30 Jun 2013

Majlis Bersejarah BFF dan seterusnya..

Assalamualaikum dan salam sejah tera


Selamat berhujung minggu semua, pagi nie awal giler aku terjaga..alhamdullilah.. Pe lagi terus masuk bilik adam angkat laptop, dgn niat di hati nak update blog. Yeah!! Perahkan segala kerajinan untuk terus mengupdate dan terus berkreatif di sini
 



Hari ni N3 pasal g jejalan tu ari, Dah lupa? Ala yg bulan 6 tu yg g Kelantan tu..Sebenarnya kami berjalan tu 2 dalam 1. Asalnya nak mengahadiri majlis kawen my bff di rantau panjang. Kami sampai pun dah maghrib. Jadi tak sempat nak ambik gambar dia pakai pakaian pengantin bersama pasangan di atas pelamin..huhuhuhu...Jadi ambik pic macam nie pun jadi la..tgok 2 org flower boy tak rasmi tu..huh!! layankan ajer janji ader jugak pic aku dgn nik di hari bersejarah dia..Nik Semoga ko bahagia menikmati alam perkahwinan mu..hehehe..(gelak jahat sebab de makna tu)



Selepas jer menghadiri majlis kawen tu, nik dah bookingkan kami satu home stay yg comel dan santai jer. Lega dan rasa seronok tgok home stay nie..hilang segala penat dalam perjalanan tadi..Tak caya??..jom layan pic2 yg ada..AMARAN!! kuantiti gambar akan menyebabkan anda semua akan muntah hijau..huhahahaha!! (bukan aku ar klu tak letak pic banyak2 kat sini)..ok jom..


 Alamak! memula kuar pic katil ar..nampak no yg memang terus dah nak baring nie...penat oo dari kemaman terus ke rantau panjang. Ni katil single yg bukan dalam bilik tapi sebelah raung tamu..terasa lagi suasana kampung dia..

 Ha..ni pic dalam bilik katil king saiz..tempat aku la laki bini kat sini..hehehe

Okeh tengok dapur pulak..kemas dan selesakan?
 

 Walaupun binaan yg bercampur antara kayu dan batu..yg penting kemas dan pandai anak muda nie mengemas rumah siap deko2 lagi..
 Mesin basuh pun ada oo..besau jugak tau..
 Hahaha..Gambaq jamban pun hang nak ambik ka?!!..hahaha semestinya bersih cantik dan warna2 lagi dinding tu..ko hade?..hahaha

 Peti sejuk pun ada..ishhh!!! nampak tak ader bukan nakal dah melompat atas katil?..tu xtvt wajib klu masuk memana hotel atau home stay..mesti dia nak lompat..ntah pe pasal pun aku tak tahu..

 Ha baru ruang tamu...cantikkan dekorasi dinding dan lantai..hehehehe..lantai pun dia cat siap corak batik2 lagi..awak mmg kreatif, selain dari muda dan hansome..dia jugak ada 3 lagi rumah mcm nie (mak dia la yg cakap kat aku )..suka tgok dia senyum.hehehe...ishh!!klu cik abg aku baca nie kompom mati dia sentap nie..mau seminggu dok merajuk...hahaha

 Ruang depan ni di minta dgn atuk nenek nak tido sini..alasan sebab ruang nie ada aircond hahaha...bilik hanya ada kipas jer..anak2 pun tido dgn atuk nenek..Faris kemain berpeluk atuk mlm tu..sudahnya pukul 3 pagi lari kat kami diam2..adam jer yg kekal dok peluk nenek..sampai org tua tu ckap tak tahan dgn adam nie asyik nak berkepit jer..hehehe


 Ini pulak bahagian luar  dia..kemas jer pun ada kreativiti kat sini..

 Tengok lukisan pintu ni kan..time mula tgok eh?!..agaknya macam mana la rupa dalma dia yer..sekali bila masuk wah!!!..(sepatutnya aku letak pic nie dulukan, ah..lantak ar)



Okeh itu ajer n3 aku di home saty yg comel molek nie..yg atas nie pic bibik mana ntah..tak pasal2 rajin semaacam dia nak mengemas sebelom keluar..Time nak pergi aku tanamkan niat semoga aku akan sampai sini lagi suatu hari nanti..Insyallah..

Ok di sebabkan aku suka dgn homestay nie..aku nak tinggalkan no tel untuk sesiapa yg mencari homestay bila ke Rantau panjang nanti. Jarak dia mmg dekat dah dgn pekan rantau panjang tau..Lagi satu dekat sangat dgn masjid beijing tu..Sesiapa yg berminat untuk menempah CUTE & BUDJET HOMESTAY yg berkonsepkan PENTHOUSE ini boleh la call 013950033..(nama lupa da..)hehehe

Dadaaa..jumpa lagi..

24 Jun 2013

Bermulalah rekod amalan baru hidupku

Assalamualaikum..


Hari ni adalah permulaan hari baru, bagi aku ada azam untuk hari2 yg akan datang..sebagai seorang islam aku sedaya upaya cuba memperbaiki diri ni untuk menjadi hamba Mu yg lebih baik. Walaupun aku seringkali leka dlm dunia tersendiri namun rezeki yang engkau curahkan melimpah ruah..alhamdullilah.. Dari hari loan rumah di luluskan dan sampai ke hari ni nikmat Mu masih tak putus.

Sungguh indah teguran Mu YA ALLAH..dan yg paling aku tersentuh ketika aku try bank in untuk sesuatu dlm jumlah yg sedikit. Tetiba Hamba Allah ni reply sms cakap dia bg aku sedekah jumlah selebihnya..untuk anak2 aku..Tengok..terus tersentap hati ni...Alhamdullilah buku rekod smlm dah di ambik dan untuk page baru ni aku memohon bantuan MU YA ALLAH untuk melayari hidup ini dalam limpahan rahmat Mu yang pernuh keberkatan..Aminnn ya rabbalalamin...
   
Serba sedikit info untuk panduan aku di masa akan datang..kot2 t dah jadi nenek aku masih perlukan info ni.Al maklum ar org tua pikiran kot dah nyanyuk tak tahu pulak t..hehehehe apa tu mlm nisfu syaaban ni kan?.jadi tinggalkan kat sini sebagai rujukan anak2 dan diri sendiri.

Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1434 Hijrah) jatuh ketika masuknya waktu MAGHRIB pada hari AHAD (mlm Isnin) 23 Jun 2013.

Pada mlm Nisfu Syaaban,buku catatan amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.

Mlm Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas mlm Lailatul Qadar.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.

Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu. "Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & bersolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
- bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

PERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil

PERBANYAKKAN SOLAT-SOLAT SUNAT
seperti :
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”

MEMBACA AL QURAN
MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH
PERBANYAKKAN SELAWAT & BERDOA

PERBANYAKKAN TASBIH,TAHMID,TAHLIL,TAKBIR
Ucap subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar
Fadilat : setiap satunya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan daripadanya 20 kejahatan.

Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan.(sumber ihsan dari pakcik google)

23 Jun 2013

Dari melaka ke cherating

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Ini adalah story lepas time cuti sekolah tu ari, aku bawak anak2 dgn mak ayah mertua g cherating untuk jemput en. suami. Kali ni agak awal jugak aku sampai sana dalam pukul 12 tengahari macam tu. Itu pun sebab aku beranikan diri ambik jalan lain. Biasa g memana aku follow jer cakap ayah mertua sebab dia org lama dan tahu pasal jalan mana yg nak dituju.

Kali ni tak aku ikut map dlm phone ikut jalan segamat Alhamdullilah sampai tengahari walaupun bertolak pukul 8 pagi. Tu ari ikut alor gajah ke bahau sana sampai cherating pukul 4 petang..ntah mana silap aku pun tak tahu. ?tapi serik ar aku nak ikut cakap dia lagi..berkali2 dia cakap ikut sana lebih cepat. Tapi baik aku ikut mana yg aku rasa senang.
Sampai jer terus kami masuk cherating bay resort sebab dah bok awal 2 minggu, Kali nie tempat ni jadi tak best lak. Walaupun cuti sekolah org tak ramai pun, boleh tengok kat pic kat kolam ni, beza dgn yg dulu mmg ramai jer..anak2 nak mandi pun kena mencelah.
Pastu dah bosan merayau2 kami keluar ke pantai, tapi cuaca mendung jer..time ni pulak air surut anak2 sibuk jer nak tangkap ketam macam dulu DULU. Oh! tidak kali nie mama tak benarkan sebab kita sekejap jer kat sini, baju pun tak bawak banyak. Pe lagi muncung seda la memasing..tapi aku janji main pasir boleh ar..
Pastu nenek pulak  nak ajak g minum, memasing buat perangai dalam kete la..menangis2 sebab tak dapat main pasir, aku lagi ar tension sebab anak nak tu nenek nak nie..bawak kete pun dah sebal. 10 kali aku suruh g minum sendiri biar aku dgn anak2 kat sini dorg tak nak. Aii..lemah aku melayan 2 kategori manusia nie. Last sekali time g minum anak2 semua tertido, pastu aku dgn mak boleh pulak jumpa kuih yg nama mmg pelik bagi aku iaitu kayu keramat. Pic dalam ig malas nak ambik..hehehe

Dah minum terus balik bilik dok merehatkan diri..tunggu papa sampai darat, Rupanya papa tak balik naik chopper sanggup dia naik bot 26jam ke darat. Takut aku dia muntah hijau time tu, tapi yg mudah nyer aku kena ar jemput kat kemaman supply base, takde ar terkejar2 nak g jemput kat airport kerteh sok hari.



