16 Mac 2013

Akhirnya ke GM Klang

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.

Aku sebelum nie tak pernah dengar pun nama GM klang, tapi bila biras aku selalu cakap yang dia beli baju semua kat situ. Memula aku ingat biasa2 jer tempat dia, tapi bila tengok pakaian anak2 dia tambah2 baju tidur, dah mula tertarik tu. Sebab ada yang unik2 sikit dan susah nak jumpa kat melaka nie.

 Aku pun bukan rancang nak pergi GM ni, kebetulan tu ari suami ada urusan kat putrajaya, pe l;agi aku dan anak2 ikut la kesana. Bila dah settle dia tanya kita nak kemana nie?..biasa mulut aku nie selalu ajak g KLCC, ntah mcm ne tu ari aku cakap jom ar g Klang nak tgok GM klang.
 GM ini adalah pusat pemborong dan macam2 barang yang di jual dan semua boleh dapat dengan harga borong. Itu pun kalau kita pandai tawar menawar dan ringan mulut untuk  bertanya itu ini la. Tapi kami nie agak keletihan sikit al maklum ar dari melaka terus ke putrajaya pastu terus ke sini pulak.
 Suasana dia pulak ada banyak kedai2 dan yang paling banyak kedai baju kanak dan pakaian wanita. Boleh pening jugakla sebab jarak rapat2 dan keluasan setiap kedai tu banyak yang comel2 jer.
 Aku pun dah tak tersnap lagi dah gambar2 lepas tu sebab nak cepat2 beli, masalah aku pulak baju yang mana berkenan jer takde saiz. Tension jer..selalu Iris punya saiz yang susah sikit. Jadi utk satu kedai kalau kami nak harga boleh kena beli 3 keatas. Macamm ne lak nak dapatkan sorg satu kalau asyik takde saiz. Sudahnya satu kedai beli 3 helai utk sorg anak..huhahaha..
Sebenarnya banyak giler barang2, tapi ni jer gambar yg sempat aku ambik. Lain tu dah malas sangat sebab kelaparan dan letih. Time aku pergi kedai makan kat tingkat bawah tu hanya 1 jer yg baru buka. Kebetulan bangunan ni baru jadi ada beberapa shop lot yg kosong kat tingkat bawah tu.

7 ulasan:

  1. Bestnye. Tak
    Pernah ke sana lagi. Tp mmg murah kat sana. Klw org berniaga beli kat sana la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pernag pergi..try la pergi..hehehe..kompom rambang mata..

      Padam
  2. assalamualaikum ros...memang seronok kalau dpt pi ke GM Klang ni mcm2 barang ada di sana harganya pun murah...

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum Sis,

    Tengok barang kat GM tu mmg best sis. Tapi saya pergi sekali dua je sbbnya adoi.. tak larat nak round dari hujung ke hujung. Especially org yg tak brp pandai nak shopping mcm saya he he... Besar kan tempat tu.. hu hu...

    BalasPadam
  4. Yup betul2..besar dan padat sangat..

    BalasPadam
  5. GM Klang kini sudah ada bangunan yang setinggi 7 tingkat. Lebih banyak pemborong dan produk yang menarik. Kunjungilah kedai kami di 2F-15, Tingkat 2, GM Klang, Bandar Botanic, Klang. Kami adalah pemborong hiasan wanita yang paling baik di GM Klang. Pelbagai hiasan wanita seperti cekak rambut, rantai leher, rantai tangan, cincin dan sebagainya. Kalau berminat pandora dan vintage charms, datanglah ke kedai 2F-13. Terdapat lebih dari 1000 rekabentuk vintage charms.

    www.borongborong.com.my

    BalasPadam