15 Oktober 2012

Kenali Potensi Anak Anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari nie ingat nak share dgn korang story hari sabtu lepas.. satu program daripada dutch lady, sebenarnya aku pun tak perasan jugak dutch lady buat program kenali potensi nie. Sebab dah banyak sangat program yg dia buat kadang kala terlepas pandang. Peraduan pun banyak dan banyak kali masuk tp rezeki belom sampai lagi kot. Nasib hari jumaat tu ari dapat satu surat dari pada dutch lady tentang program nie, kebetulan mmg kami tahap bosan gila tak de papa, jadi aku bawakkan anak2 untuk pergi tengok dulu mcm mana.
Tapi sebelum tu sempat jugak aku baca dlm web apa yg sebetulnya nak kenal potensi ni?..adam ni boleh jadi ape ker? hehehe..mcm jumpa tok bomoh lak sebab tgok tapak tangan jer dah boleh nampak masa depan dia. hehehe..cari punya cari info rupanya program kenali potensi anak melalui cap jari nie dah lama di amalkan di negara luar. Jepun la memonopoli nyer.
 Cap jari tu memang takkan berubah dan dia terbentuk sejak baik dalam kandungan, hasil dari kemajuan teknologi kita boleh kenal pasti potensi anak2 akan menjurus ke bidang apa bila dia besar nanti. Sebab tu dekat sana bila dorg dah tahu anak tu berpotensi dlm bidang apa dia akan terus di hantar ke sekolah yg melatih bakat2 dalam bidang tersebut. Macam sekolah mencipta robot2 di jepun tu..kebanyakkannya dari pada anak2 yg berpotensi untuk ke bidang itu bila besar nanti..Wallahualam,..cina tu yg cakap la..
Okeh info dah tahu esok, aku bawak la anak2 ke tesco cheng nak tgok syaratnyer macam mana pulak. Owh..kena beli 2 bungkus susu dutch lady 1kg punya dan tak kesah la apa2 perasa, baru boleh jari anak kita tu di scan. Tapi 2 bungkus tu untuk sorg anak jer yg boleh..hehehe..aku ingat nak buat ketiga2 anak..hehehe..
Dah mcm tu punya syarat terpaksa la aku bg peluang untuk adam sorg jer yg cuba. Lagi pun adik2 dia ader masa lagi nak try. Mungkin rezeki papa dorg bertambah boleh buat kat luar punya..biasanya caj dia RM200++.
 
 Adam dah besar jadi dia tak mcm bebudak lain yg menangis2 takut bila jari nak di tekat kat menda tu. Adik dia pun semua ok2 jer, kelakar pulak tengok gelagat anak2 lain yg menjerit2 tak nak. Sian kat mak bapak dah beli susu tp anak pulak takut nak test. Ada yg parents main paksa jugak!! hehehe..rugikan bukan selalu ada mcm nie..
 Sepuluh jari kesemua nyer yg akan di scan masuk dalam sistem tu.
 Dan ini adalah jari yg terakhir..adam punya turn mmg cepat jer sebab tak de masalah pe pun, siap nak buat banyak kali pulak sebab dia suka imej jari dia muncul kat scrin tu
 Tara!!! inilah kad laporan potensi dia, selepas print kuar resulat tu kita akan di bawa kat konsultan dorg pulak. Kat situ la dia org terangkan hasil scan tadi. hehehe..Adam nie rupanya tak boleh jadi leader tapi dia dapat melaksanakan tugas dgn baik. (Org tu cakap la). Tapi kat umah nie ko anak sulung jadi aku yg akan jadikan dia leader..ajar dia tengok2 adik dia, buat sikit kerja2 umah yg simple2..hehehehe
Inilah result sepenuhnya jadi korg boleh tgok dan nilaikan la dia dari situ..Aku dah tahu apa potensi adam dan dia perlukan asuhan dan didikan dari kami untuk berjaya di masa  depana. Menda nie tak akan berkurangan dan dia sama jer sampai tua nanti. Cuma potensi ni boleh bertambah hasil dari pembelajaran dan pengamalam yg akan adam tempuhi nanti..Insyallah..

8 ulasan:

  1. Hehe..sajer nak try..t bawak la aryan cuba..

    BalasPadam
  2. wah bestnya event ni,tak tahu pon...tapi kalau tahu pon xboleh nak buat sebab anak2 saya xboleh minum dutch lady,nt cer ber.hihi

    BalasPadam
  3. wah menarik ni kak....tapi tula kak....yg penting didikan dan asuhan kite....bende sebagai jangkaan ajek....insyaallah adam anak yg bijak...dan yg penting anak2 akak bertuah sbb akak tak bekerja jadi akak boleh habiskan mase dgn mereka n pantau segala aktiviti pembelajaran mereka....mcm yg bekerja ni terhad sikit n kene guna mase yg ade sebaik2nye....

    insyaallah semoga kite menjadi ibu yg baik berjaya dlm mendidik anak2...amin

    BalasPadam
  4. eh,, menarik gak ... yess sangat setuju dengan lieya.. actually semua anak anak memerlukan perhatian dan asuhan dari kita.. kekadang tu ada yang boleh berdikari sendiri.. tapi kena awasi gak...

    BalasPadam
  5. baguslah Ida... kakak tertarik pulak. Sekurang-kurangnya boleh dijadikan guide utk kita mendidik anak kita menjrurs ke mana.

    Apa pun kakak percaya Adam boleh jadi ketua sebab dia abang pada adik-adik dan pastinya dia wali utama keluarga kelak..

    BalasPadam
  6. tak apa..keep on guide adam semoga dia bukan aje jd learder malah jadi leader yg berjaya kelak. Amin

    BalasPadam