22 Oktober 2012

Kenangan kelahiran Iris


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semalam 21 oktober, genap 2 tahun Iris hadir dalam hidup kami. Memang best sesangat ada anak perempuan sorg nie. Time mengandung dulu doktor cakap dia perempuan mmg macam nak melompat peluk2 doktor tu. suka sangat tau. Maklum ar anak2 perempuan tak ramai dlm family hj yusof dan Pn. Ramlah nie.
 Ini gambar 12 jam selepas bersalin, klu di ingatkan balik kisah nak besalin iris nie mmg macam2 dugaan. Bukan apa sebab iris nie tak nak kuar2 awal dari tarikh jangkaan dia (15/10/2010), sedangkan papa dia pulak 24 atau 25 okt tu ada majlis konvo. Hati aku dah tak senang duduk dah, sakit kejap ada kejap tidak. Hotel pulak dah tempah 3 hari 2 malam lagi, dah siap bayar pulak tu bukan sebilik tapi 2 bilik lagi.
Sudah nyer 20hb baru la doktor suruh g hospital sebab kejap sakit kejap tidak. Pergi sana pulak check jalan pun tak bukak lagi. Adoii..siap mintak masukkan ubat lagi..tp doktor tak nak sebab aku takde pape masalah pun. Malam tu jugak aku cakap dgn bb yg hari nie dia mesti kuar sebab esok kita dah tak boleh tidur hospital kita nak tido kat hotel johor.
Sambil2 usap perut aku asyik bercakap macam tu, kadang2 dia menendang mcm paham.. Tengah malam pukul 12 tu datang balik sakit tapi kejap jer. Macam nak nangis dok pikir mcm mana nie, abg nak konvo, mak ayah dia dah excited dah. Kalau beranak lambat mesti semua mcm sedih la..tambah2 papa dia yg teringin nak naik pentas tu. Memang semua cakap dgn aku takpe klu lambat pun janji semua selamat..tapi..
Dalam pukul 1 pagi mmg aku tak senang duduk sebab hari dah 21hb, nak tak nak aku ulang balik dari katil ke bilik air dgn alasan tak boleh tido pinggang sakit. Hehehe..tapi sebenarnya nak bagi peranakkan cepat terbuka. Dah penat g balik g balik aku golek2 atas katil tetiba rasa nak minum dlm pukul 4 pagi. Time tengah buat air minum tu, tetiba rasa sakit sesangat sampai gengam kuat besi meja tu.

Sakit nie datang 2 minit sekali pulak tu..bila sakit takde jer cecepat g panggil nurse, tp tgok nurse tu ngah tido kat kaunter, kesian la pulak nak panggil. Sekali g kat bilik depan tgok ader sorg doktor. terus dia mintak naik atas katil check tgok dah terbukak 5cm. Mak oii..patut la dah  sakit sangat, cecepat dorg suruh buang apa yg patut dgn kadar segera dan terus bawak bilik besalin.

Bila naik jer atas katil di luar bilik bersalin tu, air ketuban pulak pecah..tak lama tu dah sakit giler, aku cakap nak push dah nie. Dorg ckp kejap dik sebab bilik tengah kemas, dek tak tahan punya pasal depan pintu tu jugak kepala bayi dah kuar. Nurse tu cakap push jer la, pastu terus aku terasa dia kuar habis. aku sendiri yg ambik dr nurse tu letak kat dada.Panas sangat badan dia, pastu rasa sesuatu yg lebih panas mgalir kat dada.

hehe rupanya dia terkencing..baru masa tu terpikir nak tgok bb girl ke boy..hehehe..tak caya la konon..Alhamdullilah dia gurl yg di nanti, terus jer bg tetek..hahaha..apa yg nurse buat pun aku dah tak ambik port dah. yg aku tahu uri dah kuar td. lain tu malas nak pikir dah.. tak lama tu dorg mintak bb sebab nak di mandikan. 

banyak lagi la yg belaku, proses nak bwk keluar dr situ pun lama sebab takde sorg pun yg tunggu aku bersalin. Suami kat Labuan time tu..time nurse tu bawak aku dgn bb ke wad biasa. ada jugak barang aku yg tak habis di bawakkan. Mak mertua ada melawat kejap tengahari tu sebelum dia nak g jemput suami kat KLIA. Sempat dia tengok cucu perempuan dia, ayat yg terawal ditanya bila boleh kuar??..hehehe..

Esok tengahhari aku dah kuar hospital, balik umah jap ambik semua2 barang yg dah aku siap packing sebelum beranak tu, terus naik johor. Sampai johor tengah malam macam tu, nasib bb baik jer tido dalam perjalanan sampai naik hotel. Bila dah sampai hotel nak mandi baru aku perasan ada tag hospital kat tangan aku yg belom sempat buang. Kat Kaki bb pun ada jugak tag tu..hehehehe..

Nampaknya semua dapat..Dapat bb gurl, dapat la papa naik pentas konvo, mak ayah dia jugak dapatla tengok anak dia yg nie naik pentas..Apa yg penting aku pun dapat hadiah bday jugak..sebab aku, bb dan papa dia semua lahir pada bulan 10..
Kelam kabut rasanya dari awal nak bersalin sampai dah bersalin dan sampai la umur dia 2tahun nie. Dari semalam sampai hari nie dia demam pulak..tapi yg penting nakal tetap nakal dan cukup tahan lasak. Sambutan takde buat pun buat masa sekarang tapi sempat jugak buatkan satu desert untuk dia. Itu next n3 la yer..ni pun dah cukup panjang lebar dah... satu coretan memory yg akan jadi kenangan utk dia nanti.

11 ulasan:

  1. sreonok bace kak...tu la kan kak..stiap anak mmg ade kisah dan pengalaman manis dan pahitnyer....kisah iris sebijik mcm mia...mase tu shah sibuk ngan kursus ptd, pastu nak raye lagi ....heheeheh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..kisah ko beranak mia mmg aku ingat sangat. Sebab hari rayakan..hehehe..

      Padam
  2. Dah besar pun anak dara ni dah 2 tahun. Menanti bagai tak sabar ye Ida... syukurlah tak ada masalah. Kakak pulak Ida semua anak kakak lahir cepat 2minggu tau..

    Comel pulak Iris nie:) Happy birthday sayang. Jadi anak yg solehah ye.

    BalasPadam
  3. Happy Bday Iris...Moga sentiasa di bawah Rahmat Allah hendaknya bersama parents Iris..aminn.

    BalasPadam
  4. hepi birth iris..
    smoga mmbesar bagaikan juara & bjaya didunia serta akhirat..amin...

    setiap kelahiran ade kisah tersendiri utk dikenangkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. t.kasih lya..aminn..
      hehehe..kisah yg amat bermakna..

      Padam
  5. comel dia.dlm family saya ramai ppuan tp tiap kli ada yg ngandung msti harap ppuan gak sbb rasa x best ada ank sedara lelaki hahaha...

    BalasPadam
  6. hepi besday iris... jadi anak yg solehah ye...

    kenangan tu :)

    BalasPadam
  7. Wah! Leh geng ngan nieza n Rania la..Rania 31/10..nieza 1hb.hehehe

    BalasPadam