Ok itu ajer story mory yg nak di tinggalkan di sini sebagai kenang kenangan, utk next n3 insyallah akan ader sambungan lagi. Terima kasih pada yg sudi singgah sini, yg senyap tanpa meninggalkan jejak pun tak lupa jugak terima kasih. Semoga kita semua di berkati Allah..amin...

23 Mei 2013

Kisah di Jonker walk

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ini story mory yang dah basi berbulan bulan kot, tertangguh n3 akibat service tenet macam bangang tu ari. Alkisah nyer aku nak storykan pasal kes budak india kena pukul depan kami anak beranak. Nampakkan pic yang kat bawah nie, sebelah Iris tu kete yang kami parking. Time suami turun dari kete datang ar seorg india mintak duit parking, aku malas nak layan sebab aku tahu waktu2 macam nie bukan kena bayar pun. Mbmb pun dah tak kerja, tapi risau pulak kot2 dia dendam tak tentu pasal t ntah pape dia buat kat kete takkan haru pulak.
 
  Jadi suami pun bagi ar RM5 kat dia, lepas tu borak2 sikit sambil dia tunggu aku dengan anak2 nak kuar kete. Bila kami semua keluar tetiba datang sorg lagi india dari arah belakang suami aku sambil jerit "oo kamu mintak duit ar!!" dalam keadaan pantas lalu dia ambil sebatang kayu atas jalan dan terus pukul lelaki india tadi yang mintak duit parking tu. Dia pukul kat bahagian bawah kaki sampai kayu tu patah dua, kebetulan suami ada kat situ dia jauhkan diri sedikit la dari dorg tu.

 Adam dan tak tentu arah dah menjerit2 takut, Faris pun dah pegang2 kaki aku, adam pegang tangan dan Tasnim terpingga2. Cecepat aku suruh dorg masuk kedalam dan aku terus lock pintu kete, tapi kunci kat suami, dia pulak masih kat luar sana. Aku cuma mampu berdoa dalam hati semua dia dapat lagi dari situ. Kat dalam kete aku dan anak2 berpelukkan ketakutan. Semua dorg menangis, adam terketar2 tangan dia..faris dan iris asyik cakap takut mama..takut..
 Pastu aku dengar salah sorg anak jerit papa..papa..sekali aku tengok papa dorg datang dengan senyum2 kat kami. Bila aku bukak semua anak2 peluk dia cakap takut2. Dia cuba tenangkan dorg dgn bg tahu yg org tu dah pergi jauh. Dia cakap yg time india yg gaduh tu pergi semua org jerit ketakutan, lelaki yg memukul tu heretkan lelaki yg di pukul tu..dalam keadaan tangan masih memegang kayu.

Pastu perjalanan kami ke situ jadi tak best, bebudak nie masih trauma giler, jalan pun tak nak si faris dgn iris tu, adam pun cuak2 lagi. Asal nampak india jer dia mula gelabah.








Oklah itu ajer story mory yang nak di tinggalkan disini sebagai kenangan kat sini..kisah ketakutan dan trauma anak2 aku atas sedikit dari ujianMU..

Hilang sekejap nikmat itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tetiba bangun tido dalam pukul 2.30 pagi terasa kaki tak boleh lurus. Time tu mcm2 pikir..eh knp ni?..padahal hari sebelum tu cuma terkucil sikit jer time buat kerja umah. Takde ar sakit sangat sampai nak g jumpa doktor.

Tapi aku terus sabar..tenangkan diri. Gagah jugakla terhenjut2 g bilik ar pastu singgah minum jap kat dapur. Masuk bilik terus baring2 sambil pikir besok nak siapkan barang anak2.

Alhamdullilah..syukur sangat2..itu yg selalu aku ingat dan ucapkan bila datang masalah kat diri ini. Setiap kali sakit dan ada masalah baru aku rasa dekat sangat dgnmu ya Allah..t.kasih sebab jadikan aku seorg yg sangat2 tabah.
Ada kekawan yg bersimpati dan sibuk2 masej bertanya khabar buatkan aku rasa tak selesa pulak. Aku tak suka org rasa kesian bukan kerana ego. Tapi taknak aku jd lemah bila ada sikap prihatin dari dorg. Selagi aku boleh buat insyaallah aku takkan menyusahkan sape2.T.kasih semua..

Syukur ya Allah..dan t.kasih jugak sebab kembalikan semula nikmat ini. Aku kena kuat dan sihat untuk membesarkan dan menjaga 3 amanahmu ni...Aminn ya rabbal amin..

posted from Bloggeroid