Sekejap jer dah khamis esok last anak2 sekolah. Aku sebagai mama yang nak melompat hip hip hooreey!!..suka sangat boleh ar rehat sebulan setengah dari memikir dan menguruskan keperluan sekolah anak2.
Tapi aku dah plan beberapa aktiviti utk cuti sekolah dorg. Nak buat aiskrim, nak buat cupcake, ada sikit aktiviti craf dan beberapa xtvt lain. Supaya dorg enjoy dan aku pun senang main2 dgn dorg.
Tapi aku harap papa dorg ada banyak masa dengan kami. Insyaallah jangan ar ada perubahan dalam jadual kerja dia. Lagi pun sekarang ni musim laut bergelora..harap2 tak dapat naik mcm tahun lepas. Oh ingat dec tahun lepas tetiba datang balik ingatan time arwah nenek suami tengah nazak. Rupanya dah setahun dia meninggalkan kami..
hurm...Al fatiha buat beliau..ok dah dah jangan di pikirin dong..sekarang ni cuma fokus pada apa yg nak buat t..sebab beberapa hari lagi kami akan bercuti ke terengganu. Dan kali ni aku tak drive aku bawak anak2 termasuk mak ayah mertua naik bas. Hehehe..suka adam dan faris, al maklum ar dorg tak pernah naik bus. Adam jer merasa naik bus time kecik2 dulu. Tu pun kat batam..
Faris budak yang paling2 excited..ari2 tanya bila mama kita nak naik bus?.knp lama?..adoii tak boleh tahan soklan dia. Semoga perjalanan kami ini selamat pergi dan balik..insyaallah..
budak pompuan kecik ni bukan paham pape lagi..takde ar bersoal banyak. Harap2 takde ar dia buat hal atas bas t..
time2 cuti skolah camni la ada peluang utk mak ayah bersama anak2. Dulu2 masa kecik2 time cuti sekolah panjang mesti kami balik kampung .
BalasPadam