05 Oktober 2012

Kisah ketam 3

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari nie dah jumaat, hari2 masa cepat jer berlalu..kat melaka nie cuaca mendung pulak. Kalau masih anak dara lagi dah lama aku tarik kain selimut balik..hehehe
ok lah, sebenarnya hari nie aku dah kehabisan idea apa nak wat n3, tapi dulu aku pernah story mory kat ko org pasal kisah ketam dan air pasang kat SINI, pastu sambung pulak kisah ketam dgn fenomena bebola pasir JUGAK.
Ok ini adalah sambungan yg hari tu, kan aku cakap kami tangkap ketam kat lopak air, jadi sebeg plastik tu la yg dapat nyer. Banyak jugak tu, tapi semua hilang kat dalam pasir tu..yg kena terbalik tu dia tak boleh nak seludup masuk dalam pasir la. Klu tak dgn dia dia pun dah lesap.
Bila dah bawak balik bilik aku suruh anak2 biarkan jer kat satu sudut depan ruang tamu tu. Sebab malam tu kita org nak kuar makan jap. Dah lama tak makan A&W, jadi boleh pulak kat kemaman tu terasa nak mkn, pulak tu memasing pun semua setuju nak makan A&W.
Budak pompuan nie mmg tak tahu erti sabar, siap mintak turunkan dia dari kerusi tu..
Wow!!..lama giler tak minum nie..Faris siap cakap lagi mama besau nyer cawan..hahaha..tu bukan cawan nak tapi gelas.
Kepenatan menangkap anak2 ketam, memasing makan tanpa banyak songeh..iris pun sama sebat jer apa yg ader kat depan mata. Time nie mmg tak terpikir langsung apa jadi kat anak2 ketam yg kami dah tangkap tu.
Ini menu keseluruhan kami hari tu..coney dog tu mmg lama tak makan, Iris dgn faris kali pertama la makan A&W nie. Sebab tu nampak macam excited sesangat, yang aku ingat time nie ada dapat key chain tau..key chain beruang A&W tu, siap ader lampu kat mata beruang tu lagi.
Dah habis sesi makan2 cecepat balik resort, sekali buka pintu tak terpikir apa2 pun pasal anak2 ketam tu. Ingat dorg baik2 jer la dalm beg plastik tu...sekali adam cakap mama mana semua crab??. Aku boleh jawab "mesti la ader dalam pasir tu.." Pastu dia cakap yg kecik2 jer mama ada dlm nie yg besar2 takde pun. Siap tuduh papa dah buangkan ketam dia, hangin jugak aku time tu, sebab asyik dok tanya pasal ketam dia.
Last sekali faris ckp mama nie mr crab..ha terkejut aku tgok anak2 tu ada kat tepi dinding, pastu tengok kat sudut lain pulak. Ada lagi sekor..ALAMAK!!! ketam2 nie nak melarikan diri kot..sebab tu dorg semua keluar dari beg plastik tu. Time tu dah mula risau, macam mana nak tido kalau ketam2 berkeliaran dlm bilik nie??..Tak pasal2 mlm tu kami anak beranak jadikan kerja mencari ketam2 nie balik. Kalau tak mmg aku tak boleh tidur, kot2 dia datang sepit org2 yg tidur tilam bawah pulak.ISHHH!!! tak de keje jadi kerja lak.
Dah dapat semua ketam2 tu aku masukkan dlm bladi, sebab pikir baldi tinggi dari mangkuk td. Mungkin dia tak dapat keluar lagi. Baru la boleh kami tidur aman damai...Lagi pun teringat budak kat kedai mkn dulu ckap yg ketam nie susah nak mati kat Sini, time makan megi ketam. Rindu pulak nak mkn megi tu lagi..

Esok time nak check out keluar dari resort tu aku bawakkan adam utk lepaskan balik anak2 ketam tu. Sedih jer adam nak lepaskan. Tapi aku cakap baik kita lepaskan ketam kat tempat yg dia biasa hidup, sebab klu kita bawak balik dia mesti dia mati tak biasa dgn tempat kita. Time nie aku dalam kereta, aku cuma tgok dari jauh jer dia bawak baldi tu kepantai. Time dia lepaskan tu aku tgok ader dia bercakap2 la..bila dia datang balik ada air mata bergenang dalam kelopak mata dia. Sedih la tu nak lepaskan anak2 ketam dia..

4 ulasan:

  1. seronok anak2 dpt tengok ketam real2.tp kalau saya mesti geli nk pegang.hihi.
    dah lama tak mkn A&W..tengok entry ni terus teringin.

    BalasPadam
  2. bagusnya anak-anak..kasihkan haiwan...sedih tapi lagi sedih kalau kita tak pandai pelihara mati begitu sahaja kan...takpelah..

    BalasPadam
  3. waaa geli nak pegang ..hikss.. nyumm , sedap float tu :p

    BalasPadam
  4. ketam yg chumel..hehehehehe

    hotdog a&w yg layannnn hehe

    BalasPadam