15 November 2013

Jejak kaki di penang hill

Salam penghulu segala hari..hari jumaat dah..yehuuu!!!
Tahukan apasal aku melompat subuh2 buta ni?..hehehe arini last ar cuti sekolah, Bagi yg kerja surirumah mcm aku nie mesti ar rasa nak bercutikan dari menguruskan segala keperluan anak2 sekolah. Walaupun kerja tu baru 40% dari keseluruhan kerja surirumah tapi kadang2 kita perlukan rehat. Dan kami dijanji oleh suami tercinta untuk menikmatinya..Alhamdullilah..
Okkan biarkan aku dengan amgan2 itu..sekarang jom layan cerita basi aku sekeluarga ke peneng hill. Ni story mory balik kampung itu ari. Sekarang nie sejak anak2 dah besar sikit stp kali balik kampung aku akan tawaf ar seluruh tempat2 aku membesar. Ajak suami dan anak2 melihat permandangan, merasai makanan tempatan dan mendekatkan anak2 dengan saudara aku.

Rasanya dah berapa tahun tak jejak kaki atas bukit yg sejuk dan nyaman nie. Aku suka sekarang dah banyak kemajuan yang belaku di penang dan amat berbeza dari dulu. Dulu sampai jer atas aku biarkan rambut dan muka ditiup angin dari laut tu..rasa seronok sangat. Waktu nie aku jalan nak kearah pintu penag hill, sepanjang jalan permandangan sangat2 cantik..
Sebenarnya banyak gambar yg aku ambik, klu tepek kat sini kompom penuh lagi cepat aku punya picasa t. Kalau nak tengok lagi nayak boleh ar tengok instagram atau fbok aku. Kat sana semua gambar2 aku simpan.
Time keretapi nie  lalu jer atas kepala dah jerit adam dan adik2, sebab dorg mmg tak sabar nak naik..aku suka sangat tengok gelagat dorg..hurmmmm korg mmg menghiburkan mama dan papa..
Jalan kearah pintu depan...
Akhirnya sampai dimana tempat setiap daripada pelancong yg datang kompom2 akan mengabdikan diri kat sini. So Aku dan family mmg takkan lepaskan peluang..huhahahaha..WAJIBBBB!!! snap berkeping2 gambaq pastu baru g beli tiket.

Huh dah sampai atas..tetiba jerkan. ok sebenarnya aku ringkaskan cerita. Dah nak siapkan adam g sekolah nie. T lambat lak ku post n3.. (hehehe mcm nie punya org pun ada?)
Last, ini video time nak turun dari bukit tu..time naik video tak cantik sebab tak dapat duduk depan sekali..Ramai yg pegang alat perakam memasing..tengok bukan aku saja yg gila ambik gambar..ramai lagi termasuk atuk yg depan nie, camera pun canggih.hehehehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan