sumber dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Terung_Telunjuk
Dan dari sumber ini http://blogherba.mesrabioherb.com/2011/10/banyak-kelebihan-terung-telunjuk.html pulak mengatakan Kajian mendapati TERUNG TELUNJUK atau nama saintifiknya Solanum melongena dari keluarga tumbuhan solanaceae, salah satu daripada beberapa jenis terung mempunyai banyak zat dan khasiat. Setiap 100 gram yang dimakan, ia mengandungi 1.75g protein yang penting untuk membina tisu-tisu badan, 5.65g karbohidrat untuk menambah dan mengekalkan tenaga.
Selain itu, terdapat 18.4g vitamin C di samping 1.0g fiber atau serat yang diperlukan untuk penghadaman dan 15 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Terung telunjuk mengandungi 90ug karatenea beta untuk penjagaan mata atau penglihatan di samping zat fosforus (10mg), garam galian yang diperlukan oleh badan untuk metabolisma iaitu pengekalan fungsi badan. Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, kandungan terung telunjuk juga mempunyai pelbagai khasiat
Ok..itu jer info yg aku dapat pasal terung nie, dan sekarang resepi yg aku dan mak mertua try terhadap terung nie. Sory yer, gambar aku dah terdelete la.. tapi resepi tetap di ingatan.. :)
Ikan Tengiri Masak Lemak Terung Telunjuk
Bahan- bahan:
4 ketul isi ikan tengiri
sepinggan terung telunjuk yg dibelah tengah (kuantiti mcm dalam gambar tu)
semangkuk santan
3 batang serai
1 keping asam keping
1 kiub ikan bilis
Bahan yg ditumbuk sekali:
sebiji bawang besar
1 sudu ikan bilis (pakai sikit jer jika dah ader kiub ikan bilis)
1 inci kunyit hidup
Cara Membuatnya :
- Masukkan bahan yg ditumbuk tadi bersama-sama ikan, serai, asam keping, kiub ikan bilis dan santan.
- Kacau perlahan dan terus-terusan sehingga mendidih
- Kemudian baru masukkan terung telunjuk dalam beberapa saat dan tutup api
- Sedia untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan