Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
N3 yang di hasilkan ketika anak sedang tidur di waktu petang nie, adalah akibat daripada rasa nak makan. Tetiba lepas jer dua dari 3 dorg tertidur, baru la datang perasaan penat dan perut pun berbunyi. Tapi malas nak ke dapur untuk cari makan sebab mmg dah tahu takde menda nak dikunyah.
Oklah tak mau mukadimah yg panjang lebar. Sebenarnya aku nak sharekan tempat2 makan yang selalu aku dan family pergi. Asalnyer nak asingkan macam nie, sarapan pagi dan minum petang. Tapi takpe ar sebab banyak lak gambar menu yang aku snap setiap kali g makan. Dah pening lak nak asingkan satu2..ok yang kat atas tu menu minum pagi..mee rebus yg aku dapat kat sebelah kedai nasi lemak sotong di Lereh. Asyik nasi lemak sotong tu jer yang famouskan..kita famouskan kedai sebelah pulak. Kalau nak mkn mee rebus pepagi jom cari kat situ.
Ni pun menu sarapan pagi yang tu ari aku storykan iaitu Mee Bodo, pun sekarang jadi kekerapan kami untuk kesana bila en. hubby balik.
Ini pulak kedai makan kat ujung pasir, kedai yang teramat famous dengan kepelbagaian kuih muih nyer. Nama kedai tu hentian kuih kampung, kalau g sana rambang mata oo nak bik mana satu. Macam2 kuih ada dan semua sedap2 belaka. Pulut kuning dengan rendang ayam pun ada tau.
Kedai ni ada dua bahagian dan yang sebelah sini pulak untuk kuih manis dan pelbagai jenis kuih talam. Pastu mee hailam, mee kari pun ada jugak. Klu korg datang kompom akan datang lagi sebab semua kuih yang di makan sangat sedap dan berpatutan.
Ok, ini pulak tempat makan yang terkenal jugak tak payah kenal pun org mmg dah kenalkan. Org dari luar melaka pun kalau datang melaka mesti cari tempat nie. Sate kampung jaya.
Terkenal dengan saiz sate yang besar dan ada pelabagi jenis sate, antaranya kerang, perut, hati dan yang biasa ayam dan lembu. Kedai ni sentiasa ramai org nak makan kenala beratur tunggu meja kosong. Kalau nasib baik pergi jer terus dapat meja kosong.
Permandangan sekitar tempat mkn pun best jugak, sebelah dengan sungai melaka yang cantik dan bersih. Kadang2 ada jugak bot2 yang bawak perlancong lalu kat situ. Selain satu pun ada jugak menu lain, macam mee rebus, mee rojak dan rojak.
Ok ini pulak kat mee sup tengkera, sama tokey dgn mee bodo atau mee Hassan tu. Tapi Mee sup nie dibuka waktu petang pulak. Pun sama jugak orang kemain ramai lagi, dulu tempat dia kecik tapi sekarang dah upgrade la dan besar pastu kemas bersih dan yang paling penting kipas angin tu ader jer kat meja mkn. Mee dia biasa sesangat tapi sambutan dari org ramai amat memberangsangkan. Ewah! kemain ayat haku..hehehe..mana tak nyer pelanggan pagi pun datang jugak mkn mee sup petang nie.
Ini pulak kat limbongan, kedai kuih keria Hj. Jalil tu yang sebelah surau. Ini pun tempat makan yang selalu jugak aku pergi. Aku tak minat dengan kuih keria dia tu tapi minat dengan laksa dia sebab ada otak udang atau orang melaka panggil pilis kot org melaka panggil. Kuih keria dia sebijik tu 50sen pastu ada jugak kuih lain seperti dlm gambar dengan ubi ketuk.
Kat melaka ni mmg susah nak makan laksa dengan otak udang tu, jadi nilah tempat yang aku suka kalau nak mkn laksa. Selain laksa ada jugak bakso pun sedap jugak, dan kedai nie mmg antara kedai kuih keria yang paling lama kat sini. Kalau kita g limbongan ada 2 kedai kot yang jual kuih keria nie, satu tulis kuih keria limbongan dan satu kedai tulis kuih keria Hj. Jalil.
Ini pulak kat Kota Laksamana, ada beberapa kedai makan yang terkenal kat sini. Tapi ini bagi aku yang paling famous la sebab orang putih pun berlonggok makan kat sini. Dan kat sini ada menu yang sangat istimewa iaitu roti nan. Restoran Pak Putra yang akan di buka sebelah petang sampai malam, menu utama mestila roti nan yang sangat lembut sampai dah sejuk pun masih lagi lembut tau. Pastu menu makanan india mcam chicken bombay yang aku suka chicken tandori, nasi briani yang penting semua sedap2.
Roti nan pula ada beberapa nan, adam suka nan chess aku suka potato nan chess dan banyak jenis lagi la yang korg patut datang dan try sendiri
Pastu air buah yang aku cadangkan disini adalah manggo Lassi dan jangan lupa ambik yang gelas besau punya. Sebab air buah dia pun sedap dan ramai yang aku tengok gelas2 kuning atas meja, maksudnyer ramai yang suka dengan air manggo lassi dia la..
Oklah aku nak stop dulu story mory bab makan2 nie sebab kalau nak ikutkan mmg banyak kedai yang aku selalu g makan. T kita sambung kat next N3 pulak yer..babai..
satay kg jawa n kuih keria limbungan fav tu.. lama x mkn
BalasPadamassalamualaikum ros...yer la byk tempat makan yg best kat Melaka tu...suka makan masakan kampung kat sana...kedai yg selalu mama pergi dulu adalah kedai makan kat teluk mas mmg best...:)
BalasPadamterbaik sya pun ada minit yg sama juga .sekarang gerang nak cari makan kat melaka nak lepaskan mgidam sebelum puasa
BalasPadamkt mana nk crik abc best dekat melaka ni?
BalasPadamwahh sedapnhya.....
BalasPadamreenhomestay.blogspot.com
admin jom tukar link
Salam, tahun lepas saya ada ke Melaka. Saya borong kuih keria hj jalil tu byk sgt. Hujung bulan Nov ni nak pegi Melaka lagi dan semestinya singgah beli kuih keria ni. Jemput jenguk blog saya..terima kasih http://tinisihatmenawan.blogspot.com/
BalasPadamkat mana lokasi kedai sarapan yang atas sekali tu?
BalasPadam