11 Ogos 2012

Cucur Roti Gardenia

Asalammualaikum dan selamat berpuasa.

Pejam celik pejam celik dah nak menghampiri hujung ramadhan..rasa mcm sayu ar pulak..ok tak nak melalut yg bukan2. Hari nie saya nak kongsi resepi yg di ambil dari member blog Afasz iaitu cucur roti. Sepanjang bulan puasa ni mmg aku akan sediakan bekpes utk 2 org budak yg tak puasa tu. Kebetulan dah kering idea nak buat ape. Tu yg teringat pernah baca resepi cam gini kat sana

Bahan pun simple aku cuma bik 4 keping roti gardenia yg ader pastu potong2 dadu, Pastu letakkan ikan bilis yg siap aku tumbuk dgn bawang sikit. Kira aku de ubah suai sikit ikut selera bebudak nie la pastu tabur garam sikit. Nasib de sebijik telur ayam dalam peti ais..tu la lain kali nak buat pape kena cek dulu. Bahan cukup atau tak,...hehehe
Bila dah siap ingat tak dapat permintaan, tapi rupa nya tak cukup pulak. Ala tak boleh wat lagi sebab telur dah habis dik oiii..

5 ulasan:

  1. rajin.. saya budak tak puasa kat rumah ni mkn je apa yg ada.. mamanya malas :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..ikot mood syiela...kalu dtang rajin klu malas beli jer roti kasi makan..hehehe

      Padam
  2. Pertama kali mendengar resepit ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. resepi jimat kos..guna roti yg dah hampir expiry

      Padam