29 Oktober 2012

Cerita Petang Raya & Resepi Rendang Hitam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Rasa macam dah lama tak update story mory kat sini..Maklum la dah sibuk dok sipakan persiapan hari raya tu hari. Lagi pun papa bebudak nie cuti pulak, tu yg asyik meleka jer. Ok la balik kepada tajuk n3 nie, raya hai tahun nie aku anak beranak kat melaka jer. Kat umah mertua nie setiap tahun aku tengok rendang ketupat wajib ada pada pagi raya. Walaupun tak meriah mcm raya puasa, tapi sikit2 aku tengok meriah la jugak sebab ramai adik beradik suami yg balik umah nie.
 Ni gambar time petang raya tu..bahan2 nak buat rendang pepagi mmg dah beli kat pasar pantai tu. Jadi pepagi aku la pembantu utama mak mertua yg dok sibuk menyediakan bahan2 sambil bersilat dgn 3 anak kecik. Kuih pulak tu kak ipar aku kak comel yg kasi, umah nie setiap tahun mmg semua anak2 diminta setiap family bawak balik kuih raya. Tapi utk raya korban takde la ni cuma ihsan dari kak comel jer.
Lewat petang raya tu jugak semua menu raya siap. Tahun nie mak mertua aku pilih nak masak rendang itam sebab dia cakap rendang nie payah sikit nak basi. Tapi aku suka rendang dia yg sebelum2 nie..hehehe.. banyak songehkan. Aku sebenarnya tengah belajar semua resepi2 dia...setakat nie ada dua tiga jer yg berjaya di tiru. Insyaallah akan ada lagi masa untuk belajar..
Ha! ini pulak rempah masak hitam yg aku terjumpa kat Mydin tu ari, sekali tengok belakang dia sama macam rendang itam mak mertua pulak tu. Sajer jer beli sebungkus nak try buat nanti nak tengok jadi atau tak macam rendang hitam dia. Okla setakat nie dulu story mory petang raya tu hari. Sebelum mengundur diri aku nak tinggalkan resepi Rendang hitam mak mertua di sini buat rujukkan suatu hari nanti.

Resepi : Ayam Masak Rendang Hitam

Bahan - Bahan :
Ayam
Asam Gelugur
Kerisik
Rempah Daging
Kulit Kayu Manis
Buah Pelaga
Bunga Lawang 
Bunga Cengkih
Santan
Gula Melaka
Minyak Masak
Kicap Manis

Bahan untuk Di kisar
Bawang Merah 
Bawang Putih
Cili Kering
Buah Kismis
Serai
Lengkuas
Halia
Kunyit

Cara Membuat
  1. Tumis minyak dan masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga goreng sekejap sebelum di masukkan bahan2 yg dah di kisar tadi.
  2. Masak sampai agak2 wangi dan sedikit garing, kemudian baru masukkan rempah daging, santan, kicap, kerisik  dan ayam
  3. Kemudian masukkan gula melaka dan garam, masak sehingga ayam tadi betul2 masak.















7 ulasan:

  1. wahh siap ade kuih raye kak...umah kite tade pun heheeheh...seb baik ketupat bagai tu ade heheheeh

    mak lieya pun rajin gak buat rendang hitam ni kak....sedap....suke jugak...tapi tu laa tang belajar jek tak belajar2 lagi heheehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lieya rendang itam tu asal dari johor sb tu makko pun tahu buat..

      Padam
  2. sedapnye... nak cari jugak la rempah masak hitam tu heheheh

    BalasPadam
  3. babe sedapnya rendang ayam hitam tuuuuuuu..nyum2

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum....sedapnya nyummmmy....

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam