07 Ogos 2012

Memory D sebalik Pemborong Mainan Kanak2

Assalamualaikum Dan selamat bersahur utk 18 ramadhan

Malam nie tak boleh tidur pulak..jadi pergi blog sana blog sini pastu balik blog sendiri nak godek2 lagi takut pulak. T hilang lagi gambar2 mcm tu hari...huhuhu..sampai skg header tak boleh masuk gambar. Ish pening kepala pikir.

Ok stop..kali nie nak bawak korg semua g melawat kedai pemborong kanak2 pulak. N3 lepas bawak korg g kedai pokok bungakan. Jagi kali nie utk yg beranak kecik mesti teruja nak belikan anak2 mainan. hehehehe..sebenarnya aku pun minat mainan ar.

Setiap kali cik abang balik dia mesti belikan mainan utk anak2, biasa beli kat shoping tapi kali nie aku ajak g kat pemborong mainan pulak. Lagi banyak pilihan dengan harga borong. Dekat melaka nie banyak pemborong mainan. Tapi aku biasa yg dekat melaka raya nie jer.
Sambil2 layan gambar aku nak tinggalkan memory aku time kecik2 dulu. Time aku umur 18 tahun aku selalu ikut arwah abah tiri ke kedai pemborong mainan kat lunas. abah akan beli banyak sangat mainan sebab kami akan jual kat pasar malam sekitar penang. Dulu aku yg akan bukak set lego utk disusun sebijik macam dalam gambar dah kami display depan lambakkan mainan yg kami jual. Setiap org mesti nak beli yg aku display sb dorg takut tak sama apa yg di dalam kotak.
Bila ingat balik semua tu baru aku terpikir yg aku pernah jadi perniaga pasar malam jugak.hahahaha..Bila apa yg kami jual cepat habis arwah akan belikan makanan dgn untung yg dapat malam tu. Time tu ar mintak aper pun semua dapat. Pastu dapat upah tolong lagi..enjoy beli baju seluar tak hingat nak simpan pun.
Tengok anak2 pulak dorg lebih beruntung sesangat, jauh benar suasana hidup dorg dgn aku. Semoga semua ini kekal, tak nak nasib dorg mcm aku. Hidup susah takde ayah kandung nak apa pun mesti tak boleh dapat dengan mudah. Aku start keje kilang seawal umur 15 tahun, bus kilang datang bik depan sekolah tu. Bila jabatan buruh datang cek kami yg tak cukup umur disembunyikan dgn leader dan QC. hahahaha..tak sangka betul kalau dipikir2kan.
Bila aku duduk sorg2 macam nie baru aku pikir..takpe ar suami takde sebab kerja jauh. Tak macam mak aku, ayah meninggal semua kena buat sendiri, anak2 pun terikut susah. Aku memang bersyukur sesangat sb dari mula aku dah berdikari. Tak macam org dulu2 semua diserahkan 100% pada suami. bila suami takde sampai de kes nak bayar bil api air pun tak tahu. (Mak nasib kita memang tak sama..tapi semangat tu yg aku pegang sampai sekarang)

Ok taknak melalut panjang2, ini semua memory utk anak2 nanti..yg mama tahu korg memang bertuah dan dunia kita teramatla berbeza..

12 ulasan:

  1. Semoga diaorg bersyukur dpt parent mcm k.syi n ayahnye...

    BalasPadam
  2. lain zamna kita dengan zaman bebudak sea]karang..insyaallah semoga semuanya kekal ;)

    BalasPadam
  3. wahhh bestnye...saya pulak yg excited :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Liza, tunggu pe lagi cecepat bg Mr. kudut bb..hehehehehe

      Padam
  4. sayu bace kisah akak...tapi betul pun kak...jauh beza skrang ngan dulu...yg pasti anak2 kite sgt2 bertuah kan.....

    meriah tgk menan2 tu kak...sure masing2 tak sabar nak rembat pilihan masing2 ni eh......tapi takpe la kan kak..sesekali papa balik harus le belanje anak2...bagi anak2 hepi.....

    BalasPadam
  5. hahaha..sayu ker?..setiap org de kisah memasingkan..

    papa dorg sekali balik mesti hadiahkan mainan, dia kesian sb anak2 tak dpt bersama dgn dia mcm anak org lain..

    BalasPadam
  6. pemborong mainan kt lunas tu kwsn mana kak

    BalasPadam
  7. Hahaha borong mainan terus neh :)
    Kereta Mini Mainan

    BalasPadam
  8. as salam , boleh tahu ta kedai kat melaka raya tu kt ne? nme kedai. tq :)

    BalasPadam
  9. salam puan.. nak tanya kedai dekat melaka raya tu kat mana eaa? nama kedai?

    BalasPadam