23 Jun 2013

Dari melaka ke cherating

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Ini adalah story lepas time cuti sekolah tu ari, aku bawak anak2 dgn mak ayah mertua g cherating untuk jemput en. suami. Kali ni agak awal jugak aku sampai sana dalam pukul 12 tengahari macam tu. Itu pun sebab aku beranikan diri ambik jalan lain. Biasa g memana aku follow jer cakap ayah mertua sebab dia org lama dan tahu pasal jalan mana yg nak dituju.

Kali ni tak aku ikut map dlm phone ikut jalan segamat Alhamdullilah sampai tengahari walaupun bertolak pukul 8 pagi. Tu ari ikut alor gajah ke bahau sana sampai cherating pukul 4 petang..ntah mana silap aku pun tak tahu. ?tapi serik ar aku nak ikut cakap dia lagi..berkali2 dia cakap ikut sana lebih cepat. Tapi baik aku ikut mana yg aku rasa senang.
Sampai jer terus kami masuk cherating bay resort sebab dah bok awal 2 minggu, Kali nie tempat ni jadi tak best lak. Walaupun cuti sekolah org tak ramai pun, boleh tengok kat pic kat kolam ni, beza dgn yg dulu mmg ramai jer..anak2 nak mandi pun kena mencelah.
Pastu dah bosan merayau2 kami keluar ke pantai, tapi cuaca mendung jer..time ni pulak air surut anak2 sibuk jer nak tangkap ketam macam dulu DULU. Oh! tidak kali nie mama tak benarkan sebab kita sekejap jer kat sini, baju pun tak bawak banyak. Pe lagi muncung seda la memasing..tapi aku janji main pasir boleh ar..
Pastu nenek pulak  nak ajak g minum, memasing buat perangai dalam kete la..menangis2 sebab tak dapat main pasir, aku lagi ar tension sebab anak nak tu nenek nak nie..bawak kete pun dah sebal. 10 kali aku suruh g minum sendiri biar aku dgn anak2 kat sini dorg tak nak. Aii..lemah aku melayan 2 kategori manusia nie. Last sekali time g minum anak2 semua tertido, pastu aku dgn mak boleh pulak jumpa kuih yg nama mmg pelik bagi aku iaitu kayu keramat. Pic dalam ig malas nak ambik..hehehe

Dah minum terus balik bilik dok merehatkan diri..tunggu papa sampai darat, Rupanya papa tak balik naik chopper sanggup dia naik bot 26jam ke darat. Takut aku dia muntah hijau time tu, tapi yg mudah nyer aku kena ar jemput kat kemaman supply base, takde ar terkejar2 nak g jemput kat airport kerteh sok hari.



Ok itu ajer story mory yg nak di tinggalkan di sini sebagai kenang kenangan, utk next n3 insyallah akan ader sambungan lagi. Terima kasih pada yg sudi singgah sini, yg senyap tanpa meninggalkan jejak pun tak lupa jugak terima kasih. Semoga kita semua di berkati Allah..amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan