Hai dan selamat petang
semua..hari nie aku penuhkan aktiviti waktu pagi aku dgn mengemas almari. Semakin
hari aku tengok semakin sarat almari pakaian anak2 aku. Mana tak nyer..asyik
beli baju baru baju yg lama tak dikeluarkan. Ntah dari mana datangnya semangat kerajinan nie aku pun tak tahu, mgkin sb takde air kot. Jd dah skip satu
job membasuh baju dan ampai baju. Jadi waktu yg ader nie aku gunakan utk kemas almari. Mana baju yg tak muat aku asingkan dan mana baju yg dah rosak aku buangkan
terus.
Bila dah buat pengasingan mcm nie
aku dah dpt 2 bhgian 1 baju elok dan 1 baju yg dah rosak. Yg tak elok tu mudah
jer aku g masuk tong sampah tapi yg elok nie aku bawak masuk bilik stor. Tetiba
bila aku dah masuk bilik stor mcm nie lak rupanya.
Cari punya cari aku tak jumpa kat
tempat yg pernah aku tgok dulu, tapi time nak balik tu…nasib aku terjumpa kat
kawasan perumahan ni. Taraaa…inilah tempatnyer. Tempat khas utk kita
buat pelaburan..hehehehe..pelaburan akhirat kot..Insyallah..
Lega rasa bila semua aku dah kasi
kat sini..lagi pun baju2 masih elok terutama baju baby. Biasanya kejap jer baby
pakai baju sebab dorg cepat membesar..harap2 baju nie akan diberikan utk org
memerlukan..amin..
TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARI TANGAN YANG MENERIMA..ada jugak tulis kat tong nie..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan