05 Ogos 2012

Melawat Nursery Plant

Assalamualaikum dan selamat bersahur untuk hari ke 17 ramadhan.

Hari nie aku nak bawak korg jejalan kat kedai semaian atau nursery Bong kat jalan lendu dan nursery Lee kat jalan bukit gedung. Kalau kat sungai buluh bukan main banyak lagi kedai2 nie sepanjang jalan. Rambang mata giler tgok pokok bunga yg cantik2 dan pelik2.
 
Asalnya aku dan kemas bahagian depan umah..pastu aku teringat member ader cakap pasal pokok halau nyamuk kat SINI. Jadi aku pikir baik aku letak pokok tu dalam umah (bahagian hall). Aku mmg suka letak dalam umah sampai bilik tidur pun aku letak pokok keladi yg daun love2 tu. Dulu ar kat umah sewa, nie kat umah mak mertua ada mampus kena tiau kalau aku buat..hehehehehe

Tapi aku tak jumpa pokok tu di melaka nie, jadi jom ar layan gambar2 yg ada dan story mory di sebalik gambar. Nak tahu pokok Faris petik kat atas nie bukan main mahal lagi. Tapi cantik namanya pulak aku lupa ar. Dia kira harga setingkat RM80 Kalau nak beli yg 3 tingkat mau dekat RM300..adoii terus mati niat aku. Patut ar pokok nie jumpa kat umah org2 kaya jer..hehehehe..
Mak mertua aku beli pokok nie sebab murah RM4 satu, pastu senang nak jaga dan paling penting berbunga setiap hari. Dulu menyesal beli putih sebab bila proses pendebungaan habis bercampur2 warna jadi nya. Kerja lebah dan rerama kat depan umah. Dak tasnim tu nak bergambar sampai jatuh terduduk, nasib tak terduduk atas pokok klu tak mama yg kena bayar tau.
Aku pulak plan nak beli pokok imau kasturi, sebab kat umah nie susah sangat jumpa limau dalam peti ais. Aku pulak suka cuci ikan dgn limau tu, tapi kalau beli buat cuci ikan nampak macam tak berbaloi2 pulak. Baik aku tanam jer. Tapi mak aku cakap tangan aku panas tanam apa pun semua mampoih...betul ke statement mak aku nie??
Pokok ni menarik perhatian aku tau sebab daun dia macam origami pulak, bila layu dia akan lipat2. Kaler pun cantik purple gitu. Tapi ko bukan pokok dalam pilihan aku, sebab aku hanya cari pokok kecik2 comel2 jer utk dalam bilik atau ruang depan.
Ha..inilah pokok limau aku yg dah siap tanam belakang umah. Murah jugak sepasu RM4. Dan kita tgok pokok ni akan hidup atau tak? tungguuu..
Owh lupa pulak..ini la pokok2 yg kami beli..aku pokok limau yg lain mak mertua ku. Apa yg aku nak share ini, cuba korng tgok pokok jejarum tu. Mmg pokok2 paten lama kan, tapi cer tgok daun dia tu fesyen baru keringting2 lagi. Kalau lama punya daun dia lurus jer kan.
Nampak tak pokok pegaga air belakang tasnim tu, Dulu aku siap beli pastu kaca yg lut sinar tu lagi pastu letak dia dalam tu. Setiap Dua tiga hari aku tukar air tau..Pastu aku tgok mcm layu jer sb seminggu tu asyik ujan jer. Bila datang panas aku letak luar sekejap utk dia dapatkan cahaya. Tak sampai sejam aku tgok dah hilang ko. Kisah lama time kat opis dulu ar ingat de penyamun pokok tapi kat kg pun ader jugak. sama jugak pokok nie jugak yg hilang. Kalau pasu murah tak kesah tp aku letak dalam gelas kaca tu yg ralat tu.
Banyak pokok2 yg cantik yg lama tapi dah di barukan pun ada jugak. Ingat baju jer ke yg de fesyen2 pokok pun tak ketinggalan tau. Hehehehe..agaknya aku sorg je kot yg jakun. Maklum ar jarang aku pergi tempat2 mcm gini sejak dah beranak pinak nie. Dulu kerja mmg rajin merayau..
Ha..ini pulak pokok yg aku minat..kecik jer pasu2 nie dalam segengam macam tu. Pokok nie sesuai utk ruang depan umah aku. Dulu de member aku g umah dia tgok mak dia letak kat singki dapur pun cantik. Sb umah paten sekarang tp klu umah kampung ko tak payah imaginekan ar. Memang tak kena langsung.
Pokok ni pun jenis yg kecik2 chomel. Tapi aku tak tahu nama ape? bila tanyer jer org tu siap kena tgok buku note dia. Kesian pulak aku tgok baik tak payah suruh sb dorg yg jual nie tak ingat nama2 saintifik pokok2 nie. Tapi nama panggilan kampung ingat dan tahu la..Bila de member pergi handmade craff party, Aku perasan pokok nie dorg tanam dalam teko Ya Allah punya ar chomel. Cuba korg tgok SINI chomel kan?
Ini pulak kaktus yg kecik2 tapi tak masuk dalam senarai pemilihan aku..sebab bila beli cantik dah lama2 tak cantik jadinya. Okeh ar tu jer ar story mory aku pasal nursery plant shop Bong dgn Lee yg aku pergi.

5 ulasan:

  1. akak pun sama,kalau tanam pokok semuanya mampus.

    BalasPadam
  2. hahaha..mak saya cakap tangan panas..

    BalasPadam
  3. Salam sy nak tanya kat mana kedai pokok ni ya?

    BalasPadam
  4. Salam sy nak tanya kat mana kedai pokok ni ya?

    BalasPadam
  5. salam. saya ada anak pokok rerama hijau, jika berminat wassap - 012 6601722

    BalasPadam