Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Ha..korang nampak tak tittle tu?..3 jenis panggil untuk sejenis mee nie. Kedai mee nie amatlah popular untuk sarapan pagi. Asal pergi jer mmg sentiasa penuh dengan orang ramai, pastu nak makan mesti kena tunggu meja kosong. Kalau hari minggu jangan cakap la jumlah orang ramai yang datang tu, bukan org melaka jer tau, pelancong pun ada jugak.
Ni adalah selengkap mee tu, cuba korang perhatikan rupanya bebetul..teramat la simple..apa yang nampak hanya la mee kuning, taugeh, sambal dan timun. Dari segi rasa pulak, ikut pada lidah aku la..hehehe..tawar jer. Mugkin sebab tu la nama dia mee bodoh kot..perasa ikut korg sendiri..klu suka macam tambah jer cuka kalau suka lemak masin tarok jer kicap atas meja tu, klu nak pedas gaulkan semua mee tu dengan sambal yg ada atas mee tu. Semua perasa nie ada tas meja memasing yer.
Selain tu, mee tu tak lengkap kalau korang makan macam tu jer, ada jugak set pelengkap nyer.. Iaitu telur mata. Telur mata nie pulak sama jugak di datangkan dengan timun dan sambal. Tapi nie kita boleh letak sendiri. Kalau tak nak sambal pun terpulang pada kita. aku tengok setiap telur mata tu di goreng dengan minyak sambal. Sebab tu warna dia merah2, dan di goreng setakat beku luar jer dan kuning nyer masing meleleh..hehehehe..ni aku suka..
Tapi nak dapatkan telur tu kita kena beratur sendiri. Nampak tak barisan belakang suami tu..tu semua dok beratur tunggu telur goreng la. Telur bukan siap2 goreng..Dia akan goreng depan kita,..bila dah siap terus masuk piring dan di hulurkan kat kita. Depan tu jugak ada timun dgn sambal tadi umtuk di tambah.
Ops!..minah saleh pun ada wei..dia ngah beratur ambik telur..layan jugak tekak dia makan pedas nie, sebab aku tengok dia siap ambik telor dengan sambal lagi.
Ini baru di katakan kedai makan 1 malaysia, sebab pelbagai bangsa ada. Memang famous la kedai nie dan mee dia tu dapat di terima oleh semua org termasuk pelancaong asing. Harga sepinggan RM1.50, pastu telor pulak sebijik RM0.80. Apa tak boleh nyerkan?..kekadang ada jugak gula2 percuma untuk kanak.
Ini pulak set Iris, bila kita mintak kosong macam nie la rupanyer..takde sambal dan timun. Tapi pedas tetap dia terasa jugak. Banyak kali dia mintak minum air.
Kedai makan nie terletak di jalan tengkera, kalau lalu waktu pagi ada kereta banyak kiri kanan tu..tu la dia kedai nyer. Rupa kedai teramat la simple.
Selain dari mee goreng ada jugak 1 lagi menu lain iaitu, nasi lemak..tapi aku terlupa lak nak snap pic nasi lemak setipa kali mkn kat sana. Nasi lemak pun ok jugak jugak..sambal mee tadi pedas2 masin tapi sambal nasi lemak pulak ada rasa manis sikit. Pun sedap jugak air tangan dorg nie.
Untuk pengetahuan korang yang tak tahu, waktu petang pulak dorg nie akan jual mee sup tengkera atau di kenali mee gian. Lepas makan mesti gian punya..nak lagi nak lagi. Lokasi depan sikit dari kedai makan mee goreng nie. Tapi tahap famous mee nie jangan cakap la..1 melaka pun tahu. Ok la ini untuk n3 akan datang yer.
hahaha rindu nak makan sini..
BalasPadamMacam macam nama. Asal kenyang dah
BalasPadamlieya penah rase kak mase dok bujang kat melaka ...shah le rajin bawak cube....
BalasPadamalamak rindu plak bile tgk menu2 mee akak nieh....heheeheh
Assalam, tak kisahlah nama apa pun yg pasti halal,bersih dan sedap..
BalasPadamAppreciate this post. Let me try it out.
BalasPadamAlso visit my blog post; acheter followers
assalamualaiakum....mama pun pernah pergi masa dok kat Melaka dulu dekat dgn sekolah anak mama pula tu...:)
BalasPadamthanx pd blogger..really appreciate this n3:-)
BalasPadamthanks to blogger, tread yg terbaeeeeekkkkk.....
BalasPadam